MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Wartawan
RM70 Billion Harta Pusaka Selangor Masih Beku, MAIS Lancar Bulan Kesedaran Terhadap Faraid
Diari Wartawan

RM70 Billion Harta Pusaka Selangor Masih Beku, MAIS Lancar Bulan Kesedaran Terhadap Faraid

duniamyzan August 22, 2023

Kesedaran Terhadap Faraid | Ramai ahli keluarga yang mengambil sikap suka bertangguh apabila tiba tentang hal pengurusan harta pusaka. Acap kali kita dengar ahli keluarga berbalah tentang pembahagian harta pusaka dan sebagai orang Islam pembahagian harta pusaka wajib mengikut hukum faraid. Hukum pembahagian harta pusaka jelas diterangkan dalam al-Quran dalam Surah An-Nisa. Justeru, bagi mengelakkan perbalahan, ahli keluarga perlu peka dengan perkhidmatan perancangan serta pewarisan harta seperti wasiat, hibah dan harta pusaka. Ilmu kesedaran faraid ini sangat penting agar dapat menambah jalinan silaturrahim.

Contents hide
1 Kesedaran Terhadap Faraid
2 Fakta MAIS Dan Faraid
2.1 MAIS Mempunyai Kuasa Ke Atas Harta Umat Islam
2.2 Badan Pentadbir
2.3 Undang-undang Berkaitan Harta
2.4 Komited Dalam Pengurusan Harta

Bagaikan orang mengantuk disorong bantal, peluang untuk menyertai Seminar Harta Pusaka – Penyambung Silaturrahim anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) disambut dengan tangan terbuka. Seminar ini telah membuka mata MJ tentang ilmu mengurus harta dengan betul.

Panel yang beri penerangan pun bukan calang-calang. Seminar ini telah dikendalikan oleh Pendakwah Selebriti, Ustaz Syed Abdul Kadir Bin Syed Hussin Aljoofre dan Pensyarah Kanan Pusat Kajian Syariah, Fakulti pengajian Islam (FPI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Mohd Zamro Bin Muda.

Kesedaran Terhadap Faraid

Banyak sangat ilmu yang telah dikutip daripada dua panel ini. Memang sepatutnya asas pembahagian harta pusaka adalah kasih sayang bukannya perbalahan. Ilmu faraid yang menguruskan harta pusaka jika dilaksanakan berdasarkan hukum yang betul sememangnya dapat menjadi penyambung silaturrahim. Begitu indahnya kehidupan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

Tidak ada istilah tidak adil dalam pembahagian harta pusaka mengikut faraid.

Kesedaran Terhadap Faraid

Bagi memupuk kesedaran terhadap faraid dan mengurus harta pusaka, MAIS telah mengambil inisiatif melancarkan Bulan Faraid Negeri Selangor 2023 bermula 18 Ogos sehingga 15 September 2023. Pelancaran telah disempurnakan oleh Puan Hajah Norzaihan Mohd Zain, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS semasa merasmikan Seminar Harta Pusaka Penyambung Silaturrahim.

“Kita dimaklumkan bahawa sejumlah RM70 billion harta pusaka di negara ini masih beku disebabkan pelbagai faktor. Perbalahan dalam kalangan ahli keluarga dan jumlah waris yang ramai sehingga menyukarkan lagi proses tuntutan juga menjadi antara punca masalah tersebut berlaku. Ketidakfahaman masyarakat mengenai kaedah dan prosedur pengurusan harta pusaka yang betul juga menjadi penyumbang kepada permasalahan ini,” ucapan Puan Hajah Norzaihan di majlis pelancaran kesedaran terhadap faraid ini.

MAIS bukan saja mengambil insiatif memberi kefahaman dan mendidik masyarakat agar celik ilmu faraid malah merancang pelbagai kemudiahan untuk menguruskan harta dengan betul. Antara program yang bakal dilaksanakan sepanjang Bulan Faraid Negeri Selangor ini ialah;

  • Hebahan informasi berkenaan Faraid dan Harta Pusaka
  • Kursus Faraid
  • Seminar Harta Pusaka
  • Forum Perdana Pusaka
  • Hari Bersama Baitulmal
  • Tik Tok Live Pusaka
  • Kuliah Maghrib Khas Pusaka
  • Slot Celik Ilmu Pewarisan Radio IKIM
  • Slot Rancang Harta Urus Pusaka Radio Klasik
  • Siaran secara langsung Selamat Pagi Malaysia RTM Assalamualaikum TV Al-Hijrah

Fakta MAIS Dan Faraid

MAIS Mempunyai Kuasa Ke Atas Harta Umat Islam

MAIS mempunyai kuasa ke atas harta umat islam sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 5(4), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 iaitu:

“Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk bertindak sebagai wasi sesuatu wasiat atau sebagai pentadbir harta pusaka seseorang si mati atau sebagai pemegang amanah mana-mana amanah.”

Badan Pentadbir

Sebagai sebuah badan yang diamanahkan untuk mentadbir hal ehwal umat Islam negeri Selangor, MAIS melalui Sektor Baitulmal komited untuk memberikan perkhidmatan pengurusan harta orang Islam yang berkualiti lagi bermanfaat kepada umat Islam dalam negeri ini.

Undang-undang Berkaitan Harta

Negeri Selangor telah menjadi peneraju dalam memperkenalkan undang-undang berkaitan harta orang Islam misalnya Enakmen Wakaf Negeri Selangor 1999 yang telah dipinda pada tahun 2015 dan Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 1999 yang kemudiannya diikuti oleh negeri-negeri lain.

Komited Dalam Pengurusan Harta

Sejak tahun 2006 sehingga kini, lebih 3,000 surat wasiat dan 2,500 dokumen hibah telah dikendalikan di MAIS. Bukan itu sahaja, MAIS juga telah mengendalikan lebih 1,500 fail harta pusaka yang terletak hak ke atas Baitulmal sejak tahun 1970 hingga kini. Angka ini menunjukkan MAIS komited dalam pengurusan harta umat Islam khususnya di Negeri Selangor.

Sebarang maklumat berhubung aktiviti sepanjang Bulan Faraid Negeri Selangor ini bolehlah mengikuti perkembangan di media sosial MAIS iaitu Facebook, Instagram dan Tik Tok Majlis Agama Islam Selangor.

Baca juga; Bayar Fidyah Online Selangor

Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Char Kuey Teow Sedap Di Utara, Jerung CKT Paling Padu Baq Hang
Char Kuey Teow Sedap | Nikmatnya! Makan panas-panas dan masih …

Char Kuey Teow Sedap Di Utara, Jerung CKT Paling Padu Baq Hang

Peluang Belajar ICAEW di INTEC Laluan Kerjaya Akauntan Bertauliah
Belajar ICAEW di INTEC | Lepasan pelajar perakaunan yang ingin …

Peluang Belajar ICAEW di INTEC Laluan Kerjaya Akauntan Bertauliah

About The Author

duniamyzan

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    September 17, 2023 0
  • Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara Sistematik
    Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara …
    August 23, 2023 0
  • 8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di Malaysia
    8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di …
    August 26, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh