Cara Pilih Minyak Wangi | Tidak salah sekiranya mahu reward diri sendiri dengan membeli minyak wangi. Wangian adalah pilihan tepat kerana mampu membina keyakinan diri dan membebaskan tekanan yang kadang-kadang menyesak dada. Sebelum memutuskan untuk membeli wangian, sebaiknya mengenali aroma yang menepati cita rasa dan keperibadian diri terlebih dahulu. Sebagaimana memilih baju yang dipakai untuk membina keyakinan diri begitu juga dengan wangian tubuh.
Deria hidu manusia dapat membentuk memori dan kesan yang tidak mudah dilupakan. Percikan aroma wangian yang tepat mampu memberi kesan tertentu pada emosi dan membentuk keyakinan diri.
Semangat terus bersemarak serta situasi hati berubah jadi menyenangkan. Meskipun masih banyak wanita memilih untuk setia pada satu jenis wangian tapi tidak kurang juga yang menemukan kebahagiaan dengan eksperimen pelbagai jenis wangi-wangian.
Situasi ini disebut era fragrance wardrobe. Deretan wangian di atas meja solek dipilih dengan aroma yang secara tepat mewakili keperibadian diri.
Mengapa Aroma Wangian Tidak Sama Dengan Individu Lain
Harus diketahui, aroma wangian tidak sama untuk setiap individu kerana;
- Pengaruh hormon,
- Aroma semula jadi tubuh,
- Cuaca juga ada pengaruh bagaimana aroma wangian tersebar melalui tubuh,
- Wangian juga turut terkesan ketika dalam tempoh perubatan atau
- Ketika sedang berdiet.
Hukum Wanita Memakai Minyak Wangi Dalam Islam
Wanita boleh mengenakan sedikit wangi-wangian yang tidak terzahir baunya. Ini juga bagi menjaga penampilan wanita tersebut apabila berada di khalayak.
Begitu juga dibolehkan bagi pemakaian bedak, deodoran, sabun dan sebagainya.
Elakkan daripada menggunakan haruman yang kuat baunya sehingga boleh menarik perhatian lelaki ajnabi yang boleh menyebabkan fitnah dan juga boleh mengheret kepada lembah maksiat yang lain.
Ini seperti mana yang terdapat di dalam hadis-hadis yang menyamakan perempuan sebegini sebagai penzina.
Baca juga; Bio Essence Rose Gold Water
Pikat hati suami dengan memakai wangi-wangian yang digemarinya. Selain berwangi-wangian di tubuh boleh juga pikat suami dengan mencipta aroma wangi dalam rumah. Boleh baca cara jaga lilin aromaterapi juga.
Cara Pilih Minyak Wangi Sesuai Mood
Begitu banyak wangian yang dilancarkan setiap tahun, anda bukan satu-satunya yang sering merasa bingung untuk menentukan pilihan tepat.
Ketika sudah jumpa aroma yang sudah sesuai, maka langkah berikutnya adalah memilih minyak wangi yang akan dikenakan berdasarkan mood pula.
Bunga-bungaan
Aroma bunga-bungaan terasa ringan dan segar kerap menjadi favorite kebanyakan wanita. Ini kerana harumannya mampu menyuntikkan energi dan semangat.
Sentuhan aroma bunga-bungaan boleh menguatkan sisi feminin seseorang. Sebaliknya saat memerlukan ketenangan, sentuhan keharuman bunga lavender dapat membuat perasaan kian tenteram sepanjang hari.
Sitrus
Bagi mengembalikan mood seseorang aroma sitrus merupakan pilihan yang tepat. Haruman sitrus juga dapat menjadikan mood lebih segar dan bersemangat ketika merasa sedih secara instant.
Lautan
Haruman moden yang disuntik dengan elemen sintetik menzahirkan aroma yang menjurus kepada lautan. Penggemar haruman ini biasanya adalah seorang pencinta alam.
Oriental
Simbol seksi, eksotik, dan gigih mewakili haruman aroma sebegini. Bau-bauan seperti musk, vanila dan bunga-bungaan keras tergolong dalam kategori ini. Wangian vanila yang manis dapat memberi kesan menggoda tanpa melupakan sisi elegan.
Kayu-Kayuan
Haruman yang berunsur kayu dan kulit kayu atau benda-benda lain dijumpai di dalam hutan adalah tergolong dalam kategori ini. Mereka yang gemar kebebasan dan lasak adalah antara yang memilih haruman sebegini.
Panduan Pilih Minyak Wangi Dengan Tepat
Jangan terpedaya memilih wangian hanya selepas menciumnya dari botol atau ketika berselisih dengan individu lain yang menyembur wangian di tubuhnya.
Aroma wangian berubah ketika menyentuh kulit, dan berbeza-beza untuk tiap individu.
Sebelum memutuskan untuk memilih aroma yang tepat dengan personaliti ada tip yang boleh diikuti agar bertemu dengan aroma yang sesuai.
- Semburkan wangian pada kertas tester dan hidu sehingga bertemu dengan aroma yang disukai.
- Kemudian sembur wangian yang digemari tadi di belakang tangan dan tunggu sekitar 8 hingga 10 minit.
- Jangan mencuba terlalu banyak minyak wangi, cukup hanya tiga pilihan dalam satu masa sebelum memutuskannya.
- Namun, sebelum beralih di antara satu wangian anda perlu meneutralkan hidung seperti menghirup secawan kopi sebentar.
Baca Juga; Manfaat Air Bunga Ros
Fakta Tentang Minyak Wangi
Aroma wangian tidak akan langsung terhidu dan biasanya memerlukan sekitar 20 minit dan mungkin lebih lama lagi untuk mengetahui aroma wangian yang sebenarnya.
Boleh memilih minyak wangi yang digemari dan sesuai dengan personaliti diri. Setelah bertemu dengan wangian yang tepat tidak bermakna bebas untuk menyemburnya ke tubuh.
Bagi memaksimumkan hasilnya sembur wangian pada bahagian tubuh seperti di titik-titik nadi seperti leher dan pergelangan tangan.
Biasanya kalau kita membaca review tentang minyak wangi mesti biasa terjumpa dengan istilah Top Notes (Nota Atas), Middle Notes (Nota Tengah) dan Base Notes (Nota Bawah).
Nota Atas juga dikenali sebagai Head Notes dan Nota Tengah pula dikenali sebagai Heart Notes.
Nota Atas
Aroma pertama yang dirasakan deria hidung saat minyak wangi disemburkan ke tubuh. Biasa bertahan selama 15 minit.
Nota Tengah
Bertahan selama sekitar satu jam dan berevolusi dari aroma nota atas kerana paparan oksigen dan sentuhan kulit tubuh.
Nota Bawah
Aroma yang tercium hingga berjam-jam lamanya setelah anda menyemburkan wangian di pagi hari. Jangan pernah membeli minyak wangi jika anda tidak menyukai nota bawah yang dihasilkan di tubuh anda.
Minyak Wangi Tahan Lama Untuk Wanita
Sayang kalau kita beli minyak wangi mahal-mahal tetapi tidak menjaganya agar tahan lama dan kekal wangi. Ada cara yang boleh dipraktikkan untuk minyak wangi tahan lama.
Elak Tempat Panas
Wangian mengandungi bahan sensitif terhadap kepanasan dan sebaik-baiknya elak meletak minyak wangi daripada suhu panas dan sinar matahari. Ini kerana suhu panas akan membuat konsentrasi wangian akan berkurangan.
Elak Suhu Dingin Berlebihan
Pandangan menyimpan minyak wangi dalam peti sejuk adalah cara yang terbaik adalah salah dan tidak tepat. Ini kerana sewaktu proses mengeluarkan minyak wangi daripada peti sejuk berlaku perubahan suhu yang sangat signifikan sehinggan boleh merosak kandungan minyak wangi tersebut. Elak simpan minyak wangi dalam peti sejuk kecuali cologne.
Elak Letak Di Dalam Kereta
Hindar meninggalkan minyak wangi di dalam kereta dalam jangka masa yang lama atau terkena sinar matahari secara langsung. Ini kerana boleh merosakkan komposisi kandungan minyak wangi tersebut.
Elak Letak Di Bilik Air
Buat mereka yang gemar mandi dengan air panas sebaik-baiknya elak meletak minyak wangi di dalam bilik air. Ini kerana wap panas yang keluar dari air panas ketika mandi akan merangsang oksidasi dan perubahan warna pada minyak wangi.
Simpan Di Tempat Tertutup
Sebaiknya simpan minyak wangi di dalam laci atau almari bertutup. Lebih elok jika simpan dalam suhu bilik yang tidak terlalu panas atau sejuk. Biarkan minyak wangi disimpan dalam kota asalnya agar isi kandungannya terpelihara.
Baca juga; Rabun Warna Boleh Dirawat
nettyahhiyer
Tq kak tipnya.. lama tak beli minyak wangi sejak dok rumah ni.. kui3