MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Sihat
Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
Diari Sihat

Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya

duniamyzan September 6, 2023

Betulkah rabun warna boleh dirawat? Sebenarnya tidak. Tiada sebarang ubat-ubatan ataupun rawatan yang boleh dilakukan untuk menyembuhkan pengidap rabun warna sejak lahir. Rabun warna bukan suatu kekurangan tetapi hanya suatu variasi dalam penglihatan manusia. Walau bagaimanapun terdapat beberapa alternatif yang boleh dilakukan oleh pengidap rabun warna untuk membantu mereka mengatasi masalah tersebut. Terdapat bantuan alat optikal yang boleh digunakan oleh pengidap rabun warna untuk membantu meningkatkan penglihatan sekali gus boleh mengenalpasti warna dengan lebih mudah.

Contents hide
1 Apakah Maksud Rabun Warna
2 Ujian Rabun Warna
2.1 Ujian Ishihara Ini Boleh Dilakukan Di Mana
2.2 Ujian Mata Terperinci
3 Rabun Warna Boleh Dirawat
3.1 Alat Optikal
3.2 Peranti Elektronik
3.3 Bantuan Orang Lain
4 Jenis Rabun Warna
4.1 Rabun Warna Merah Hijau
4.2 Rabun Warna Biru Kuning
4.3 Rabun Warna Total
5 Rabun Warna Boleh Ambil Lesen
6 Kerjaya Tidak Boleh Dipohon Oleh Pengidap Rabun Warna
7 Cara Menjaga Mata
7.1 Pemeriksaan Mata
7.2 Hindari Paparan Sinar UV
7.3 Nutrisi Makanan
8 Kesimpulan

Apakah Maksud Rabun Warna

Rabun warna adalah keadaan apabila seseorang tidak dapat membezakan beberapa jenis warna dengan betul. Masalah rabun warna ini disebabkan oleh kekurangan atau kerosakan pada sel kon di retina mata. Sel ini berfungsi untuk mengesan cahaya warna. Rabun warna biasanya bersifat keturunan dan boleh juga disebabkan oleh penyakit mata, penuaan, atau kesan sampingan ubat-ubatan.

Rabun warna in English – color blindness

Ujian Rabun Warna

Seseorang tidak akan perasan dirinya pengidap rabun warna sehinggalah dia melakukan ujian rabun warna atau rabun warna test. Terdapat ujian khusus (rabun warna test) untuk memastikan seseorang itu rabun warna atau sebaliknya. Ujian awal yang biasanya digunakan untuk klasifikasi rabun warna ialah Ujian Ishihara. Ujian ini terdiri daripada plat-plat berbintik warna yang mengandungi nombor atau bentuk tersembunyi.

Ujian Ishihara (Ishihara Plates) adalah satu ujian saringan penglihatan warna yang digunakan di seluruh dunia sejak tahun 1917. Ujian ini telah dicipta oleh seorang Pakar Oftalmologi berbangsa Jepun, Shinobu Ishihara. Ujian Ishihara dicipta untuk menyaring kecacatan penglihatan warna hijau-merah yang lazim berlaku dalam masyarakat.

Ujian Ishihara Ini Boleh Dilakukan Di Mana

  • Pusat optometris atau oftalmologi yang berdekatan dengan kediaman.
  • Ujian dalam talian yang menawarkan pelat-pelat Ishihara untuk anda lihat di skrin komputer atau telefon pintar anda.
Rabun Warna Boleh Dirawat

Jika seseorang gagal melihat nombor atau bentuk yang sepatutnya, bermakna mungkin salah seorang mengidap rabun warna. Jadi korang perlu mendapatkan pemeriksaan daripada seorang Optometris yang bertauliah bagi menjalankan ujian penglihatan warna yang lebih terperinci.

Ujian Mata Terperinci

Terdapat beberapa jenis ujian bagi tujuan ini antaranya;

  1. Hardy-Rand-Ritler (HRR) Plates
  2. Farnsworth-Munsell 100 Hue test (FM 100Hue)

Rabun Warna Boleh Dirawat

Rabun warna boleh dirawat? Tahap rabun warna seseorang bergantung kepada jumlah sel kon yang rosak atau kurang dalam retina mata. Semakin banyak sel kon yang terjejas, semakin sukar untuk melihat warna dengan jelas.

Sememangnya tak ada rawatan yang boleh dilakukan untuk menyembuhkan rabun warna. Namun terdapat cara untuk membantu mengatasi masalah sukar mendefinisikan warna yang sebenarnya.

Terdapat 3 cara yang boleh dipraktikkan oleh pengidap rabun warna (rabun warna boleh dirawat);

Alat Optikal

Terdapat alat optikal iaitu ChromaGen yang terdiri daripada kanta lekap dan cermin mata khas yang boleh digunakan. Rabun warna boleh dirawat dengan memakai cermin mata atau kanta sentuh khas yang direka untuk meningkatkan penglihatan warna. Ia mampu menapis warna tertentu dapat membantu untuk meningkatkan kontras warna membezakan warna-warna dengan lebih mudah.

Peranti Elektronik

Salah satu lagi cara yang boleh digunakan ialah dengan menggunakan aplikasi telefon pintar atau peranti elektronik lain. Teknologi yang terdapat dalam perantik elektronik ini boleh membantu mengesan dan menamakan warna untuk korang. Sebagai contoh, SAMSUNG Electronics Co telah melancarkan aplikasi SeeColors secara global bagi membantu golongan rabun warna dengan tafsiran warna yang agak tepat.

Bantuan Orang Lain

Cara yang paling mudah ialah dengan meminta bantuan daripada orang lain yang mempunyai penglihatan warna normal apabila perlu.

Baca juga; Cara Mudah Ingat Warna Pelangi

Jenis Rabun Warna

Terdapat tiga jenis utama rabun warna iaitu:

Rabun Warna Merah Hijau

Rabun warna Merah Hijau adalah jenis yang paling kerap berlaku, di mana seseorang tidak dapat membezakan warna merah dan hijau dengan betul. Rabun warna Merah Hijau boleh dibahagikan kepada dua subjenis, iaitu protanopia (tiada pigmen kon merah) dan deuteranopia (tiada pigmen kon hijau).

Rabun Warna Biru Kuning

Ini adalah jenis yang lebih jarang berlaku, di mana seseorang tidak dapat membezakan warna biru dan kuning dengan betul. Ini boleh dibahagikan kepada dua subjenis, iaitu tritanopia (tiada pigmen kon biru) dan tetartanopia (tiada pigmen kon kuning).

Rabun Warna Total

Ini adalah jenis yang paling jarang dan paling serius berlaku, di mana seseorang tidak dapat melihat sebarang warna langsung. Hanya warna hitam, putih, dan kelabu yang dapat dilihat. Ia juga lebih dikenali sebagai Buta Warna.

Rabun Warna Boleh Ambil Lesen

Seperti yang diketahui seseorang yang mahu mendapatkan lesen memandu perlu menduduki beberapa ujian memandu. Ujian yang pertama ialah untuk mendapatkan lesen L. Lesen L ini diperolehi melalui ujian berkomputer. Kebanyakan pengidap rabun warna bimbang gagal dalam ujian berkomputer kerana di situ terdapat beberapa ujian warna.

Tips yang boleh dilakukan oleh mereka yang mengidap rabun warna sebelum menduduki ujian berkomputer bagi mendapatkan lesen L ini ialah membuat ujian berulangkali ujian warna tersebut. Kalau boleh cuba hafal nombor-nombor dan warna tersebut.

Namun, jika gagal dalam ujian berkomputer ini, pengidap rabun warna boleh mendapatkan surat dari doktor yang bertauliah dan mengemukakan surat tersebut kepada sekolah memandu tempat korang berurusan. Usah bimbang, pengidap rabun warna masih boleh meneruskan ujian memandu seterusnya dengan mengikut syarat yang telah disediakan.  

Kerjaya Tidak Boleh Dipohon Oleh Pengidap Rabun Warna

BidangKerjaya
PenerbanganPengidap rabun warna tidak boleh menjadi juruterbang, juruterbang bantuan, juruawak kabin, atau pengawal trafik udara.
TenteraPengidap rabun warna tidak boleh memohon jawatan sebagai tentera.
PerubatanPengidap rabun warna tidak boleh menjadi doktor, jururawat, pakar patologi, pakar radiologi, atau pakar bedah.
JuruteraPengidap rabun warna tidak boleh menjadi jurutera elektrik, jurutera kimia, jurutera mekanikal, atau jurutera awam.
Seni KreatifPengidap rabun warna tidak boleh menjadi pelukis, pereka grafik, pereka fesyen, atau fotografer.
Kredit foto: CANVA

Cara Menjaga Mata

Pemeriksaan Mata

Lakukan periksakan mata anda secara berkala sekurang-kurangnya 2 tahun sekali atau setahun sekali jika sudah berusia lebih dari 40 tahun. Pemeriksaan secara berkala ini boleh membantu mencegah atau mengenalpasti sebarang penyakit mata seperti katarak, glaukoma, dan AMD.

Hindari Paparan Sinar UV

Sinar ultraviolet boleh menyebabkan pelbagai penyakit mata. Korang digalakkan untuk memakai kaca mata hitam yang dapat melindungi mata dari sinar UVA dan UVB atau menggunakan topi bertepi lebar ketika berada di bawah sinar UV.

Nutrisi Makanan

Kerap makan makanan yang kaya dengan vitamin A, C, E, lutein, selenium, dan asid lemak omega-3. Sumber makanan ini boleh membantu mencegah masalah mata dan melindungi retina mata.

Ketahui Cara Diet Eat Clean

Kesimpulan

Rabun warna OKU, bukan. Pengidap rabun warna tidak layak pun mendapat sijil OKU. Oleh itu, untuk mengenalpasti sama ada kita rabun warna atau tidak boleh membuat ujian awal terlebih dahulu.

Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article

Related Articles

8 Tanda Menopaus, Bukan Penamat Nilai Kewanitaan
Sebagai wanita sangat penting untuk tahu tanda-tanda menopaus yang bakal …

8 Tanda Menopaus, Bukan Penamat Nilai Kewanitaan

Cara Meningkatkan Kesuburan Agar Cepat Hamil Ikuti 9 Tip Ini
Cara Meningkatkan Kesuburan Agar Cepat Hamil | Kehadiran anak sebagai …

Cara Meningkatkan Kesuburan Agar Cepat Hamil Ikuti 9 Tip Ini

About The Author

duniamyzan

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    September 17, 2023 0
  • Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara Sistematik
    Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara …
    August 23, 2023 0
  • 8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di Malaysia
    8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di …
    August 26, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh