MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Santai
Carian Google Tertinggi Malaysia 2022, Anwar Ibrahim Paling Dicari
Diari Santai

Carian Google Tertinggi Malaysia 2022, Anwar Ibrahim Paling Dicari

duniamyzan January 3, 2023

Carian Google Tertinggi Malaysia 2022 | Tahun 2022 baharu saja melabuhkan tirainya. Banyak kenangan manis dan pahit untuk individu mahupun negara.

Contents hide
1 Carian Google Tertinggi Malaysia 2022
1.1 Carian
1.2 Berita Topikal
1.3 Personaliti Tempatan
1.4 Personaliti Antarabangsa
1.5 Dalam Ingatan
1.6 Tempat Menarik
1.7 Filem
1.8 Siri Drama TV
1.9 Sukan

Kini kita mengorak langkah untuk mendepani tahun 2023 dengan lebih semangat. Tinggalkan segala kenangan pahit 2022 dan mulakan misi dan visi yang baru.

Umpama kata orang, buang yang keruh dan ambil yang jernih.

Walau bagaimanapun Google telahpun menyenarai pendek carian Google tertinggi Malaysia 2022. Sepanjang 2022 ini yang rakyat Malaysia cari dan mahu baca.

Jom kita semak carian Google tertinggi Malaysia 2022   

Carian Google Tertinggi Malaysia 2022

Carian

  1. Bantuan Khas Malaysia (BKM)
  2. MySPR Semak
  3. World Cup 2022
  4. Keputusan PRU-15
  5. MyUndi

Sebagaimana yang kita tahu, tahun 2022 kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri ke-9, Dato’ Sri Ismail Sabri dibubarkan dan Pilihan Raya Umum yang ke-15 telah dilakukan.

Sudah tentu berita ini paling dicari oleh rakyat Malaysia.

Begitu juga bola sepak pila dunia telah berlangsung pada tahun 2022 yang berlangsung di Qatar. Bukan calang-calang penangan piala dunia Qatar ni. Nama Jung Kook pun semakin dikenali di peringkat dunia kerana menyanyikan lagu tema piala dunia ini.

Walau bagaimanapun Bantuan Khas Malaysia (BKM) merupakan carian tertinggi oleh rakyat Malaysia. Ramai yang ingin tahu kelayakan dan cara bagaimana memohon serta bilakah bantuan ini akan disalurkan kepada penerimanya.  

Berita Topikal

  1. Ukraine
  2. Peninsular Malaysia floods
  3. Perdana Menteri Malaysia
  4. Hand Foot Mouth Disease (HFMD)
  5. Influenza

Bagi Berita Topikal pula, rakyat Malaysia paling banyak ingin tahu tentang Ukraine setelah tercetusnya perang Ukraine dan Rusia. Mungkin sebelum ini ramai yang tak tahu tentang Ukraine dan mula mencari info tentangnya.

Pencarian tertinggi diikuti dengan bencana alam banjir dan kesihatan. Perdana Menteri Malaysia juga termasuk dalam top 5 carian Google tertinggi Malaysia 2022.

Personaliti Tempatan

  1. Anwar Ibrahim
  2. Zalina Azman
  3. Najib Razak
  4. Ahmad Zahid Hamidi
  5. Azam Baki
PMX merupakan individu paling dicari di Carian Google Tertinggi Malaysia 2022.
Foto Kredit: Facebook Anwar Ibrahim

Nampaknya personaliti tempatan yang paling banyak dicari oleh rakyat Malaysia datang daripada bidang politik. Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan insan yang paling dicari oleh rakyat Malaysia.

Manakala selebriti televisyen, Zalina Azman duduk di tangga yang kedua. Berita kehilangan beliau telah membuatkan rakyat Malaysia ingin tahu tentang kehidupan peribadinya.

Personaliti Antarabangsa

  1. Amber Heard
  2. Johnny Depp
  3. Will Smith
  4. Kajol
  5. Chris Rock

Kes perbicaraan mahkamah di antara Amber Heard dan Johnny Deep telah mencuri hati rakyat Malaysia untuk mengikuti perkembangan pasangan selebriti Hollywood ini. Kes perbicaraan ini telah tamat dan berpihak kepada pelakon Pirates of The Caribbean itu.

Rakyat Malaysia juga membaca tentang kes ‘tamparan’ antara Will Smith dan Chris Rock.

Manakala selebriti Bollywood, Kajol juga merupakan individu yang dicari oleh rakyat Malaysia.  

Dalam Ingatan

  1. Queen Elizabeth
  2. Adibah Noor
  3. TangMo
  4. Syazlin Zainal
  5. Shinzo Abe

Segmen Dalam ingatan adalah individu yang telah meninggal dunia pada tahun 2022.

Berita kemangkatan Ratu England, Queen Elizabeth II telah mendapat liputan meluas termasuk di Malaysia.

Manakala berita pemergian selebriti tempatan, Adibah Noor secara mengejut telah mendapat perhatian rakyat Malaysia.

Tempat Menarik

  1. Genting Highlands
  2. LaLaport
  3. Pavilion Bukit Jalil
  4. Cameron Highlands
  5. Sunway Lagoon

Tak sangka rakyat Malaysia memilih untuk membaca lokasi menarik tempatan berbanding luar negara. Mungkin pada tahun 2022 rakyat Malaysia masih takut-takut untuk melancong ke luar negara.

Genting Highlands merupakan destinasi yang paling dicari oleh rakyat Malaysia. Patutlah setiap kali pergi Genting Highland ramai sungguh orang di sana.

Baca juga; Kedai Buku Tercantik Di Malaysia salah satunya berada di Pavillion Bukit Jalil

Filem

  1. Mat Kilau
  2. KKN di Desa Penari
  3. Black Adam
  4. Top Gun
  5. Jurassic World
Foto Kredit: Facebook Mat Kilau

Kedudukan filem pecah panggung Mat Kilau sememangnya tak perlu dipertikaikan lagi. Filem tempatan yang mencipta sejarah kerana berjaya mengutip lebih RM90 juta benar-benar mencipta fenomena. Ramai yang bercerita tentang filem ini.

Filem yang menduduki carta ke-2 hingga ke-4 merupakan filem luar negara.

Siri Drama TV

  1. All of Us Are Dead
  2. Melur Untuk Firdaus
  3. Business Proposal
  4. 7 Hari Mencintaiku 3
  5. Big Mouth

Bagi Siri Drama TV pula ternyata drama karya tempatan dan K-drama telah mengungguli carta carian Google tertinggi Malaysia 2022.

Drama Melur Untuk Firdaus telah melonjakkan populariti Meerqeen dan Anna Jobling.

Sukan

  1. World Cup 2022
  2. Thomas Cup 2022
  3. Denmark Open 2022
  4. Liga Super
  5. Indian Premier League 2022

Untuk ruangan sukan pula sudah tentu bola sepak piala dunia menjadi titik tumpu rakyat Malaysia.

Ramai rakyat Malaysia mengikuti pertandingan piala dunia sejak hari pembukaan sehingga pertandingan akhir yang memperlihatkan Argentina menewaskan Perancis.

Bola sepak tempatan Liga Super turut menarik perhatian rakyat Malaysia sehingga menduduki carta ke-4 dalam carian Google Tertinggi Malaysia 2022.

Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

2 Cara Sekat Foto WhatsApp Memenuhi Storage Handphone
Cara Sekat Foto WhatsApp | Sejak ada WhatsApp ni memang …

2 Cara Sekat Foto WhatsApp Memenuhi Storage Handphone

Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
Semua ‘ulat buku’ memang wajib berkunjung ke 3 kedai buku …

Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable

About The Author

duniamyzan

One Response

  1. nettyahhiyer

    Mesti time tu ramai yang nak tau siapa PM10 kita.. hihi..

    January 6, 2023

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    September 17, 2023 0
  • Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara Sistematik
    Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara …
    August 23, 2023 0
  • 8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di Malaysia
    8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di …
    August 26, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh