Cara Aktifkan Secure2u MAE | Sejak akhir-akhir ini, kes penipuan dalam talian atau scammer kian membarah. Hampir saban hari kita disajikan dengan berita mangsa penipuan yang langsung tak masuk akal. Modes operandi yang sentiasa dikemas kini oleh scammer membuatkan ramai yang mudah tertipu. Bagi pelanggan Maybank, boleh menarik nafas lega apabila syarikat kewangan ini telah mengambil langkah keselamatan terkini sejajar dengan ketetapan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Bermula 31 Oktober 2023 pelanggan Maybank perlu mengaktifkan Secure2u. Secure2u menjadi kaedah utama yang digunakan untuk meluluskan transaksi di aplikasi MAE dan Maybank2u.
Maybank melaksakana langkah aktifkan Secure2u MAE dan Maybank2u sebagai langkah tambahan untuk mengurangkan transaksi tanpa kebenaran dan aktiviti penipuan. Dengan aktifkan Secure2u MAE dan Maybank2u pelanggan Maybank mampu untuk menghalang penipu dan memastikan hanya pelanggan sahaja yang menjadi satu-satunya orang yang di benarkan meluluskan pendaftaran Secure2u di peranti mereka.
Siapakah Yang Perlu Aktifkan Secure2u MAE dan Maybank2u di ATM Maybank
Jika sebelum ini pelanggan Maybank boleh aktifkan Secure2u MAE dan Maybank2u hanya di aplikasi tersebut. Namun, bermula 31 Oktober 2023, pelanggan perlu hadir ke mesin juruwang automatik (ATM) Maybank untuk mengaktifkannya.
Siapakah yang perlu aktifkan Secure2u MAE dan Maybank2u di ATM Maybank?
- Pelanggan Maybank yang mendaftar Secure2u buat kali pertama.
- Pelanggan Maybank yang menukar peranti/telefon baharu.
Jadi bagi pelanggan Maybank yang sudah sedia ada Secure2u tak perlu bimbang. Korang tak perlu nak mengaktifkan Secure2u di mesin ATM lagi. Boleh gunakan macam biasa kecuali telefon bimbit atau peranti yang sedia ada rosak atau perlu ditukar baharu. Jika korang menukar telefon baharu selepas 31 Oktober 2023, makanya korang kena pergi ke mesin ATM Maybank untuk mengaktifkan semula Secure2u tersebut.
Bagaimana pula kalau kehilangan telefon bimbit? Sekiranya kehilangan telefon bimbit yang telah didaftarkan Secure2u, korang mesti membatalkan pendaftaran Secure2u daripada telefon bimbit yang hilang secepat mungkin.
Cara Membatalkan Pendaftaran Secure2u Daripada Telefon Bimbit Yang Hilang
Cara 1
Log masuk ke laman web Maybank2u dan klik Setting > Security > toggle untuk menyahaktifkan Secure2u
Cara 2
Segera hubungi hotline Khidmat pelanggan Maybank di talian 1-300-88-6688 (Malaysia) atau 603-78443696 (luar negara) untuk mendapatkan bantuan.
Baca juga; Apa Yang Best di Zoo Negara
Apa Itu Secure2u
Secure2u ialah kaedah yang lebih selamat dan cepat untuk meluluskan transaksi MAE dan Maybank2u menggunakan Secure Verification (kelulusan sekali ketik) dan Secure TAC (nombor TAC 6 digit yang dijana pada aplikasi korang). Ciri ini tersedia di aplikasi MAE.
Sebaik sahaja korang mengaktifkan Secure2u, ia akan menjadi kaedah utama untuk meluluskan SEMUA transaksi.
Lebih Selamat Dan Cepat Dengan Secure2u
Secure2u mengikat peranti korang dengan akaun Maybank2u korang dan menawarkan tahap keselamatan tambahan kerana semua transaksi yang dilakukan. Ianya hanya boleh disahkan menggunakan peranti korang yang berdaftar. Ciri pengikat peranti Secure2u yang unik ini juga mengurangkan risiko penipuan TAC.
Secure2u pada aplikasi MAE juga ditambah baikkan dengan tempoh pengaktifan minimum 12 jam untuk mengelakkan kelulusan transaksi yang mencurigakan.
Korang boleh menjana Secure TAC 6 digit dengan mudah menggunakan aplikasi MAE, bergantung pada jenis transaksi. Atau, terima notifikasi Secure Verification pada peranti korang untuk mengesahkan atau menolak transaksi. Dengan Secure2u, korang tidak perlu menunggu SMS TAC lagi dan boleh meluluskan transaksi dengan lebih cepat.
Cara Aktifkan Secure2u MAE di ATM Maybank
Bahagian 1 | Bahagian 2 |
---|---|
Cara Daftar Secure2u MAE | Aktifkan Secure2u di ATM Maybank |
Setelah korang mendaftar Secure2u pada aplikasi MAE, ikuti langkah-langkah ini untuk mengaktifkannya: | |
1. Muat turun aplikasi MAE 2. Pada bahagian Quick Actions, tekan ‘Secure2u’ untuk daftarlannya para peranti korang. 3. Tekan ‘Register Secure2u Now’ dan ikuti arahan pada paparan untuk lengkapkan pendaftaran | 1. Apabila berada di ATM Maybank, masukkan kad korang dan masukkan PIN (Nombor Pengenalan Peribadi) kad tersebut. 2. Pada Menu Utama, pilih ‘Secure2u Activation’ 3. Pilih ‘Activate Secure2u’ dan ikuti arahan pada paparan untuk lengkapkan proses pengaktifan |
Setelah pendaftaran Secure2u korang selesai, korang akan menerima push notification dan SMS untuk memberitahu korang supaya mengaktifkan Secure2u di ATM Maybank dalam tempoh 30 hari. | Setelah korang mengaktifkan Secure2u pada MAE, terdapat tempoh pengaktifan minimum 12 jam sebelum korang boleh menggunakan Secure2u untuk mengesahkan transaksi. Ini untuk menghalang pengaktifan Secure2u yang tidak sah. |
Jangan lupa untuk bawa bersama kad debit, kredit, atau caj ke ATM Maybank seperti yang dinyatakan pada aplikasi MAE setelah pendaftaran Secure2u anda berjaya. |
(Sumber: Aplikasi MAE)
Baca juga:
Cara Buat Tabung Mae
Cara Keluar Duit Asb Online
Cara Scammer Ambil Duit Dalam Bank