Kalau nyalakan lilin aromaterapi kat rumah memang best. Tapi, cara jaga lilin aromaterapi sangat penting.
Sebab kalau rosak boleh menangis tepi bucu katil sebab harganya kayangan sangat!
Bila bakar lilin ni rasa segar satu badan saat menghidu bau harum satu rumah. Haruman flora yang manis membangkitkan rasa nyaman dan tenteram memang tak boleh bawa bincang lah.
Terdapat banyak jenama yang jual lilin aromaterapi atau scented candle. Antara jenama mewah yang biasa kita jumpa The Yankee Candle yang berasal Dari Amerika Syarikat, Diptyque dari Paris dan Bath and Body Works juga dari Amerika Syarikat.
Lilin aromaterapi keluaran Ikea pun sedap juga tapi kalau nak buat perbandingan biarlah from apple to apple kan.
Tip Beli Lilin
Satu tip yang boleh saya kongsikan buat mereka yang nak cuba-cuba beli lilin aromaterapi jenama kayangan ni, beli ketika ada jualan murah. Kalau ada tawaran “Buy 1 Free 1 atau Buy 2 Free 2” memang sangat berbaloi.
Myzan sendiri beli ketika ada sale! Kadang-kadang ada juga tawaran tak masuk akal “Buy 2 get 3“.
Biasanya lilin aromaterapi lux ini akan buat jualan murah terutama ketika sambutan Krismas dan Tahun Baru.
Ketika Hari Ibu pun biasa ada tawaran menarik.
Beli lilin aromaterapi pilih yang dekat dengan personaliti masing-masing. Banyak pilihan aroma antaranya, bau-bauan flora, kayu-kayuan, buah-buahan sitrus, rempah dan pudina.
Jenis Lilin
- Paraffin Wax
- Beeswax
- Soy Wax
- Palm Wax
Cara Jaga Lilin Aromaterapi
Scented candle ini ada banyak pantang larangnya dan cara jaga lilin aromaterapi;
Lepas nyalakan lilin tak boleh terus padam. Kena tunggu seluruh permukaan lilin cair baru boleh padam. Biasanya akan ambil masa 2 ke 3 jam untuk seluruh permukaan lilin cair.
Kalau lilin padam sebelum seluruh permukaan cair akan menyebabkan lilin akan rosak, dan permukaan lilin akan kehitaman dan berlekuk.
Nak padam api lilin usah tiup. Sebaliknya padam dengan alat khas untuk padam lilin dan yang paling mudah tutup dengan penutupnya (jika ada penutup).
Kekurangan oksigen akan buat lilin padam dengan sendiri dan bau harum rumah tak terganggu dengan kesan bau asap.
Trim sumbu lilin. Setiap kali sebelum mula membakar lilin, pastikan kita trim dulu sumbu dengan gunting. Potong pendek dan jangan biarkan terlalu panjang.
Tak semestinya sumbu panjang akan buat lilin mencair dengan cepatnya. Kalau nak lilin cepat mencair kena guna lilin double wick atau tripple wick.
Lokasi lilin. Hindar meletakkan lilin aromaterapi yang menyala dekat pendingin hawa kerana akan membuat lilin cepat tersejat.
Begitu juga elakkan guna air purifier yang boleh menyedut aroma harum lilin aromaterapi tersebut.
BACA: Pemeriksaan Mamogram Percuma; DIY Sendiri Kabinet Dapur Lama