MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Santai
Dryer Bunyi Bising, 6 Langkah Baiki Sendiri Jimat Banyak!
Diari Santai

Dryer Bunyi Bising, 6 Langkah Baiki Sendiri Jimat Banyak!

duniamyzan January 26, 2023

Dryer Bunyi Bising | Dryer atau mesin pengering amat diperlukan untuk memudahkan urusan mengeringkan pakaian. Jika keluarga ramai dan anak-anak masih kecil, maka banyaklah pakaian yang perlu dicuci dan dikeringkan.

Contents hide
1 Dryer Bunyi Bising Akibat Drum Bearing
2 Langkah-langkah Menukar Drum Bearing Dan Cover
2.1 Model Dryer: Electrolux EDV7051
2.2 Spare Part: Drum Bearing Dan Cover.
2.3 Tahap Kesulitan Membaiki
2.4 Langkah 1
2.5 Langkah 2
2.6 Langkah 3
2.7 Langkah 4
2.8 Langkah 5
2.9 Langkah 6
3 Cara Memanjangkan Jangka Hayat Dryer

Apatah lagi sekarang ini musim hujan, pakaian tidak dapat kering sepenuhnya. Mulalah timbul masalah pakaian berbau pula.

Namun, dryer yang sudah lama dipakai, pasti suatu hari akan mengalami kerosakan atau masalah. Baru-baru ini, tiba-tiba dryer bunyi bising seperti besi bergeser sesama besi.

Bila dryer bunyi bising mula susah hati. Dryer MJ ni pun dah berusia 7 tahun. Dah banyak pun khidmatnya. Ini kali pertama dryer Electrolux rosak.

Pada awalnya, bunyi agak perlahan. Lama kelamaan bunyi menjadi semakin bising dan akhirnya dryer perlu dibaiki.

Dryer Bunyi Bising Akibat Drum Bearing

Tugas troubleshoot dryer ini, MJ serahkan kepada Encik Hubby. Encik Hubby nie, agak Mr DIY jugalah orangnya.

Setelah dibelek-belek, rupanya masalah dryer bunyi bising ini disebabkan oleh drum bearing yang sudah pecah.

Encik Hubby beli kat Shopee jer spare part nie. Spare part yang dibeli adalah original Electrolux drum bearing dan cover.

Cuba sendiri dulu sedaya upaya untuk menjimatkan poket. Biasanya kos membaiki dryer berbunyi bising atau yang mempunyai kerosakan seperti ini lebih kurang RM200 kalau panggil technician.

Barang spare part yang Encik Hubby beli pula di bawah RM100, itupun yang original. Kalau yang ‘fufu’ punya mungkin lebih murah.

Langkah-langkah Menukar Drum Bearing Dan Cover

Model Dryer: Electrolux EDV7051

Jimat banyak kalau tahu cara Dryer Bunyi Bising.

Spare Part: Drum Bearing Dan Cover.

(Mungkin juga sesuai untuk model dryer Electrolux yang lain).

Tahap Kesulitan Membaiki

Sederhana

Langkah 1

  1. Langkah pertama yang perlu dilakukan bila dryer berbunyi bising ialah pastikan suis elektrik dryer dimatikan terlebih dahulu.
  2. Pakai sarung tangan yang sesuai dan sediakan spanar set dan screwdriver.

Langkah 2

  • Tarik dryer ke depan dan pergi ke bahagian belakang dryer.
  • Bahagian atas dryer perlu dibuka dahulu.
  • Gunakan screwdriver (+) untuk buka screw di sebelah kiri dan kanan.
  • Keluarkan bahagian atas dryer.

Langkah 3

  • Buka nut-nut pada plastic cover bahagian belakang dengan menggunakan spanar 5mm.
  • Alihkan plastic cover.
  • Perhatikan bahagian yang highlight untuk bearing yang telah rosak. Bagi kes ini, bearing drum telah pecah.
  • Buka nut yang memegang dryer drum.
  • Perhatian!! Apabila nut ini dibuka, kedudukan drum dryer mungkin akan bergerak atau beralih. Panggil seorang pembantu untuk memegang dan adjust semula kedudukan asal drum dryer pada sebelah hadapan pintu dryer.

Langkah 4

  • Buka lagi nut-nut pada bahagian belakang dryer.
  • Dengan berhati-hati, tarik atau kepak sedikit bahagian belakang dyrer ini untuk melihat kedudukan bearing dan cover.

Langkah 5

  • Buka nut-nut pada bahagian cover bearing.
  • Keluarkan cover bearing dan bearing sekali.
  • Gantikan bearing dan cover yang baru.
  • Ketatkan balik nut-nut cover bearing.

Langkah 6

  • Ketatkan semula nut yang memegang dryer drum.
  • Pasang semula komponen dan nut-nut pada Langkah 2, 3 dan 4.
  • On balik dryer dan InsyaAllah bunyi bising dryer telah hilang.

Alhamdulilllah, masalah dryer berbunyi bising dah berjaya diatasi dan dryer boleh beroperasi macam biasa. Selamat poket, kalau tak mahal jugak upahnya untuk baiki sebegini.

Cara Memanjangkan Jangka Hayat Dryer

Jika masalah masih berulang walaupun sudah melakukan penukaran spare part, nampaknya terpaksa memanggil mereka yang pakar untuk memperbaikinya.

Kebiasaannya, kita selalu mendengar kos membaiki dryer ini agak mahal dan tidak berbaloi untuk dibaiki. Lebih baik beli yang baru, katanya.

Namun, sebagai pengguna yang bijak, kita mesti ada sedikit ilmu untuk mengetahui tahap kerosakan dryer ini. Adakah berbaloi untuk dibaiki atau tidak.

Oleh itu, tahu tentang cara memanjangkan jangka hayat dryer adalah sangat penting. Dalam ekonomi yang serba mencabar ini, kita perlu berjimat cermat kan.

  1. Jangan overlaod dyer dengan pakaian yang banyak sekali gus. Sebaik-baiknya hanya masukkan pakaian separuh daripada kapasiti drum.
  2. Filter dryer mesti dicuci setiap kali selepas habis proses pengeringan.
  3. Bersihkan exhaust vent setiap 2 tahun sekali.

Baca juga; Cara Baiki Singki Tersumbat Di Dapur, Cara Pasang Kepala Gas

Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

5 Cara Pilih Bateri Kereta Terbaik Yang Wajib Ambil Tahu
Memilih bateri kereta terbaik, sebagai pemandu kereta yang prihatin, kita …

5 Cara Pilih Bateri Kereta Terbaik Yang Wajib Ambil Tahu

Gambar Kucing Oyen Zoo Negara Yang Viral Hingga Jadi Star & Pelaris
Memang geram tengok koleksi gambar kucing Oyen yang bersahabat baik …

Gambar Kucing Oyen Zoo Negara Yang Viral Hingga Jadi Star & Pelaris

About The Author

duniamyzan

3 Comments

  1. Netty Ah Hiyer

    Baguslah kak infonya.. kalau problem dryer tak yah panggil pomen. Boleh repair sendiri je.

    January 28, 2023
  2. mama reen

    untung ada en suami yg jadi penyelamat

    January 29, 2023
  3. sofea

    Good info sis.. Untunglah hubby jenis MR DIY.. 😉

    January 31, 2023

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    September 17, 2023 0
  • Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara Sistematik
    Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara …
    August 23, 2023 0
  • 8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di Malaysia
    8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di …
    August 26, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh