MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Dapur
Rendang Pedas Perak Gaya Mak Tapah Terpaling ‘Awesome’ Pilihan No. 1
Diari Dapur

Rendang Pedas Perak Gaya Mak Tapah Terpaling ‘Awesome’ Pilihan No. 1

duniamyzan February 28, 2021

Rendang Pedas Perak air tangan Mak memang paling sedap di dunia. Biasalah memang air tangan mak, masak apa pun paling sedap di tekak anak-anak kan. Kalau nak cerita pasal masak, sebenarnya bukanlah seorang yang rajin masak apa tah lagi pandai masak di dapur. Sejak kecil memang tak pernah ‘jenguk’ dapur sebab mak seorang wanita yang cekap di dapur. Mak ni seorang suri rumah jadi sememangnya hari-hari tugasnya masak untuk kami adik-beradik. Masa sekolah asyik tahu komplen jer, asyik lauk yang sama jer diulang-ulang.

Contents hide
1 Mengidam Rendang Pedas Perak
2 Cubaan masak
3 Rendang Pedas Mak is the best!
3.1 Bahan-bahan
3.2 Cara membuat;

Bila dah ada keluarga sendiri baru tahu perasaannya bila dah kering idea nak masak apa.

Rendang Pedas Perak air tangan mak memang awesome!
Rendang Pedas Ayam

Nak cerita zaman kecil dulu tak tahulah anak manja atau perasan manja ke apa tapi memang jarang sekali tolong mak kat dapur. Mak pulak tak pernah jerit nama suruh tolong masak.

Tahu-tahu bangun tidur dah siap Rendang Pedas Perak atas meja. Hanya mula masak bila tahun kedua universiti, itu pun sebab tak dapat duduk asrama, terpaksa menyewa rumah di luar. Maklumlah masa tu dapat asrama ROTU bila masuk tahun kedua terpaksa beri laluan kepada ROTU wanita untuk masuk asrama.

Tahun kedua kena duduk menyewa di luar. Masa tu kami menyewa di Taman Hijau, Jalan Reko, Kajang. Kami ahli rumah sewa buat jadual masak. Rendang Pedas Perak?

Memang tak pernah masak masa menyewa ni.

Cara Masak Rendang Ayam Tak Hancur

Mengidam Rendang Pedas Perak

Bila dah kahwin pula, dimanjakan oleh suami. Alhamdulillah, kami berdua dapat rezeki ‘bunting pelamin’.

Tak tahu macam mana, doktor bagitahu dapat darah tinggi masa mengandung (alhamdulillah, darah tinggi tak melekat dan hilang sebaik sahaja melahirkan anak).

Dia punya tahap mengada tak boleh bawa bincang. Dah lah baru kahwin, mengandung, pastu ada masalah pulak.

Doktor beritahu kena jaga makan, jadi nak tak nak suami masak setiap malam sebab kita tak tahu apa yang tukang masak masuk dalam makanan kalau makan kat luar, kan…

Mujur tak mengidam Rendang Pedas Perak. 

Cubaan masak

Semangat masak ni memang datang dari diri sendiri dan atas kesedaran sendiri. Suami tak cerewet nak kena masak di rumahhari-hari, cuma bila ada anak kecil kami tak suka makan di luar dan tabiat itu terus melekat sampai anak-anak dah besar panjang.

Tapi, tak lah masak yang beriya-iya punya. Lebih suka masak yang simple dan tak banyak guna bahan yang pelik-pelik serta tak renyah, bak kata orang Perak serta mula cuba-cuba masak Rendang Pedas Perak sendiri.

Cara buat kerisik homemade

Rendang Pedas Mak is the best!

Kali ni dikongsi resepi  Ayam Rendang Pedas Perak Gaya Mak Tapah. Rendang Pedas ni ada macam-macam versi ikut negeri masing-masing.

Walaupun dulu tak pernah tolong mak masak kat dapur tapi, tetap ingat bahan yang mak selalu gunakan. Kalau ikut selera sendiri, Rendang Pedas Mak adalah yang terbaik.

Memang sedap dan enak serta tak perlu ditumis. lebih suka gaya hiris bahan-bahan seperti bawang berbanding kisar kerana lebih sedap dan cantik!

Jom kita tengok resipi Rendang Pedas Perak;

Bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam
  • 1 biji kelapa (ambil perahan pertama sahaja)
  • 4 sudu besar cili kisar (ikut kepedasan masing-masing)
  • 6 biji bawang kecil (dihiris)
  • 2 biji bawang besar (dihiris)
  • 5 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 2 batang serai (dihiris)
  • 1 helai daun kunyit (dihiris)
  • 1 inci kunyit hidup (dikisar)
  • 4 sudu besar kerisik
  • 2 keping asam keping
  • Garam dan gula
Masukkan santan setelah ayam kecut

Cara membuat;

  1. Bersihkan ayam kemudian masuk ke dalam periuk atau kuali.
  2. Masukkan cili kisar dan bahan yang telah dihiris serta dikisar. Masukkan garam juga dan masak sehingga ayam kecut.
  3. Bila ayam dah kecut masukkan santan, asam keping dan masak sehingga kuah agak pekat (ikut kepekatan yang diingini).
  4. Bila dah agak pekat, masukkan kerisik.
  5. Dah siap dan boleh dihidang.

Boleh juga cuba resepi Nasi Briyani dan rendang hitam

Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

10 Resepi Bubur & Pengat Sebagai Pembuka Selera
Resepi Bubur | Sejak dari kecil kita didedahkan dengan makanan …

10 Resepi Bubur & Pengat Sebagai Pembuka Selera

Cara Buat Baked Oreo Blackpink Cheesecake Viral 1 Malaysia
Oreo Blackpink | Penangan empat orang gadis yang menganggotai kumpulan …

Cara Buat Baked Oreo Blackpink Cheesecake Viral 1 Malaysia

About The Author

duniamyzan

One Response

  1. azni

    rendang perak version aku letak kelapa yang disagat tu skali … arwah pak aku suka rasa kelapa tu .

    February 28, 2021

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    September 17, 2023 0
  • Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara Sistematik
    Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara …
    August 23, 2023 0
  • 8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di Malaysia
    8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di …
    August 26, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh