MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Dapur
Ikan Tenggiri Masak Taucu, Simple Tapi Bangkit Selera
Diari Dapur

Ikan Tenggiri Masak Taucu, Simple Tapi Bangkit Selera

duniamyzan July 3, 2021

Resepi Ikan Tenggiri Masak Taucu ni ikut resipi Mak. Kalau dulu masa kecil-kecil bila selak tudung saji tengok ada ikan masak taucu terus muncung mulut.

Contents hide
1 Apakah Itu Taucu
2 Ikan Tenggiri Masak Taucu
2.1 Bahan-bahan;
3 Cara membuat;
4 Tip Resipi Ikan Masak Taucu

Gulai taucu memang favorite Mak, mungkin sebab tu selalu masak agaknya. Tapi anak-anak mak jemu, hahaha!

Resipi ikan tenggiri masak taucu kembali ‘in’ masa kami anak-beranak balik kampung. Masa tu mak masak gulai taucu dan first time anak-anak dan suami makan resepi Ikan Tenggiri Masak Taucu ni. Kalau tak salah masa tu Mak guna Ikan Kerisi.

Berselera anak-anak dan suami makan serta bertambah-tambah nasi.

Apakah Itu Taucu

Taucu atau kacang soya masin adalah sejenis ramuan sebagai penyedap makanan. Ia diperbuat daripada kacang soya (glysine max) yang telah direbus, dihancurkan dan dicampur dengan tepung gandum. Kemudian dibiarkan dalam proses penapaian (fermentation).

Taucu Opah Nur paling glamor di kampung (Tapah) mungkin kerana kilangnya yang terletak di Kampung Kepayang, Perak. Bila anak-anak dan suami selalu request nak resipi ikan masak taucu terpaksa MJ import taucu dari Tapah.

Biasanya setiap bulan balik kampung, mesti borong dua hingga empat botol sekali gus.

Rahsia Ikan Tenggiri Masak Taucu sedap bila guna jenama ini.
Taucu yang selalu jadi pilihan

Tip Ayam Rendang Tak Hancur

Ada juga cuba jenama lain bila putus stok. Tapi Taucu Opah Nur tetap menjadi pilihan hatiku!

Resipi ikan masak taucu kali ini guna ikan tenggiri. Biasanya ikan yang digunakan untuk masak taucu ialah Tenggiri dan Kerisi. Pernah juga terbaca orang guna ikan kembung tapi tak pernah cuba!

Ikan masak taucu ni memang resepi yang ringkas dan mudah disediakan. Bahan-bahan yang digunakan pun hanya hiris dan potong saja. Jom kita tengok resipi Ikan Tenggiri Masak Taucu yang istimewa ini.

Ikan Tenggiri Masak Taucu

Bahan-bahan;

4 potong ikan tenggiri
3 ulas bawang merah, hiris halus
1 ulas bawang besar, hiris halus
3 ulas bawang putih, hiris halus
1 inci halia, hiris halus
3 biji cili padi, hiris halus (ikut kepedasan masing-masing)
1 batang timun (potong panjang)
3 sudu makan taucu
1 keping asam keping
Gula

Hiasan
2 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus ya!
2 biji tomato, potong 4
1 ulas bawang besar, potong 4

Bahan-bahan utama masak Ikan Tenggiri Masak Taucu

Cara membuat;

  1. Goreng ikan tenggiri hingga garing.
  2. Panaskan sedikit minyak (MJ guna minyak goreng ikan tadi) tumis bahan yang dihiris sehingga layu.
  3. Masukkan taucu dan tumis sekejap. Masukkan air ikut selera masing-masing.
  4. Bila dah mendidih, masukkan ikan yang telah digoreng tadi.
  5. Masukkan asam keping dan sedikit gula sebagai perisa.
  6. Masukkan ikan dan bahan hiasan. Kacau seketika dan boleh dihidangkan.
Masukkan taucu dalam bahan tumis.

Tip Resipi Ikan Masak Taucu

  1. Kuah taucu mengikut selera masing-masing. Ada yang suka pekat, ada yang suka berkuah dan ada juga suka yang kering. Kalau versi kering tak perlu letak air.
  2. Tak perlu letak garam sebab memang dah masin. Tapi kalau nak letak juga kena rasa dulu kuahnya. Myzan memang tak pernah letak garam kalau masak taucu.
  3. Ikan perlu digoreng terlebih dahulu. Tak pernah jumpa orang buat gulai taucu terus lebur dalam gulai.
  4. Timun; boleh guna timun biasa, timun Jepun atau timur air.

Petua Masak Sambal Nasi Lemak

Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Biscoff Cheesecake Tanpa Bakar Resipi Che Nom
Biscoff Cheesecake tanpa bakar atau Kek Viral ini memang teringin …

Biscoff Cheesecake Tanpa Bakar Resipi Che Nom

Rendang Ayam Tak Hancur, Sedap & Tahan Lama
Rendang ayam memang memang favorite sejak kecil lagi. Dulu-dulu kalau …

Rendang Ayam Tak Hancur, Sedap & Tahan Lama

About The Author

duniamyzan

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
    Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini …
    September 6, 2023 0
  • 6 Cara Memilih Beras Yang Baik & Berkualiti
    6 Cara Memilih Beras Yang Baik & …
    September 4, 2023 0
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
    Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear …
    September 17, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh