MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Dapur
Tempoyak Kacau Perak Terpaling Sedap No. 1 Di Dunia
Diari Dapur

Tempoyak Kacau Perak Terpaling Sedap No. 1 Di Dunia

duniamyzan March 7, 2021

Tempoyak Kacor, orang Perak gelar atau bahasa standardnya Tempoyak Kacau Perak. Selain daripada sambal tempoyak, tempoyak kacau ini merupakan hidangan istimewa orang Perak.

Contents hide
1 Tempoyak Manis
2 Tempoyak Kacau Perak Lebih Sedap
3 Cara Simpan Tempoyak Kacau
4 Resipi Tempoyak Kacau Sedap Tak Ingat
4.1 Bahan-bahan;
4.2 Cara membuat;
4.3 Tip Tempoyak Kacau Sedap

Dulu rumah Mak ada sebatang pokok durian, tumbuh pula di tepi sungai. Memori sungguh! Zaman kanak-kanak riuh berlari ke sungai bila dengar bunyi durian gugur ‘bupp’ memang sangat indah.

Isi duriannya pula memang paling sedap yang MJ pernah makan, Musang King atau Udang Merah pun kalah.

Namun ianya tinggal kenangan bila pokok durian tu dah mati.   

Resipi Rendang Pedas Perak

Tempoyak Manis

Bila bercerita tentang cara menyediakan tempoyak berbeza mengikut negeri. MJ pernah rasa tempoyak dari Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan sudah tentu dari Perak.

Tempoyak yang dibuat oleh orang Perak lebih manis berbanding dengan negeri lain yang suka rasa yang masam. Walau bagaimanapun memang ia dihasilkan dari buah durian yang tidak berapa elok lalu diperam di dalam bekas yang bertutup.

Baru-baru ini ada beli tempoyak dari jiran abang yang tinggal di Kampung Melayu Subang. Kata abang, kampung jirannya di Kuala Kangsar dan sudah tentu tempoyak sangat kena dengan selera.

Pekena dengan sambal belacan saja dah cukup umphh. Apatah lagi kalau dibuat sambal tempoyak Perak.

Bila dah beli sekali dan kena selera, bila abang open order saja terus join sekali tanpa was-was.

Kesimpulannya, pilihan MJ sudah tentu Tempoyak Kacau Perak punya!

Rahsia Tempoyak Kacau Perak sedap bila guna tempoyak baharu dan manis.
Tempoyak asli yang sedap

Tempoyak Kacau Perak Lebih Sedap

Pertama sekali, Tempoyak Kacau Perak lebih sedap kalau guna yang dibuat sendiri. Tak susah pun nak buat sendiri.

Sekiranya terbeli durian yang tidak berapa elok isinya jangan dibuang pula. Ambil isi durian yang tak elok tu, kemudian simpan dalam bekas kedap udara.

Namun, jangan terus ditutup bekas tu, kerana gas yang keluar dari isi tersebut bila dikumpul akan mengeluarkan gas dan boleh meletup, macam coca-cola digoncang kemudian dibuka tutupnya.

Ada setengah orang letak garam tapi mak MJ memang tak campur apa-apa langsung.

Cara Simpan Tempoyak Kacau

Sebaik-baik cara menyimpan adalah meletakkannya dalam bekas yang kecil dan disimpan dalam peti sejuk beku.

Kalau simpan cara begini tempoyak boleh tahan lebih lama, mungkin setahun atau dua. Sebab memang ia adalah makanan yang diperam. Rasa tempoyak tahan lama dan tak akan bertambah masam kalau disimpan dalam peti sejuk beku.

Simpan tempoyak kacau Perak?

Biasanya tak sempat simpan, sekejap jer dah habis dimakan.

Resipi Tempoyak Kacau Sedap Tak Ingat

Berbalik kepada hidangan istimewa ini, MJ tak pernah lagi tengok seumpama tempoyak kacau Perak di negeri lain melainkan di Negeri Sembilan.

Ada juga yang menggelarkan tempoyak kacau ini sebagai resepi tempoyak masak Perak.

Tapi hidangan di Negeri Sembilan dimasukkan petai dan pucuk ubi dan digelar Sambal Tempoyak Daun Kayu.

Tempoyak kacau ini lebih kurang sama dengan sambal tempoyak Perak cuma cara pembuatannya yang berbeza. Tempoyak kacau ini kena masak atas dapur tapi sambal tempoyak Perak pula sambal belacan yang dicampur tempoyak.

Ini adalah resipi ringkas yang Mak selalu buat dulu. Maklumlah durian masa ada pokok durian sendiri. Dulu stok tak pernah putus.

Kalau Mak cakap nak buat MJ orang yang paling suka dengan hidangan ini.  

Bahan-bahan untuk buat tempoyak kacau

Bahan-bahan;

9 biji cili padi, hijau dan merah ikut kepedasan masing-masing
1 ruas jari kelingking kunyit hidup
1 batang serai (wajib ada)
1 helai daun kunyit
1 senduk nasi tempoyak
Segenggam kecil ikan bilis
Garam dan gula secukup rasa

Campur semua bahan dalam kuali

Cara membuat;

  1. Tumbuk kunyit hidup dengan sedikit garam hingga lumat.
  2. Masukkan cilia pi, tumbuk lagi hingga lumat.
  3. Titik serai dalam lesung batu.
  4. Kaup semua bahan yang telah ditumbuk termasuk serai ke dalam periuk atau kuali.
  5. Masukkan sekali tempoyak dan ikan bilis
  6. Jangan lupa masukkan daun kunyit yang telah dihiris nipis
  7. Masuk ½ hingga 1 cawan air ikut kepekatan yang diingini.
  8. Hidupkan api dan kacau tempoyak hingga rata, menggelegak hingga pekat.
  9. Rasa masin dan manisnya. Jika tempoyak baru tak perlu letak gula. Jika ada terasa masam, letak gula sedikit.
Tempoyak kacau Perak yang dah siap.
Dah siap!

Tip Tempoyak Kacau Sedap

  • Jangan letak ikan bilis terlalu banyak dalam Tempoyak Kacau Perak, rasanya kurang sedap nanti. Biar tempoyak yang lebih. MJ pula suka ikan bilis yang digoreng terlebih dahulu. Tak suka rasa lembik ikan bilis tu!
  • Kalau boleh masak dalam kuali atau periuk yang tak melekat. Sebab nanti tempoyak lebih banyak melekat di kuali ketika diangkat.
  • Guna api yang kecil sahaja sebab tempoyak mudah hangit kalau guna api besar. Rugi tau kalau tempoyak yang dimasak jadi hangit.
  • Serai boleh diketuk atau dihiris bergantung kepada cita rasa masing-masing. Tapi kalau yang diketuk nanti tempoyak banyak melekat pada serai. Rugi rasanya kecuali kalau rajin gaulkan sekali serai atas nasi. Sayang kalau terbuang macam tu saja.
  • Ikan bilis boleh diganti dengan udang kecil.
  • Kalau orang dulu guna periuk untuk masak tempoyak kacau tapi kena sentiasa kacau sebab mudah hangit dan melekat. Solusinya, boleh guna periuk non stick agar tempoyak tidak hangit dan tidak banyak melekat di periuk. Tapi jangan guna kuali non stick bahaya kerana calar.

Boleh cuba; resipi Mi Sup Bebola Ikan Tenggiri

Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Cara Tanam Pokok Chaya Atau Lebih Popular Sebagai Daun Ajinomoto
Cara Tanam Pokok Chaya | Hujung minggu lepas ada acara …

Cara Tanam Pokok Chaya Atau Lebih Popular Sebagai Daun Ajinomoto

Resipi Ikan Cencaru Sumbat Kelapa Ada 2 Cara Boleh Cuba
Ikan Cencaru Sumbat Kelapa | Kalau cakap pasal ikan bakar, …

Resipi Ikan Cencaru Sumbat Kelapa Ada 2 Cara Boleh Cuba

About The Author

duniamyzan

13 Comments

  1. Syamil

    Nampak sedap je nk cuba lh nnt

    March 9, 2021
    • duniamyzan

      Cuba tau, jangan tak cuba

      March 14, 2021
  2. Blues

    Memang terbaik & senang nak buat… Makan bertambah2..😋😋😋

    March 11, 2021
    • duniamyzan

      Kalau makan tempoyak kacau ni, confirm makan bertambah.

      March 14, 2021
  3. azni

    alaaa teringin nak rasa… nanti panggil datang rumah erk . rumah aku ni aku sorang je makan

    July 19, 2022
  4. Naili UmmiTersenyum

    Sedapnya tempoyak. Tak perasan pula lain negeri lain rasa tempoyaknya. Yang penting setakat ni menu tempoyak yang saya pernah jumpa semua boleh masuk. Nyum nyum..

    July 19, 2022
  5. Siennylovesdrawing

    Ohh wow…I love tempoyak dish a lot, thanks for sharing this tasty recipe, gonna try making this weekend,yum yum
    Cheers Siennylovesdrawing

    July 19, 2022
  6. ziana eunos

    Macam sedap tapi gee jenis ni tak masuk makan😂

    July 19, 2022
  7. Marina

    Baru tahu ada macam2 jenis tempoyak rupanya. Haha. Marina tak makan tempoyak. hehe

    July 19, 2022
  8. Maria Firdz

    Tengok tu macam sedap je… Tapi kami ni tak makan tempoyak… Tapi tengok resepi ni macam nak try pula…

    July 19, 2022
  9. Bonde Zaidalifah

    Tempoyak memang kesukaan saya Bolehlah cuba resepi yang dkongsikan diatas terima kasih

    July 19, 2022
  10. Shida Rahmat

    Sedap betul nampaknya.. resepinyer pun senang .. boleh buat .. tq share resepi

    July 19, 2022
  11. nettyahhiyer

    Sedapnya kak Myzan.. saya pernah cuba buat dengan daun ubi, tapi tak jadi. Nanti nak try resepi kak Myzan pulak.

    July 20, 2022

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    September 17, 2023 0
  • Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara Sistematik
    Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara …
    August 23, 2023 0
  • 8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di Malaysia
    8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di …
    August 26, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh