Bayar Fidyah Online Selangor | Masih sebulan berbaki untuk qada puasa Ramadan yang lalu. Tapi bagaimana pula puasa tahun lepas yang tak sempat diganti. Jawapannya ialah kita wajib membayar fidyah. Kat mana pulak nak bayar fidyah ni, tak perlu gusar kerana Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menyediakan platform mudah untuk umat Islam membayar fidyah.
MAIS telah membuat pelaksanaan platform baru bayar fidyah online Selangor dengan melancarkan Kalkulator Fidyah Puasa bagi memudahkan masyarakat Islam membuat pengiraan bayaran ganti puasa.
Fidyah ialah sesuatu yang dibayar untuk menebus diri, baik berbentuk harta atau tindakan lain yang dilakukan kerana kekurangan dalam salah satu amal ibadah.
Kalkulator Fidyah Selangor 2023
Kalkulator Fidyah Selangor 2023 | Kalkulator Fidyah Puasa ialah sebuah platform digital kalkulator yang telah dibangunkan oleh MAIS bagi memudahkan masyarakat Islam untuk membuat pengiraan kadar fidyah sebelum membuat bayaran.
Fidyah ialah sesuatu yang dibayar untuk menebus diri, baik berbentuk harta atau tindakan lain yang dilakukan kerana kekurangan dalam salah satu amal ibadah. Bayar fidyah online Selangor lebih mudah dengan adanya kemudian kalkulator ini.
Taksiran Fidyah
(Hari yang ditinggalkan) | x | (Tahun gandaan) | x | (1 Cupak) | = | FIDYAH |
Tetapi dengan adanya kalkulator fidyah Selangor, kerja mengira lebih mudah dengan hanya memasukkan angka yang diperlukan. Tak perlu risau jika salah membuat kiraan untuk bayar fidyah online Selangor.
Contohnya seperti di bawah.


Kalkulator Fidyah Puasa ini mempunyai 3 kadar bayaran iaitu RM2.00, RM4.00 dan RM6.00 dan mempunyai kaedah bayaran berganda dan tidak berganda.
Kalkulator Fidyah Puasa boleh melayari laman web MAIS di www.mais.gov.my
Pelancaran Kalkulator Fidyah Puasa
Pelancaran Kalkulator Fidyah Puasa disempurnakan oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS dalam Majlis Hi-Tea Bersama Rakan Media dan Pelancaran Kalkulator Fidyah Puasa di sini hari ini sempena Kempen Bulan Kesedaran Fidyah Negeri Selangor 2023.
Sementara itu di majlis ini, MAIS turut meraikan rakan media dan rakan strategik sebagai satu penghargaan dan meraikan para pengamal media sepanjang tahun 2022 yang telah memberi kerjasama yang cemerlang dalam membuat liputan berita MAIS meliputi kejayaan, peristiwa dan aktiviti semasa MAIS.

Hukum Fidyah
Fidyah adalah satu bentuk ibadah niyabah (gantian) yang diberi pahala kepada pelakunya. Hukum membayar fidyah adalah WAJIB. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.
Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.
Kadar Bayaran Fidyah Selangor 2023
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-5/2020 yang bersidang pada 17 Rabi’ul Awal 1442H bersamaan 3 November 2020 telah memutuskan bahawa kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah ¼ daripada zakat fitrah yang dibayar.
Kadar zakat fitrah yang ditetapkan bagi umat Islam di Negeri Selangor pada bulan Ramadan tahun 2021 bersamaan 1442 Hijrah ialah sebanyak RM 7.00 seorang.
Penetapan kadar ini adalah berdasarkan kepada harga bagi 2.6kilogram beras Super Tempatan Gred A yang lazimnya digunakan oleh masyarakat di Selangor.
Walau bagaimanapun, MAIS turut menggalakkan golongan yang berkemampuan untuk menunaikan zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan setiap hari bagi diri dan tanggungan iaitu sebanyak RM 14.00 seorang bagi yang memakan beras putih import/ beras perang/ beras pulut/ herba ponni/ beras wangi. Manakala RM 21.00 seorang bagi individu yang memakan beras basmathi/ beras jepun/ beras merah.
Oleh yang demikian, kadar bayaran fidyah semasa yang ditetapkan adalah RM 1.75 atau RM 3.50 atau RM 5.25. Pihak MAIS juga diharuskan mengambil upah sebanyak 15 peratus tidak termasuk kadar sebenar fidyah bagi tujuan pengurusan. Maka, umat Islam boleh memilih untuk membayar fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan termasuk upah sama ada RM 2.00 atau RM 4.00 atau RM 6.00.
Konsep Gandaan Bagi Penentuan Bayaran Fidyah
Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor Bil.1/2001 pada 16 Januari 2001 telah sebulat suara membuat keputusan bahawa:
Harus menggunakan 2 kaedah:
Kaedah 1 | Gandakan fidyah dan kifarah mengikut tahun. |
Kaedah 2 | Tidak digandakan kadar pembayaran fidyah dan kafarah. |
Oleh yang demikian, apabila seseorang meninggalkan puasa dan tidak menggantikan puasanya pada tahun semasa dan kemudian memasuki bulan Ramadan yang berikutnya, maka adalah digalakkan untuk menggandakan bayaran fidyahnya.
Contoh:
Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadan, maka kiraan fidyahnya ialah:
RM2.00/RM4.00/RM6.00 | x | 3 hari (bilangan puasa ditinggalkan) | x | 3 tahun (jumlah tahun ditinggalkan) | = | JUMLAH FIDYAH |
Prosedur Bayar Fidyah Online Selangor Di MAIS
Bayaran fidyah boleh dibuat secara atas talian melalui e-MAIS di http://fpx.mais.gov.my atau di kaunter Baitulmal MAIS atau Baitulmal Daerah yang terdapat di Pejabat Agama Islam Daerah dalam Negeri Selangor secara tunai atau melalui cek/pos berdaftar atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR.
Hasil bayaran fidyah perlu diserahkan kepada Baitulmal dan akan dimasukkan ke dalam akaun Amanah Harta Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor sebelum urusan pengagihan kepada fakir miskin dalam bentuk beras dan bekalan makanan dilaksanakan.
Sebab Dikenakan Fidyah
- Meninggalkan puasa kerana tua
- Meninggalkan puasa kerana sakit kronik
- Meninggalkan puasa kerana hamil
- Meninggalkan puasa kerana menyusukan Anak
- Meninggalkan puasa kerana musafir atau sakit dan tidak qada’ puasa pada tahun ia ditinggalkan
- Melambatkan ganti puasa (qada)
- Orang yang telah meninggal dunia
Kempen Bulan Kesedaran Fidyah Negeri Selangor
Kempen Bulan Kesedaran Fidyah Negeri Selangor bermula 22 Februari sehingga 22 Mac 2023. Terdapat pelbagai aktiviti menarik telah disusun antaranya ialah Program Hari Bersama Baitulmal; Bual Bicara di Radio Selangor FM; Taklimat, Tazkirah Jumaat dan Kuliah Maghrib Khas di Institusi, Masjid dan Surau Terpilih; Kaunter Pemasaran Baitulmal dan Forum Fidyah.
Tujuan kempen diadakan adalah memberikan kefahaman dan kesedaran kepada masyarakat Islam untuk melunaskan hutang fidyah di samping menggalakkan masyarakat Islam menggantikan puasa lebih awal sebelum bertemunya bulan Ramadhan yang akan datang.
Info lanjut, boleh didapati di laman web rasmi MAIS di www.mais.gov.my dan media sosial rasmi MAIS.
Baca juga; Idea buah tangan melawat orang meninggal dunia
Netty Ah Hiyer
Bagus ni infonya kak.. boleh buat bayaran fidyah online siap kiraan sekali.
Syafa
Senangnya sekarang ni kan..
Dah boleh bayar online. Tak payah nak bergerak pergi mais dah..
Mama Reen
Wow, ada cara mudah untuk kira dan bayar fidyah ni….yang penting kena laksanakan perkara wajib dulu
Bonde Zaidalifah
Terima kasih, saya memang ada hutang puasa yang belum selesai.. bolehlah saya buat rujukan disini.
Shida Rahmat
memang bukan kaleng2 info ni.. yang berilmu je dapat share info nih.. time kasih kongsi. Bab2 fidyah ni mmg kena tahu
lebih2 lagi yang ada anak2 baik lelaki atau pempuan
Wajib bayar, perlu bayar
Siennylovesdrawing
Wowo …this is really helpful for all our Muslim friends to use the calculator for hutang puasa this festive. Cheers Siennylovesdrawing
yong
Wah, sangat membantu. Nice sharing. Kadang ada yang tertanya-tanya sendirian , nak rujuk pada yang lebih arif rasa segan, senang ada cara camni
MrsPip
Bagus lah Ada kalkulator fidyah. Membantu sangat utk org yg nak bayar fidyah.
Fatin Hamdann
nasib ada apps ni skrg kan, kira sendiri mmg kdg failed juga huhu..lps gtu ha salah kira masalah juga. tq ya share!
ziana eunos
Tq share. Ada benda gini senang ean mudah nak kira. Takut nanti salah kira
Amirah Jadilah MJ
Good Info, kadang ramai tak tahu cara nak kira fidyah, boleh buat rujukan kat sini, terima kasih share 🙂