Buffet Ramadan 2023 | Bagi yang masih mencari lokasi berbuka puasa bulan Ramadan nanti sekitar Kuala Lumpur boleh cuba iftar di Hotel Fairfield by Marriott Kuala Lumpur. Signature Restaurant hotel ini, Lesung mengetengahkan masakan tradisional Melayu sebagai tema buffet Ramadan tahun ini. Memang sedap semua menu yang disediakan sehingga lebih 150 menu untuk dinikmati bersama bersama keluarga tercinta.
Serambi Selera telah dipilih sebagai tema untuk Buffet Ramadan 2023 di Hotel Fairfield by Marriott Kuala Lumpur. Ianya diambil daripada perkataan Bahasa Melayu yang bermaksud tempat untuk makan.
Pelbagai pilihan masakan Melayu Malaysia dan juga makanan istimewa yang ditawarkan sepanjang tempoh Buffet Ramadan 2023 langsung.
Masakan Melayu Malaysia telah menjadi hidangan pilihan untuk buffet Ramadan 2023. Menu masakan Melayu Malaysia diketengahkan kerana sangat bertepatan dengan cita rasa masyarakat tempatan.
Bagai berbuka puasa di kampung halaman dan sudah pasti mengubat rindu untuk iftar bersama keluarga.
Aneka Pilihan Menu Buffet Ramadan 2023
Terdapat pelbagai pilihan menu yang terdiri daripada ulam-ulaman, Bubur Lambuk, Nasi Minyak Nusantara, Gulai Ikan Tenggiri Tempoyak, Sambal Udang Petai, Asam Pedas Ekor Lembu Belimbing Buluh dan masakan Melayu yang lain. Killer food yang disajikan oleh Fairfield by Marriott Kuala Lumpur pula ialah Asam Pedas Ekor.
Boleh cuba buat sendiri Tempoyak Kacau Perak
Menurut Pengurus Besar Fairfield by Marriott, Kuala Lumpur, David Scully, “Tahun ini kami mahu meraikan khusus untuk para tetamu menikmati keenakan makanan Melayu Malaysia. Oleh kerana itu, kebanyakan masakan yang disajikan di sini mempunyai elemen masakan mak-mak di kampung.
The idea is to bring back nostalgic Malaysian Malay Food. Itu yang penting buat kami demi tetamu yang menikmati iftar di sini,” katanya ketika ditemui di majlis Food Review Buffet Ramadan 2023 yang bertempat di Lesung Fairfield by Marriott, Kuala Lumpur.
Satu lagi menu yang pasti menjadi tumpuan untuk Buffet Ramadan 2023 di Hotel Fairfield by Marriott Kuala Lumpur ini ialah Sup Gear Box. Sup ini akan dihidang bersama Roti Benggali. Hidangan istimewa ini akan dihidang secara depan-depan bersama gerai-gerai yang lain mempunyai pelbagai menu yang lazat.
Terdapat pelbagai gerai yang akan dibuka di kawasan open air di sebelah Lesung seksyen bakar seperti kambing bakar, satay, roti canai dan roti john. Gerai yang menyediakan Durian D24 sudah pasti menjadi tumpuan. Khabarnya durian yang dihidangkan ini adalah unlimited. Boleh makan sampai lebam. Mesti peminat durian tak sabar nak menikmati durian di sini.
Selepas kenyang memenuhkan perut dengan Masakan Melayu, tetamu boleh menikmati hidangan pencuci mulut seperti kuah durian yang dihidang bersama pulut atau mangga. Terdapat juga sagu gula Melaka dan aneka puding.
Para tetamu juga boleh ke gerai kuih-muih yang mempunyai pilihan yang banyak bagi mereka gemar akan manisan. Biskut raya pun ada disediakan. Memang puas hati menikmati iftar di Fairfield by Marriott Kuala Lumpur ini.
Harga Buffet Ramadan 2023
Lesung Fairfield By Marriott Kuala Lumpur mengalu-alukan kedatangan tetamu untuk berbuka puasa menikmati Buffet Ramadan 2023 bermula 24 Mac sehingga 19 April 2023. Buat siapa yang bercadang untuk menikmati iftar di sini kena buat RSVP cepat sebab tempat adalah terhad.
Dengan lebih 150 menu yang bakal dihidangkan kepada tetamu dengan hanya RM148 nett (dewasa) dan RM78 nett (kanak-kanak). Berita gembira! Bagi mereka yang membuat tempahan awal (Early bird) dapat jimat sebanyak RM40 iaitu RM108 nett (dewasa sahaja).
Lesung Fairfield By Marriott Kuala Lumpur mempunyai suasana yang selesa dan santai. Kawasan yang selesa sambil menikmati menu iftar yang lazat membuatkan ianya sesuai bagi semua peringkat umur.
Memang menarik menikmati buffet Ramadhan 2023 Kuala Lumpur ini.
Kemudahan Iftar di Fairfield By Marriott Kuala Lumpur
- Tetamu juga boleh ke Surau di Level S untuk menunaikan solat. Surau di hotel ini menawarkan pemandangan bandar panorama dan juga ruang yang luas supaya tetamu dapat berasa selesa.
- Tempat parkir agak terhad, boleh menghubungi pihak Fairfield By Marriott Kuala Lumpur terlebih dahulu untuk kemas kini ruang parkir hotel.
Baca juga; Resipi Masak Lemak Rebung
sofea
banyaknya masakan Melayu… teringat masakan zaman dulu2..