MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Santai
Drama Aku Tanpa Cintamu Episod Akhir (15), Kupas Kisah Narsistik
Diari Santai

Drama Aku Tanpa Cintamu Episod Akhir (15), Kupas Kisah Narsistik

duniamyzan October 11, 2022

Drama Aku Tanpa Cintamu Episod Akhir | Kisah cinta antara Nuha dan Adam baharu sahaja melabuhkan tirainya. Sebagaimana kupasan drama yang biasa didedahkan, drama ini juga berkisar tentang kehidupan rumah tangga.

Contents hide
1 Sinopsis Drama Aku Tanpa Cintamu
2 Adam dan Nuha
3 Fatin dan Syed
4 Idris dan Murni
5 Info Drama Aku Tanpa Cintamu
6 Pelakon Drama Aku Tanpa Cintamu

Dugaan Nuha dalam melayari kehidupan rumah tangga dalam Drama Aku Tanpa Cintamu Episod Akhir kali ini membuat penonton menarik nafas lega.

Ramai isteri tidak sanggup melihat penderitaan yang dialami oleh Nuha dan menyokong tindak-tanduknya di episod kedua yang terakhir.

Drama air mata ini telah diarahkan oleh Emi Suffian dengan idea asal dan skrip oleh Orked. Manakala produksi yang menerbitkan Drama Aku Tanpa Cintamu ini ialah Wiranusa Corporation Sdn Bhd.  

Sinopsis Drama Aku Tanpa Cintamu

Drama Aku Tanpa Cintamu berkisar tentang kisah cinta di antara Nuha (lakonan Bella Astilah) dan Adam (lakonan Zamarul Hisham).

Akhirnya Nuha bahagia dalam Drama Aku Tanpa Cintamu Episod Akhir.
Nuha lakonan Bella Astilah dalam drama Aku Tanpa Cintamu.

Nuha yang begitu muda dan naif dalam pencintaan telah jatuh cinta dengan seorang Pengarah Drama terkenal tanah air, Adam.

Adam seorang duda pernah mengalami kegagalan rumah tangga bersama Linda (lakonan Zarynn Min). Adam tidak serik untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua tetapi mempunyai ‘sesuatu’ yang disembunyikannya daripada pengetahuan Nuha.   

Walaupun tahu Adam seorang duda dan hampir sebaya dengan bapanya Idris (lakonan Datuk Eizlan Yusof) namun Nuha tetap mempertahankan cinta pertamanya.

Perkahwinan yang dibina Nuha bersama Adam mendapat tentang daripada ibu bapanya yang kaya raya namun akhirnya mereka akur demi kebahagiaan anak tersayang.

Nuha pula bagai mempunyai ‘dendam’ terhadap ibu dan bapanya yang meninggalkan dirinya untuk bertugas ke luar negara.

Walaupun hanya 5 tahun Nuha membesar dan tinggal bersama kakak dan abang iparnya di Malaysia tetapi ada suatu perasaan yang tersimpan dalam benaknya.

Mungkin ini salah satu sebab mengapa Nuha mengabaikan nasihat keluarganya dan tetap memilih Adam sebagai suaminya.

Adam lakonan Zamarul Hisham dalam drama Aku Tanpa Cintamu.

Menjadi isteri dalam usia yang terlalu muda membuatkan Nuha keliru akan erti kasih sayang daripada seorang suami.

Awal perkahwinan sudah nampak riak Adam mengawal tingkah dan laku serta pergaulannya namun pada fikiran Nuha ia adalah normal buat pasangan suami dan isteri.

Kemelut rumah tangga Nuha sampai kemuncak apabila Adam sudah berani ‘naik tangan’ ke tubuh Nuha. Nuha nekad untuk lari daripada Adam dengan bantuan kawan dan juga pekerja ayahnya, Hadi (lakonan Malek Mccrone).

Hadi lakonan Malek Mccrone dalam drama Aku Tanpa Cintamu

Dalam pada cuba menyelamatkan diri daripada Adam, Nuha dapat tahu bahawa suaminya adalah Narsistik dalam Drama Aku Tanpa Cintamu Episod Akhir ini.

Narsistik adalah situasi gangguan keperibadian apabila seseorang menganggap dirinya sangat penting dan harus dikagumi. Pengidap gangguan ini hampir selalu merasa dirinya lebih baik dibandingkan dengan orang lain.

Tulis Nuha tentang ‘penyakit’ suaminya di Drama Aku Tanpa Cintamu Episod Akhir ini;

“Istilah narsisisme lebih diketahui oleh masyarakat umum sebagai gambaran individu yang mempunyai rasa percaya diri yang tinggi.

Individu sebegini lebih cenderung mengasingkan diri daripada masyarakat dan mementingkan diri sendiri.

Mereka berasa orang lain tidak setanding dengan mereka dan mereka tidak perlu mendengar pandangan orang lain.

Malah mereka berpendapat mereka sahaja yang betul dan orang lain semua salah. Jenis manusia sebegini tidak asing dalam kalangan pasangan di Malaysia.

Cuma hanya segelintir orang yang tahu apakah sebenarnya orang sebegini. Narsisisme merujuk kepada individu yang sering menunjukkan kekaguman berlebihan kepada terhadap diri sendiri atau rupa parasnya.

Berasakan dirinya sentiasa penting, sentiasa mahukan perhatian dan kurang simpati terhadap orang lain.

Secara ringkasnya, kesemua perkara dalam kehidupan narsisisme adalah berkaitan, Aku, Aku dan Aku. Mereka merasakan orang lain tidak penting daripada diri mereka,” tulis Nuha di penghujung kisah Drama Aku Tanpa Cintamu Episod Akhir ini.

Sinopsis Drama Biarkan Ia Pergi

Adam dan Nuha

Bakat lakonan yang ada pada Zamarul Hisham sememang tidak perlu dipertikaikan. Sebagai pelakon senior Zamarul Hisham berjaya membawakan watak Adam dengan cemerlang dan berkesan sekali.

Rasa menyampah nak tengok muka Adam dan geram tengok layanannya terhadap isteri-isterinya.

Manakala Bella Astilah yang pertama kali membawakan watak utama mampu menghayati watak yang dipertanggung jawabkan kepadanya.

Seronok tengok balasan yang diterima Adam dalam Drama Aku Tanpa Cintamu Episod Akhir ini.

Fatin dan Syed

Pasangan suami isteri, Syed (lakonan Shah Iskandar) dan Fatin (lakonan Julia Farhana Marin) merupakan abang ipar dan kakak kepada Nuha.

Pasangan ini sudah lama berkahwin dan belum dikurniakan cahaya mata. Namun, mereka bahagia dengan kehidupan mereka berdua.

Nuha dan Fatin lakonan Julia Farhana Marin.

Syed dan Fatin juga yang membesarkan Nuha sewaktu ibu dan bapa mereka bertugas ke luar negara.

Kebetulan pula, Fatin mempunyai sahabat baik iaitu Linda yang merupakan bekas isteri kepada adik iparnya, Adam.

Linda juga dapat kembali haknya setelah berani menuntut keadilan dalam Drama Aku Tanpa Cintamu Episod Akhir ini.

Idris dan Murni

Dalam Drama Aku Tanpa Cintamu ini memaparkan Idris seorang bapa yang sangat dikagumi. Mula-mula menentang keras tindakan anaknya mahu berkahwin dengan lelaki yang sebaya dengannya dan tidak mempunyai pendapatan tetap.

Namun, apabila dipujuk oleh isterinya Murni (lakonan Mas Anizan) akhirnya Idris akur dengan pilihan anak kesayangannya Nuha.

Idris tidak mahu campur tangan dalam urusan rumah tangga anaknya kerana faham apabila anak gadisnya sudah menjadi isteri perlu taat kepada suaminya.

Pasangan suami isteri Idris dan Murni dalam drama Aku Tanpa Cintamu

Idris sentiasa memberi sokongan kepada anak menantu dan sanggup meminjamkan duit yang agak tinggi nilainya.

Manakala Murni pula sentiasa menyalahkan anak sendiri pada mulanya kerana faham dengan kerenah Nuha.

Namun, pasangan suami isteri ini mula bertindak apabila mengetahui anak mereka telah teraniaya.

Sememangnya kagum melihat mereka bertindak dan membuat keputusan dalam memberikan kebahagiaan kepada anak-anak.

Tindakan pasangan suami isteri ini dalam Drama Aku Tanpa Cintamu Episod Akhir ini benar-benar menyuntik inspirasi.

Info Drama Aku Tanpa Cintamu

Episod: 15
Tarikh Tayangan: 15 September 2022 – 11 Oktober 2022
Waktu Siaran: Isnin – Khamis, 10.00 malam
Rangkaian: Samarinda di TV3 / Disney+ Hotstar
Pengarah: Emi Suffian
Produksi: Wiranusa Corporation Sdn Bhd.
Idea asal & Skrip: Orked
Lagu Tema (OST): Menahan Luka – Azzam Sham & Sheryl Shazwanie

Pelakon Drama Aku Tanpa Cintamu

Zamarul Hisham sebagai Adam
Bella Astillah sebagai Nuha
Malek Mccrone sebagai Hadi
Eizlan Yusof sebagai Idris
Jihaa Sham sebagai Lydia
Mas Anizan sebagai Murni
Shah Iskandar sebagai Syed
Julia Farhana Marin sebagai Fatin
Zarynn Min sebagai Linda
Khaty Azian sebagai Sarah
Bella Rahman sebagai Syura

Sinopsis Tiada Maaf Buatmu

Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Teater Tanjong Tonjol Keunikan Adat Perpatih Kini Dipentaskan Di Istana Budaya
Teater Tanjong Tonjol Keunikan Adat Perpatih | Siapa lagi yang …

Teater Tanjong Tonjol Keunikan Adat Perpatih Kini Dipentaskan Di Istana Budaya

3 Cara Kilatkan Lampu Kereta, Murah & Jimat Poket
Cara Kilatkan Lampu Kereta | Biasanya, makin berumur kereta kita …

3 Cara Kilatkan Lampu Kereta, Murah & Jimat Poket

About The Author

duniamyzan

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
    Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini …
    September 6, 2023 0
  • 6 Cara Memilih Beras Yang Baik & Berkualiti
    6 Cara Memilih Beras Yang Baik & …
    September 4, 2023 0
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
    Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear …
    September 17, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh