Teruja sangat dengan Kempen Bendera Putih bagi tujuan membantu orang dalam kesulitan hidup kala pandemik COVID-19 ini.
Tak kisahlah kalau nampak ada kereta jenama luar negara parking dalam garaj, nampak jer bendera putih sudah pasti mereka sangat memerlukan bantuan.
Siapa yang tak pernah hidup susah atau menerima bantuan memang tak akan selama-lamanya faham perasaan orang yang menerima bantuan di saat ditimpa kesusahan.
Rasa syukur tak terhingga dan mulut pasti tak akan putus-putus memanjat doa buat orang yang menghulurkan bantuan. Jadi, saya memang sokong Kempen Bendera Putih.
Lama saya memikirkan tentang gambar ini. Gambar-gambar ini memang tak pernah dipos di media sosial mahupun group whatsapp keluarga.
Ia begitu eksklusif hanya buat tatapan kami anak beranak, tapi hari ini saya kongsikan sebab nak gambarkan keceriaan penerima sempena Kempen Bendera Putih ini.
Pengalaman Di Rumah Anak Yatim
Ini merupakan kali pertama kami sekeluarga turun lapangan menyalurkan bantuan di rumah anak-anak yatim. Biasalah yang pertama, mesti akan ambil gambar kan, macam anak pertama, penuh gambar dalam album.
Masuk anak kedua dah kurang, anak ketiga lagi kurang, kan.
Lama dah usia gambar ini, buktinya anak-anak pun masih kecil lagi. Sumbangan kami sekeluarga tak lah besar mana tapi sambutan daripada anak-anak ini mengundang rasa sebak.
Sampai sekarang masih terbayang-bayang lagi momen itu dan makin teruja berkongsi sempena Kempen Bendera Putih ini.
Memang dah cakap dengan suami kita tak payah masuk rumah, lepas hantar barang terus balik. Tapi ‘tuan rumah’ insist juga kami masuk.
Masuk jer ke dalam rumah, anak-anak ini dah siap mandi, berbedak dan berpakaian cantik sambil bersedia tunggu kami untuk minum petang bersama, masyaallah.
Memang kedatangan kami diberitahu lebih awal kepada pengurus rumah tersebut. Rupa-rupanya anak-anak ini dah prepare buat persembahan istimewa untuk kami.
Ada 2 persembahan daripada anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan.
Allahuakbar, apalah sangat sumbangan kami sehingga dilayan sebegitu rupa. Betapa anak-anak ini mengalu-alukan kedatangan kami, mungkin ada yang rindukan belaian mesra mak dan ayah mereka.
Saya akui memang tak kuat untuk turun di lapangan melakukan kerja-kerja amal ni. Respek dengan kawan-kawan lain rajin turun padang menghulurkan bantuan.
Kibar Kempen Bendera Putih
Sebenarnya kalau ikutkan tak perlu susah-susah pun nak buat kerja macam ni. Boleh jer transfer duit ke rumah anak-anak yatim atau maahad tahfiz atau mereka yang memerlukan.
Tapi saya mahu anak-anak melihat sendiri tentang sebuah kehidupan. Kalau kita cakap pemahaman tu tak sampai jadi, biar mereka melihat sendiri bahawa kehidupan ini bukan semudah disangka.
Esok lusa kalau mama tak ada macam mana?
Bukan mudah didik anak-anak zaman mileniel!
Jadi, bila COVID-19 ini datang, lebih ramai orang susah yang memerlukan bantuan. Saya juga bukan orang senang tapi insyaallah kita membantu ikut kemampuan.
Sekarang pun banyak kedai yang buat food bank. Kedai di kawasan rumah saya ada buat begitu. Bila beli barang tu, beli lebih sikit dan letak dalam food bank.
BACA: Jaga mak yang dah uzur
netty
MasyaAllah.. bagusnya kak Maizan sekeluarga. Betul kata kak.. nak bagi jadi turun padang sampai ke rumah anak-anak yatim ni insan-insan terpilih je mampu. Kadang lebih senang bank in sumbangan dari turun padang. Tapi mana-mana pun baik cuma rezeki turun padang tak semua rasa.
Ooh Deo
Teruskan usaha mcmni.. Tak semua org boleh rasa perasaan bantuborg susah terutama anak² yatim.. Perasaan tu xleh nk gambarkan..
Sii Nurul
Bestnya kak buat mcm nie.. sy pun teringin sgat buat mcm nie.. tetapi tak mampu huhu.. Buat mana yg mampu ja.. semoga dipermudahkan urusan akak sekeluarga.. dimurahkan rezeki selalu
Sofea
Alhamdulillah… Moga istiqamah & dimurahkan rezeki merimpah ruah..