MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Santai
Drama Kerana Cinta Itu Ada, Kisah Cinta Tengku Aisy Dan Bella
Diari Santai

Drama Kerana Cinta Itu Ada, Kisah Cinta Tengku Aisy Dan Bella

duniamyzan January 10, 2023

Drama Kerana Cinta Itu Ada | Bertemu, bercinta dan berpisah umpama bumbu utama dalam sebuah perhubungan. Begitu juga kisah cinta antara Tengku Aisy Mateen (lakonan Aedy Ashraf) dan Nabila Aulia (lakonan Nabila Razali).

Contents hide
1 Kerana Cinta Itu Ada Sinopsis
2 Kerana Cinta Itu Ada Novel
3 Kerana Cinta Itu Ada OST
4 Kerana Cinta Itu Ada Lokasi
5 Info Drama Kerana Cinta Itu Ada
6 Pelakon Drama Aku Tanpa Cintamu

Lakonan kedua-dua pelakon muda ini sememangnya semakin matang dan mampu menguasai watak dengan sepenuh hati. Dengarnya ramai ‘geng single’ yang makan hati dengan drama ini. Jangan single lama-lama tau!

Drama Kerana Cinta Itu Ada ini dipancarkan menerusi slot Akasia TV3 dan juga Disney+ Hotstar. Kalau tengok di Disney+ Hotstar boleh tengok lebih awal daripada tayangan di TV3 jam yang bermula 7.00 malam setiap hari.

Drama ini telah mula ditayangkan pada 28 Disember 2022 telah diarahkan oleh Azri Izhar serta skrip ditulis oleh Sophilea dan Zarihah Hassan. Manakala produksi yang menerbitkan drama ini ialah Global Station Sdn Bhd.

Bilangan episod drama Kerana Cinta Itu Ada ialah 28 episod. Apa agaknya kesudahan drama ini.

Drama Kerana Cinta Itu Ada yang membariskan pelakon hebat.
Kredit Foto: Facebook Nabila Razali

Kerana Cinta Itu Ada Sinopsis

Kisah cinta antara Aisy Mateen (Aisy) dan Nabila Aulia (Bella) bermula di kedai bunga. Pertemuan pertama mereka dimulai dengan pergaduhan kerana berebut bunga lili.

Bella telah pulang ke kampung sebaik sahaja mengambil keputusan untuk berhenti kerja dari sebuah hotel.

Manakala di pihak keluarga Aisy berlaku perebutan harta. Setelah mendengar pakatan jahat di antara Zhafran (lakonan Syazuwan Hassan) dan ibu tirinya, Tengku Lydia (lakonan Emelda Rosemila) yang mahu merampas harta milik keluarganya, Aisy nekad mengambil alih hotel milik ayahnya itu.

Siapa sangka, langkah yang dilakukan oleh Aisy ini telah menyebabkan dirinya bertemu semula dengan Bella.

Setelah pulang ke kampung, Bella menguruskan resort milik keluarganya, Vila Paksina.

Zhafran pula mempunyai kekasih hati iaitu Dahlia (lakonan Puteri Khareeza). Namun Zhafran telah meninggalkan Dahlia setelah ibu angkatnya, Tengku Lydia berjaya mempengaruhi dirinya. Akibatnya, Zhafran menagih cinta daripada Bella pula.

Kredit Foto: Facebook Nabila Razali

Kehadiran Aisy di kampung telah mendapat perhatian Dahlia. Dahlia cuba menjerat cinta Aisy namun gagal kerana Aisy telah terlebih dahulu menyintai Bella. Aisy juga telah membuat tindakan drastik dengan melamar Bella.  

Kedua-dua lelaki yang Dahlia suka, mendambakan cinta Bella. Walaupun rasa sakit hati Dahlia terhadap Bella namun terpaksa dipendam demi kepentingan dirinya.

Krisis mula hadir apabila Bella telah difitnah mempunyai hubungan cinta dengan Rayyan (lakonan Alvin Chong) menjelang hari pernikahan mereka.

Aisy pula tanpa berfikir panjang terus membuat keputusan mahu memutuskan pertunangan. Ini kerana Aisy trauma akibat pernah dicurangi oleh bekas tunangnya.

Demi menjaga maruah keluarga, Bella merayu Aisy untuk meneruskan pernikahan mereka. Aisy bersetuju untuk meneruskan pernikahan tetapi telah menetapkan syarat terhadap Bella.

Aisy menghukum dan menyakitkan hati Bella dengan sengaja memilih Dahlia. Dek kerana terluka melihat hubungan Aisy dan Dahlia, Bella telah mengambil keputusan menyambung pelajaran ke luar negara dan menulis sepucuk surat buat Tengku Aisy agar melepaskannya. 

Setelah tamat belajar dan pulang ke tanah air, Bella terkejut kerana statusnya masih isteri yang sah kepada suaminya, Aisy. Adakah Aisy dapat memperbaiki kesilapan yang telah dilakukannya dan merebut kembali cinta Bella untuk terus kekal bergelar suri hatinya.

Dugaan pasangan yang saling mencintai ini juga hadir walaupun sudah mendirikan rumahtangga. Ternyata sifat cemburu masing-masing menjerat cinta mereka. Apakah kesudahan kisah cinta antara Aisy dan Bella?

Bagaimana pula kisah yang berlaku pada Zhafran dan Dahlia. | Kerana Cinta Itu Ada Sinopsis

Kredit Foto: Facebook Nabila Razali

Kerana Cinta Itu Ada Novel

Drama Kerana Cinta Itu Ada ini adalah adaptasi novel terbitan Nabila Razali Entertainment. Idea asal novel ini adalah daripada Nabila Razali sendiri dan telah ditulis oleh Sophilea.

Kerana Cinta Itu Ada OST

  • Kerana Cinta Itu Ada OST – Putus (Nabila Razali)
  • Kerana Cinta Itu Ada OST – Selagi Ku Ada (Khai Bahar x Nabila Razali)

Kerana Cinta Itu Ada Lokasi

Ramai yang tertanya-tanya di mana lokasi penggambaran drama ini. Villa Paksina milik keluarga Bella terletak di Cherating. Villa Paksina ini berada di Villa De Fedelia Beach Resort Cherating Lama, Kuantan, Pahang.

Info Drama Kerana Cinta Itu Ada

Episod: 28
Tarikh Tayangan: 28 Disember 2022 – 3 Februari 2023
Waktu Siaran: Isnin – Jumaat, 7.00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / Disney+ Hotstar
Pengarah: Azri Izhar
Produksi: Global Station Sdn Bhd
Skrip: Sophilea dan Zarihah Hassan

Kredit Foto: Facebook Nabila Razali

Pelakon Drama Aku Tanpa Cintamu

Aedy Ashraf sebagai Aisy (Tengku Aisy Mateen)
Nabila Razali sebagai Bella (Nabila Aulia)
Puteri Khareeza sebagai Dahlia Rizal
Alvin Chong sebagai Rayyan
Syazuwan Hassan sebagai Zhafran
Raden Zaharatul sebagai Dayyan
Emelda Rosemila sebagai Puan Dhia
Mas Anizan sebagai Puan Alawiyah
Dato Shah Rezza sebagai Encik Nazri
Safura Yaakob sebagai Puan Hasni
Syaffiq Sahli sebagai Nahfiz
Dian P Ramlee sebagai Puan Arifah
Husna Mustaffa sebagai Aina
Anas Ridzuan sebagai Mamat
Saidah Kamarudin sebagai Yana
Nick Naem sebagai Edie
Najua Nasir P.Ramlee
Edika Yusof

Baca juga; Drama Aku Tanpa Cintamu Episod Akhir, Drama Biarkan Ia Pergi, Drama Risik Pada Hati dan Mechamato Movie

Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Drama Risik Pada Hati Meruntun Jiwa 2 Isteri
Drama Risik Pada Hati yang ditayangkan di TV3 dan juga …

Drama Risik Pada Hati Meruntun Jiwa 2 Isteri

Cara Keluar Duit ASB Online Tahun 2023
Cara Keluar Duit ASB Online | Sejak kecil lagi kita …

Cara Keluar Duit ASB Online Tahun 2023

About The Author

duniamyzan

4 Comments

  1. Mama Reen

    Mantap yang single

    January 18, 2023
    • duniamyzan

      tahun ni depa kena tukar status single cepat-cepat.

      January 18, 2023
  2. Netty Ah Hiyer

    Ada kat Disney Hotstar.. bolehlah tengok time terlepas tu nanti.

    January 18, 2023
    • duniamyzan

      yer senang sikit, boleh ikut time kita bila nak tonton.

      January 18, 2023

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    September 17, 2023 0
  • Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara Sistematik
    Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara …
    August 23, 2023 0
  • 8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di Malaysia
    8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di …
    August 26, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh