MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Santai
Drama Projek High Council, Inspirasi Kisah Benar Sekolah Asrama
Diari Santai

Drama Projek High Council, Inspirasi Kisah Benar Sekolah Asrama

duniamyzan February 12, 2023

Jika dah jemu tonton drama tentang perebutan cinta dan kuasa, boleh menonton Drama Projek High Council yang kini sedang ditayangkan di Astro Ria, setiap hari Isnin, jam 9.00 malam. Drama hasil karya Anwari Ashraf mengupas tentang isu gangsterism di sekolah berasrama penuh. Selaku penulis skrip Anwari Ashraf mengadun sebuah drama yang diinspirasikan daripada kisah benar yang pernah terjadi di Malaysia.

Contents hide
1 Sinopsis Drama Projek High Council
2 Lokasi Drama Projek High Council
3 Lagu OST Projek High Council
3.1 Lirik Lagu Kudrat – SOG Ft Naim Daniel
4 Info Drama Projek High Council
5 Pelakon Drama Projek High Council

Drama ini telah membawa penonton untuk menghayati tentang kisah kenakalan budak pandai di sekolah berprestij tinggi. Dialog pelakon utama, Amir Ahnaf begitu trending.

“Dan aku Kahar, kapla High Council,”

Kahar (Amir Ahnaf)

Drama High Council kisah benar dan bila menonton drama ini umpama tak percaya benarkah situasi sebegini benar-benar berlaku di sekolah berasrama penuh.

Pelakon yang membawakan watak dalam Drama Projek High Council juga begitu menjadi. Pelakon muda yang berbakat membawakan watak budak sekolah sememangnya patut dipuji. Gandingan pelakon baru dan lama dalam Drama Projek High Council ini ada chemistry!

Ramai peserta HERO Remaja yang menjadi pelakon dalam drama ini.

Projek High Council Full Episode boleh ditonton di Astro Ria saluran 104 bermula 23 Januari, setiap Isnin, jam 9.00 malam. Drama Projek High Council Episode 1, drama Projek High Council Episode 2 dan seterusnya boleh ditonton di Astro GO.

Drama Projek High Council yang merungkai kisah di sekolah berasrama penuh.

Sinopsis Drama Projek High Council

Kisah bermula dengan krisis hubungan adik-beradik antara Fakhri (lakonan oleh Mierul Aiman) dan Naim (lakonan oleh Nadhir Nasar). Hubungan dua beradik ini mula renggang sejak kecil lagi kerana merebut kasih sayang keluarga. Mereka terpisah dan bertemu semula apabila masing-masing berjaya menempatkan diri di sebuah sekolah asrama penuh berprestij tinggi, Kolej Ungku Dramat (KUDRAT).

Fakhri merupakan pelajar yang bijak tetapi sering terlibat dalam pergaduhan. Di usia 15 tahun Fakhri telah memasang niat untuk berubah lebih-lebih lagi apabila telah terpilih untuk memasuki sebuah sekolah asrama berprestij tinggi – sekolah KUDRAT.

Walau bagaimanapun apabila setelah diterima masuk ke sekolah berasrama tersebut, Fakhri telah cuba untuk membuka rahsia yang menjadi tradisi di sekolah tersebut.   

Di KUDRAT sudah menjadi tradisi mengadakan sebuah pilihanraya secara sulit untuk memilih siapakah yang bakal memiliki kuasa penuh di asrama. Gelanggang pilihanraya ini berlangsung secara sulit tanpa pengetahuan pihak sekolah yang diseliakan oleh High Council. Pemenang Pilihanraya akan dianggap sebagai pelajar paling berkuasa dan menjadi ‘kepala’ di KUDRAT.

Apabila mengetahui tentang agenda Fakhri secara tidak langsung telah menjadikan dia sasaran utama pelajar-pelajar yang ingin menguasai hierarki High Council.

Bagaikan mahu menegakkan keadilan dan menghalang salah guna kuasa yang berlaku di kalangan pelajar sekolah berasrama penuh tersebut, Fakhri nekad masuk ke gelenggang pilihanraya tersebut.

Walaupun Fakhri sudah mahu berubah meninggalkan dunia pergaduhan tetapi demi menegakkan keadilan dia sanggup melakukannya. Fakhri juga terpaksa berdepan dengan Naim dan tahu apa yang bakal dihadapinya yang mungkin membahayakan dirinya sendiri.

Berjayakah Fahkri merebut title sebagai ‘kepala’ di KUDRAT? Apakah yang kesukaran yang bakal dia depani demi mencapai matlamatnya? – kisah benar High Council

Baca Drama Kerana Cinta Itu Ada Episod Akhir

Lokasi Drama Projek High Council

Dikatakan lokasi Projek High Council ialah Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR).

Lagu OST Projek High Council

Kudrat – Naim Daniel & SOG
Test Drive – Firdaus Rahmat

Lirik Lagu Kudrat – SOG Ft Naim Daniel

Ku Tahu Ini Bukan Yang Terbiasa
Ku Tahu Apa Yang Berada Di Minda
Hatimu Berbelah Bagi
Kiri Kanan Dah Terkunci Dan Tergari
Mengapa Gila Jika Belum Takdirnya?
Apa Kau Sedia?
Biar Berkali Dipijak
Ku Haramkan Tuk Berganjak
Walau Deras Air Merah
Ku Redah
Biar Hancur Buku Lima
Biar Itu Yangku Ada
Hingga Kudratku Rebah

Bersedia
Untuk Malam Memburu Raja
Apakah Kau Dan Aku Jadi Saksinya
Jeritlah Pada Tuhanmu
Kebaskan Segala Luka Yang Membiru

Biar Berkali Dipijak
Ku Haramkan Tuk Berganjak
Walau Deras Air Merah
Ku Redah
Biar Hancur Buku Lima
Biar Itu Yangku Ada
Hingga Kudratku Rebah

Andai Ada Yang Rosak Binasa
Maaf Dipinta
Kerna Tiada Yang Sempurna
Biar Hancur Buku Lima
Biar Itu Yang Ku Ada
Biar Kiamat Melanda
Hingga Kudrat Aku Rebah
KUDRAT !!
Biar Hancur Buku Lima
Biar Itu Yang Ku Ada
Biar Kiamat Melanda
Hingga Kudrat Aku Rebah

Biar Berkali Dipijak
Ku Haramkan Tuk Berganjak
Walau Deras Air Merah
Ku Redah
Biar Hancur Buku Lima
Biar Itu Yang Ku Ada
Hingga Kudratku Rebah

Biar Hancur Buku Lima
Biar Itu Yangku Ada
Hingga Kudratku Rebah

Info Drama Projek High Council

Episod10
Tarikh Tayangan14 Januari 2023 (Tayangan di Astro Go)
23 Januari 2023 (Tayangan di Astro Ria)
Waktu SiaranSetiap Hari Isnin, 9.00 malam
RangkaianAstro Go & Astro Ria
PengarahAnwari Ashraf & Zulaikha Zakaria
ProduksiPasal Productions Sdn. Bhd.
Penulis SkripAnwari Ashraf

Pelakon Drama Projek High Council

  • Mierul Aiman sebagai Fakhri
  • Nadhir Nasar sebagai Naim
  • Amir Ahnaf sebagai Kahar
  • Naim Daniel sebagai Ayam
  • Kahoe Han sebagai Jayden
  • Ameer Asyraf sebagai Fahmi
  • Yusof Hashim sebagai Amerr
  • Fazziq Muqris sebagai Zahrin
  • Sathis Varan sebagai Prakash
  • Fadhli Masoot sebagai Hakeem
  • Hazeeq Dean sebagai Ariz
  • Daiyan Trisha sebagai Mia
  • Ben Tan sebagai Mr Sin
  • Sazzy Falak sebagai Puan Faniza

Baca juga; Sinopsis Ku Akad Kau Dengan Bismillah

Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Cara Semak Duit Dalam IC, Ini 6 Langkah Kita Kena Tahu
Rupanya ada cara semak duit dalam IC. Siapa baru tahu …

Cara Semak Duit Dalam IC, Ini 6 Langkah Kita Kena Tahu

Drama Aku Tanpa Cintamu Episod Akhir (15), Kupas Kisah Narsistik
Drama Aku Tanpa Cintamu Episod Akhir | Kisah cinta antara …

Drama Aku Tanpa Cintamu Episod Akhir (15), Kupas Kisah Narsistik

About The Author

duniamyzan

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    September 17, 2023 0
  • Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara Sistematik
    Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara …
    August 23, 2023 0
  • 8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di Malaysia
    8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di …
    August 26, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh