Kita sering mendengar agar tidak lupa menyapu serum pada wajah. Tetapi macam mana cara memilih serum muka terbaik untuk kulit? Serum biasanya hadir dalam bentuk cecair jernih, bertekstur ringan dan bebas minyak. Ia juga sering dipanggil sebagai eliksir. Walaupun sering dibotolkan dalam sebuah botol yang kecil tetapi serum mengandungi sejumlah bahan aktif yang terbaik untuk kulit wajah. Serum biasanya memiliki konsentrasi tinggi bahan aktif seperti asid amino, antioksidan, vitamin, pencerah kulit, peptida, hidrasi, atau eksfoliasi.
Cara Memilih Serum Muka Terbaik
Terdapat 5 cara memilih serum muka yang boleh dipraktikkan sebelum membeli serum wajah. Memilih serum wajah yang sesuai dengan keperluan kulit anda adalah penting untuk kesan yang terbaik. Berikut adalah beberapa panduan untuk memilih serum yang tepat:
Kenali Jenis Kulit
- Pertama sekali kena pastikan jenis kulit sama ada kering, berminyak, kombinasi, atau sensitif.
- Pilih serum yang sesuai dengan keadaan kulit anda.
Perhatikan Kandungan Serum
- Serum mengandungi bahan aktif seperti vitamin, peptida, asid hialuronik, atau antioksidan.
- Jika anda ingin mencerahkan kulit, cari serum yang mengandungi vitamin C.
- Untuk mengurangkan kedutan, pilih serum dengan retinol.
- Jika kulit berminyak, serum dengan salicylic acid boleh membantu.
Lakukan Patch Test
- Sebelum menggunakan serum secara keseluruhan, uji di bahagian kecil kulit untuk memastikan tiada reaksi alergi.
Perhatikan Ulasan Tentang Serum
Baca ulasan pengguna dan lihat klaim produk.
Pastikan serum yang anda pilih memenuhi keperluan kulit anda.
Sesuaikan dengan Budget
- Serum datang dalam pelbagai harga.
- Pilih yang sesuai dengan bajet anda.
Ingatlah bahawa pemilihan serum yang tepat bergantung pada jenis kulit dan masalah yang ingin diselesaikan. Semoga penjagaan kulit anda semakin baik!
Apa Pula Fungsi Serum?
Semua keperluan untuk mengekalkan kecantikan terdapat di dalam serum termasuk vitamin dan antioksida yang berfungsi menembus masuk ke dasar kulit lebih jauh, pantas, mudah berbanding dengan cecair pelembap biasa. Kuasa serum meresap jauh ke dasar kulit melalui molekul zatnya yang merupakan partikel kecil dan bekerja jauh lebih tinggi sebanyak 10 kali ganda berbanding krim wajah biasa.
Serum kecantikan dirumuskan khusus untuk menyasarkan masalah kulit yang lebih spesifik dan seterusnya merangsang proses pembaharuan kulit, mencerahkan kulit, mencegah kedut, menghindarkan jerawat, menghalang tumbuhnya bintik hitam, hiperpigmentasi dan kulit wajah tidak sekata.
Jenis Serum Muka
Terdapat pelbagai jenis serum yang boleh dijumpai tetapi secara umumnya serum terbahagi kepada 3 jenis iaitu;
Serum Vitamin C
Vitamin C adalah salah satu jenis vitamin yang paling mudah dijumpai. Vitamin C mempunyai manfaat yang pelbagai kepada kulit dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja termasuk ibu yang mengandung.
Vitamin C mampu menyamarkan noda hitam yang timbul di atas kulit akibat peningkatan usia atau pendedahan yang keterlaluan di bawah cahaya UV. Vitamin C juga berfungsi untuk melancarkan aliran nutrisi ke atas kulit.
Serum vitamin C memainkan peranan sebagai antioksida pada kulit dan berfungsi untuk mencegah dan melambatkan proses penuaan kulit lebih awal daripada usia. Seleksi serum yang terdiri daripada vitamin C adalah terbaik untuk mengatasi masalah kulit kusam dan bintik-bintik hitam pada kulit wajah.
Malah serum yang mempunyai manfaat vitamin C ini mempunyai sifat antiradang. Ini bermaksud serum ini sesuai digunakan oleh semua jenis kulit termasuk mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif.
Kebiasaannya serum yang berupaya mencerahkan kulit ini mempunyai kadar vitamin C yang agak rendah sekitar 15 peratus sahaja. Kadar ini boleh meningkat menjadi 20 peratus untuk mengatasi masalah kulit yang bermasalah.
Baca juga; rabun warna boleh dirawat
Serum Vitamin E
Kuasa vitamin E terhadap kecantikan sudah dikenal pasti sejak dahulu lagi. Melalui inovasi teknologi dalam bidang kecantikan manfaat vitamin E ini mencapai tahap maksimum. Vitamin E ini lebih berkuasa apabila di kombinasi dengan bahan antioksida yang lain.
Manfaat antioksida untuk kulit adalah dapat mencegah terbentuknya lipofuscin, suatu permukaan berlemak yang teroksida yang merangsang kepada penuaan kulit. Vitamin E dapat mengembalikan kelembapan kulit yang telah terhidrat.
Nutrisi yang terdapat dalam serum vitamin E lebih mudah larut dalam minyak sehingga memiliki konsistensi yang lebih berat daripada vitamin yang larut di dalam air. Serum vitamin E ini adalah pilihan terbaik buat mereka yang mahu merawat kulit rosak.
Serum vitamin E juga membantu kulit agar lebih lembap dan mengunci kadar kelembapan semula jadi di bawah kulit. Malah serum ini juga boleh membantu melindungi kulit daripada pencemaran akibat asap rokok dan kenderaan.
Selain itu, serum vitamin E ini dapat memulihkan kulit terbakar akibat sinar UV dengan lebih cepat. Antioksida yang terdapat di dalamnya dapat meneutralkan efek radikal bebas sehingga kesan pedih boleh hilang dengan cepat.
Serum Kolagen
Kolagen merupakan struktur asas kulit. Ia terdiri daripada asid amino dan vitamin untuk menentukan ketegangan kulit. Kandungan kolagen semula jadi di dalam badan bergantung kepada faktor usia, cara pemakanan dan gaya hidup.
Kolagen adalah 30 peratus daripada protein di badan kita. Ia perlu untuk menentukan kekuatan otot, tendon, tulang rawan, salur darah dan organ-organ lain dalam badan seseorang.
Tubuh manusia akan kehilangan kolagen di antara 15 hingga 20 peratus akibat peningkatan usia. Pada saat kolagen di dalam tubuh berkurangan, fungsi dan keanjalan kulit berkurang secara relatif.
Serum kolagen bermanfaat untuk membentuk jaringan parut dan ligamen untuk mempercepatkan proses penyembuhan jerawat dan bekasnya.
Baca juga; rawat merawat jangkitan kulat pada faraj
Cadangan Serum Mengikut Jenis Kulit
Serum Muka Untuk Kulit Kering
Serum wajah sangat penting untuk kulit kering. Berikut adalah beberapa cadangan serum yang sesuai untuk kulit kering:
- Wardah Hydra Rose Micro Gel Serum
- Bioderma Hydrabio Serum Concentrate
- The Body Shop Drops of Youth Concentrate
- Avoskin Ultimate Hyaluron HYACROSS 3% + Green Tea
Serum Muka Untuk Kulit Berminyak
Bagi kulit berminyak, pemilihan serum wajah yang tepat dapat membantu mengimbangi kadar minyak, mengurangkan tanda-tanda penuaan awal, dan memberikan kelembapan yang diperlukan. Berikut adalah beberapa cadangan serum yang sesuai untuk kulit berminyak:
- Sensatia Botanicals Acne Clarifying Facial Hydrate
- Klairs Freshly Juiced Vitamin Drop
- Pyungkang Yul Cosmetic Moisture Serum
- Pixi Overnight Glow Serum
Serum Muka Untuk Kulit Kombinasi
Kulit kombinasi seringkali memerlukan perawatan khusus untuk menjaga keseimbangan antara area berminyak dan kering. Berikut adalah beberapa serum wajah yang sesuai untuk kulit kombinasi:
- SKINTIFIC 10% Niacinamide Brightening Serum
- NAMA C-Booster Brightening & Age Defying Face Serum
- Eiem Beauty Hydration Booster Serum
- Glad2Glow Centella 2% Salicylic Acid Acne Serum
Serum Muka Untuk Kulit Sensitif
Kulit sensitif memerlukan perawatan khusus agar tidak mengalami iritasi. Berikut adalah beberapa serum wajah yang sesuai untuk kulit sensitif:
- Somethinc Salmon DNA + Marine Collagen Elixir
- Dear Klairs Rich Moist Soothing Serum
- COSRX Pure Fit Cica Serum
- Sensatia Botanicals Unscented Sensitive Facial C-Serum
Baca juga; terkencing ketika batuk atau bersin