Buntu mencari tip masak rendang ayam tak hancur. Dahlah rendang ayam memang memang favorite sejak kecil lagi.
Dulu-dulu kalau mak masak rendang kat dapur satu rumah bau harum. Rasa tak sabar nak senduk nasi.
Bila dah kahwin dan teringin nak makan kena lah masak sendiri. Tapi bila masak sendiri rendang ayam tak berapa menjadi, asyik hancur hancur.
Puas fikir macam mana mak masak rendang ayam tak hancur. Bila tanya mak, jawabnya masak macam biasa jer.
Alamak, jawapan tak membantu langsung.
Mak ni memang jenis masak main campak-campak jer. Kalau tanya resipi, mak akan bagi bahan jer. Sukatan pandai-pandai sendirilah nak letak.
Hikmah PKP
Teringat dulu masa minta mak ajar untuk anyam ketupat. Memang tak sempat nak belajar, kita terkial-kial mak laju jer menganyam. Akhirnya putus asa dan sampai ke sudah tak tahu menganyam ketupat.
Namun, hikmah PKP, sambut raya sendiri sebab tak boleh balik kampung. Memang teringin sangat nak makan ketupat bukan nasi impit. Gigih belajar anyam ketupat dengan YouTube,
Alahmdulillah, berjaya juga belajar anyam ketupat dan ikut tip untuk rebus ketupat dengan betul.
Betul kata orang, nak seribu daya kalau tak nak seribu dalih. Walaupun sedih tak dapat balik kampung beraya tapi bangga dengan diri sendiri bila makan ketupat dengan air tangan sendiri. Semua bermula daripada kosong.
Berbalik pula pada tip masak rendang ayam tak hancur. Memang tak pernah putus asa cuba pelbagai tip nak masak rendang ayam tak hancur macam mak. Tetap juga cuba dan cuba lagi . Rasa dah sedap tapi daging ayamnya hancur dan tak padu.
Kalau perangat daging akan bertambah hancur meninggalkan tulang. Agaknya kalau masak lama sikit dah boleh jadi serunding. Puas cuba masak rendang ayam tak hancur ni.
Tapi rezeki tak pernah salah alamat. Nak dijadikan cerita dekat pejabat ada buat makan-makan biasalah buat potluck kan. Masing-masing bawa makanan dan saya tertarik dengan ayam masak cili padi yang Kak Ida Aziz bawa.
Kak Ida ni memang pandai masak sementelah dia ialah Editor Pengurusan Majalah RASA yang terkenal tu dan juga merupakan orang Negeri Sembilan.
Resipi Rendang Pedas Perak
Saya tengok ayam dia elok cantik. Tanpa segan silu saya terus tanya, “guna ayam kampung ke?”. Nyata tekaan MJ meleset.
Ayam masak cili api itu menggunakan ayam biasa. Ayam bandar yang kita beli kat pasar raya atau kedai Acheh. Rupanya ada rahsia untuk masak rendang ayam tak hancur ni.
Apa lagi terus saya mengorek rahsia macam mana nak masak ayam agar tak hancur.
Tip Rendang Ayam Tak Hancur
- AYAM PENCEN.
- Ini adalah salah satu cara kalau nak masak rendang agar ayam tak akan hancur. Ayam pencen ini adalah ayam tua dan mempunyai daging agak liat.
- Saya tak suka masak guna ayam pencen kerana ambil masa yang lama. Kadang-kadang kena masak sampai 4 hingga 5 jam untuk daging ayam jadi lembut. Penat tunggu!
- AYAM KAMPUNG.
- Memang terpaling sedap kalau masak rendang ayam guna ayam kampung. Rasa daging ayam yang lembut, kenyal dan cepat masak.
- Cuma bekalan ayam kampung ni tak menyeluruh dan boleh didapati di kedai-kedai tertentu saja. Harganya juga boleh tahan kayangannya!
- AYAM BANDAR.
- Ini ayam yang biasa kita jumpa di kedai ataupun pasar raya. Orang panggil ini ayam bandar mungkin berlawanan dengan ayam kampung. Biasanya jenis ayam ini yang kita beli dan kalau masak rendang mudah hancur.
- Petuanya, masukkan semua bahan-bahan seperti bawang, halia, serai, daun kunyit dan segala macam bahan untuk masak rendang ke dalam kuali bersama ayam. Jangan masukkan santan dulu! Gaul ayam tadi bersama bahan-bahan rendang sehingga ayam kecut.
- Bila ayam dah benar-benar kecut baharu masukkan santan. Nah! rendang kita pasti menjadi dan daging ayam elok terletak dan tahan lama.
- Kalau kita perangat balik pun, daging ayam elok dan tak tertanggal daripada tulang. Baharulah heaven makan rendang ayam terpaling sedap di dunia.
Lagi Resipi Ayam Yang Patut Cuba!
Eswati azni
Baikkk … nnt sis follow tips ni