MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Santai
Gambar Kucing Oyen Zoo Negara Yang Viral Hingga Jadi Star & Pelaris
Diari Santai

Gambar Kucing Oyen Zoo Negara Yang Viral Hingga Jadi Star & Pelaris

duniamyzan August 30, 2023

Memang geram tengok koleksi gambar kucing Oyen yang bersahabat baik dengan Capybara di Zoo Negara ni. Oyen ni memang pencetus fenomena sungguh. Selamba jer dia duduk dalam kawasan sekumpulan capybara tu. Boleh pulak dia makan tidur pun dekat situ. Nilai yang boleh kita ceduk daripada persahabatan dua species berlainan ini antaranya ialah kehamonian hidup. Malah boleh mencetus sumber pendapatan yang tak terjangkau. Selain itu, kecekapan pihak Zoo Negara yang mengesan hubungan baik antara oyen dan capybara lantas memeliharanya adalah fikiran di luar kotak. Siapa sangka persahabatan ini berjaya melonjakkan pendapatan zoo negara kepada 90 peratus tanpa diduga.     

Contents hide
1 Sejarah Oyen Zoo Negara
2 Gambar Kucing Oyen Dan Capybara
3 Oyen Zoo Negara
4 Jenis Kucing Oyen Di Zoo Negara
4.1 Kucing Tabby Oren Klasik
4.2 Kucing Tabby Mackerel
4.3 Kucing Tabby Spotted
4.4 Kucing Tabby Ticked
4.5 Kucing Tabby Patched
5 Fakta Tentang Capybara Zoo Negara
6 Berkunjung Ke Zoo Negara
6.1 Harga Tiket Zoo Negara
6.1.1 Harga Tiket Zoo Negara Pemilik MyKad
6.2 Lokasi Zoo Negara
6.3 Waktu Operasi Zoo Negara

Sejarah Oyen Zoo Negara  

Oyen adalah seekor kucing jalanan yang masuk ke dalam kandang capybara. Persahabatan baik antara Oyen dan capybara ini telah menarik perhatian salah seorang pekerja Zoo Negara apabila melihat Oyen tidur di bawah perut capybara di dalam kandang.

Pekerja Zoo Negara ini terus melaporkan kepada pihak atasannya dan nampaknya pihak pengurusan Zoo Negara membuat keputusan yang tepat untuk memelihara hubungan baik ini. Oyen dan capybara tinggal bersama selama tiga tahun dan persahabatan ini menjadi viral di media sosial sekali gus menarik ramai pengunjung ke Zoo Negara.

gambar kucing oyen zoo negara yang viral
Kredit Foto: BERNAMA

Gambar Kucing Oyen Dan Capybara

Tengok tu aksi si Oyen Zoo Negara dengan sahabat baiknya. Geram jer tengok aksi selamba dia tu. Macam salah seorang ahli keluarga tikus besar tu pulak jadinya. Gambar kucing Oyen dan capybara ini antara faktor yang telah melonjakkan kedatangan pengunjung ke Zoo Negara hingga melebihi 3,000 orang pada hujung minggu.  

Pihak Zoo Negara juga telah menukar status Oyen sebagai penduduk tetap di kandang capybara dan memasang papan tanda ‘Oyen’ di depan kandang itu. Rasanya Oyen Zoo Negara Malaysia ini telah menjadi species kucing berbulu oren yang pertama di dunia yang menjadi penduduk tetap dalam sebuah zoo.

Kredit Foto: BERNAMA
Kredit Foto: BERNAMA

Oyen Zoo Negara

  • Pihak Zoo Negara telah menjaga kebajikan Oyen dengan memberi dia makanan berkhasiat dan memantau kesihatannya.
  • Pihak Zoo Negara bercadang untuk mencari pasangan betina untuk Oyen Zoo Negara supaya dia dapat menghasilkan anak-anak. Ini sebagai altenatif sekiranya Oyen meninggal dunia, bakanya dapat menyambung hubungan baik antara dua species ini.
  • Oyen telah dinobatkan menjadi bintang Zoo Negara atau ‘Star of Zoo Negara’ kerana tingkah lakunya yang comel dan manja serta menghiburkan hati pengunjung yang datang ke Zoo Negara.
  • Sempena Hari Kucing Sedunia yang disambut pada 8 Ogos setiap tahun pihak Zoo Negara telah memasang papan tanda rasmi Oyen di hadapan kepungan tikus gergasi capybara di Zoo Negara.

Ramai jugak orang takut kucing. Ini cara hilangkan takut kucing yang boleh dicuba.

Jenis Kucing Oyen Di Zoo Negara

Oyen adalah seekor kucing berbulu oren yang merupakan jenis kucing tabby. Kucing tabby adalah pengelompokkan yang dilakukan berdasarkan pola bulu pada kucing. Ada lima jenis kucing tabby;

Kucing Tabby Oren Klasik

Oyen jenis ini memiliki pola bulu berbentuk lingkaran atau spiral di sisi tubuhnya.

Kucing Tabby Mackerel

Oyen jenis ini memiliki pola bulu berbentuk garis-garis vertikal di sisi tubuhnya.

Kucing Tabby Spotted

Oyen jenis ini memiliki pola bulu berbentuk bintik-bintik di sisi tubuhnya.

Kucing Tabby Ticked

Oyen jenis ini memiliki pola bulu yang tidak jelas, tetapi setiap helai bulunya memiliki warna yang bervariasi.

Kucing Tabby Patched

Oyen jenis ini memiliki pola bulu yang terdiri dari dua warna atau lebih.

Kebanyakan kucing tabby oren adalah jantan, kerana kromosom kelamin mempengaruhi warna bulunya. Hanya sekitar 20 peratus kucing tabby oren adalah betina. Kucing tabby oren juga dikenal sebagai ginger cat atau marmalade cat di luar negara.

Kucing tabby oren memiliki sikap yang lembut, ramah, dan mudah mesra. Oyen juga suka menarik perhatian dan menunjukkan kasih sayang kepada pemiliknya.

Seekor lagi Oyen yang mencipta fenomena ialah Oyen Elmina yang diselamatkan dari lokasi nahas kapal terbang di Elmina pada 17 Ogos 2023. Oyen Elmina ini telah mengalami kecederaan di tulang belakang dan dihantar ke Klinik Veterinar Zul Erwan untuk mendapatkan rawatan. Malangnya, Oyen telah meninggal dunia pada 27 Ogos 2023 kerana didapati positif untuk virus FIV (AIDS kucing) yang menjejaskan sistem imunnya.

Kredit Foto: Facebook Zul Erwan Veterinary Clinic

Baca juga; Cara Jaga Kucing Betina Selepas Dimandulkan

Fakta Tentang Capybara Zoo Negara

  1. Capybara seekor tikus paya yang besar dan saiznya lebih kurang setengah ekor kambing. Ia adalah rodentia terbesar di dunia yang berasal dari Amerika Selatan.
  2. Capybara memiliki bulu berwarna merah kecoklatan dan badan yang berbentuk seperti khinzir. Capybara mempunyai kaki pendek, hidung tumpul, telinga kecil, dan hampir tiada ekor. Mata, hidung dan telinganya terletak tinggi di kepala supaya ia dapat melihat dan bernafas ketika berendam di air.
  3. Capybara adalah haiwan separuh akuatik yang dapat berenang dengan baik. Jarinya sebahagian berselaput untuk membantu ia bergerak di air.
  4. Capybara boleh menyelam dan berada di dalam air sehingga 5 minit pada satu-satu masa. Capybara selalunya tertidur di dalam air sambil menjaga hidung mereka di tepi tebing. Tidur di sepanjang sungai, bakau dan paya membantu mereka kekal sejuk.
  5. Capybara mempunyai sistem komunikasi yang kompleks yang melibatkan bunyi, bau, dan bahasa badan.
  6. Capybara ialah haiwan herbivor yang memakan tumbuhan akuatik, rumput, dan tumbuhan lain yang banyak terdapat di habitatnya.
  7. Capybara membiak sepanjang tahun bergantung kepada habitat dan ketersediaan pasangan. Betina biasanya melahirkan satu kandungan empat atau lima anak setahun dan Capybara tidak dianggap sebagai spesies terancam.
Kredit Foto: Facebook Zoo Negara

Berkunjung Ke Zoo Negara

Buat mereka yang masih belum jumpa Oyen Capybara ni boleh tengok sendiri hubungan persahabatan unik ini. Boleh merancang kunjungan ke Zoo Negara yang dah lama tak masuk dalam wish list percutian kan.

Harga Tiket Zoo Negara

Beli tiket secara online (Zoo Negara e-Ticketing) lebih mudah kerana tak perlu beratur panjang. maklumlah, ramai nak tengok Oyen di Zoo Negara sekarang. Beli tiket secara online boleh dapat diskaun juga.

Harga Tiket Zoo Negara Pemilik MyKad

TiketHarga (RM)
Dewasa (Adult)
(13 Tahun hingga 59 Tahun)
45.00
Kanak-kanak (Children)
(12 Tahun ke bawah)
18.00
Warga Emas (Senior Citizen)
(60 Tahun ke atas)
23.00
OKU
(Sila bawa kad OKU yang sah)
PERCUMA

Lokasi Zoo Negara

Zoo Negara, Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Waktu Operasi Zoo Negara

Zoo Negara dibuka setiap hari (Isnin – Ahad) jam 9.00am – 5.00pm

Baca juga; Cara Memilih Makanan Kucing

Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Kenali Pemilik Blog Diary Hot Mama Penulis SEO Malaysia
Persahabatan MJ dengan pemilik Blog sitizurinamatsaman ni bukan sehari dua. …

Kenali Pemilik Blog Diary Hot Mama Penulis SEO Malaysia

5 Cara Pilih Bateri Kereta Terbaik Yang Wajib Ambil Tahu
Memilih bateri kereta terbaik, sebagai pemandu kereta yang prihatin, kita …

5 Cara Pilih Bateri Kereta Terbaik Yang Wajib Ambil Tahu

About The Author

duniamyzan

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    September 17, 2023 0
  • Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara Sistematik
    Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara …
    August 23, 2023 0
  • 8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di Malaysia
    8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di …
    August 26, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh