MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Dapur
Cara Buat Susu Badam Sendiri, Mudah Jer Guna 2 Bahan
Diari Dapur

Cara Buat Susu Badam Sendiri, Mudah Jer Guna 2 Bahan

duniamyzan February 7, 2023

Cara Buat Susu Badam Sendiri | Bila berat badan dah mula naik, maka usah berlengah lagi untuk mengawalnya. Bila berat badan dah naik mencanak nanti sukar pula nak menurunkannya.

Contents hide
1 Resepi Susu Badam
1.1 Bahan-bahan
1.2 Cara Membuat
1.3 Tip Cara Buat Susu Badam Sendiri
2 Manfaat Minum Susu Badam
2.1 Manfaat minum susu badam antaranya ialah
3 Susu Badam Untuk Gastrik
4 Waktu Terbaik Minum Susu Badam
4.1 Sarapan
4.2 Snek
4.3 Bahan Dalam Resepi
4.4 Sebelum Tidur

Siapa sangka, rupanya minum susu badam adalah pilihan terbaik untuk menurunkan berat badan. Patutlah bila tengah beratur nak order kopi di Starbuck ramai wanita yang minta guna susu badam atau susu almond (almond milk).

Terdapat banyak jenama yang menjual susu badam ini di pasaran seperti susu badam Farm Fresh. Kedai mamak juga banyak yang menjual susu badam ini dan antara yang popular ialah susu badam Kapitan. Siapa pernah order susu badam di kedai mamak, sila angkat tangan!

Walau bagaimanapun sebagai pengguna yang bijak kita perlu berhati-hati memilih susu badam untuk mendapat khasiat yang terbaik. Lebih-lebih lagi buat mereka yang sedang mengawal pengambilan makanan.

Ini kerana ada sesetengah jenama susu badam yang dah menambah pemanis tiruan atau susu pekat manis di dalamnya.

Susu badam yang terbaik ialah tanpa gula. Jadi jalan terbaik untuk menikmati susu badam yang berkhasiat tinggi ialah dengan buat sendiri atau DIY. Mudah sahaja cara buat susu badam sendiri ini. 

Cara buat susu badam sendiri yang mudah dan menyihatkan.

Resepi Susu Badam

Bahan-bahan

1 cawan kacang badam
4 cawan air (air tapis)
2 sudu besar madu (pemanis)

Cara Membuat

  1. Rendam badam di dalam air semalaman atau sekurang-kurangnya 8 jam.
  2. Kemudian tos badam dan buang airnya.
  3. Masuk badam bersama 4 cawan air ke dalam blender.
  4. Kisar halus badam. Tapis campuran badam tadi. Sebaik-baiknya guna kain kasa dan perah keluar airnya.
  5. Masukkan susu badam ke dalam bekas dan boleh ditambah madu. Boleh juga kalau nak tambah ekstrak vanilla dan garam.
  6. Simpan susu badam dalam bekas yang kedap udara dan letak di dalam peti sejuk. Susu badam boleh tahan lama sehingga 5 hari. Goncang dahulu sebelum minum.

Tip Cara Buat Susu Badam Sendiri

  • Pemanis ikut selera masing-masing. Selain madu boleh juga guna maple syrup dan sebagainya.
  • Hampas kacang badam usah dibuang. Boleh digunakan untuk buat kek atau biskut dan juga topping ketika makan oat atau yogurt.

Manfaat Minum Susu Badam

Minum susu badam adalah alternatif kepada pengambilan sumber lembu. Ini kerana ada di antara kita yang alegik dengan susu lembu.

Manfaat minum susu badam antaranya ialah

Kalori30 – 60 kalori / 227gram hidangan (1 gelas)
Protein1 – 2gram / 227gram hidangan (1 gelas)
Lemak2 – 6gram / 227gram (1 gelas) hidangan, lemak tak tepu yang menyihatkan jantung
Karbohidrat1 – 5gram / 227gram hidangan (1 gelas) dengan 1 – 2gram fiber
Vitamin dan mineralBergantung kepada jenama susu badam. Ada jenama yang membuat formulasi diperkaya dengan vitamin dan mineral seperti kalsium, vitamin D serta vitamin B12 dan A.
 

Susu Badam Untuk Gastrik

Kita biasa dengar orang yang mempunyai gastrik akan sakit perut selepas minuman tenusu. Ini kerana terdapat kajian yang mengatakan minuman tenusu menyebabkan peningkatan asid gastrik selama 3 jam berikutnya.

Mungkin tak semua pengidap gastrik akan melaluinya. Namun, susu badam untuk gastrik tiada isu seperti itu. Ianya sesuai diminum oleh mereka yang mengalami gastrik.

Ini kerana susu badam tidak mengandungi lactose dan casein yang menjadi punca masalah penghadaman. Jika telah cuba minum susu badam tetapi mempunyai symptom seperti perut kembung cuba mendapatkan nasihat daripada doktor yang bertauliah.

Waktu Terbaik Minum Susu Badam

Sebenarnya tiada waktu terbaik minum susu badam yang boleh kita ikuti. Atau dengan kata lebih mudah boleh minum susu badam tanpa sempadan.

Ada yang mengatakan manfaat minum susu badam sebelum tidur, justerU MJ mencadangkan waktu yang sesuai untuk minum susu badam.

Sarapan

Susu badam merupakan minuman yang sihat dan boleh dijadikan alternatif kepada minuman tenusu dan makanan tradisional yang lain. Kita boleh menikmati susu badam sebagai sarapan dengan menggabungkannya dengan oat atau bijirin.

Snek

Bila tiba waktu makan snek, susu badam adalh pilihan terbaik. Terasa segar dapat minum susu badan yang baharu keluar dari peti sejuk. Lebih enak kalau dicampur dengan buah-buahan atau kekacang.   

Bahan Dalam Resepi

Ini adalah suatu idea yang bijak. Menambahkan susu badam dalam masakan, terbaik! Tambah susu badam dalam sup, pencecah serta bahan non-diary dalam kek atau biskut.

Sebelum Tidur

Ada pendapat yang mengatakan minum segelas susu badam suam sebelum tidur dapat membantu kita mendapat tidur berkualiti dan rehat yang cukup.

Baca juga; Cara Diet Eat Clean Yang Betul, Roti Wholemeal Berkhasiat Tinggi

Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Cara Simpan Telur Dengan Betul Agar Tahan Lama
Telur banyak digunakan untuk membuat kek dan biskut.

Cara Simpan Telur Dengan Betul Agar Tahan Lama

Cara Masak Ayam Kicap Sambal Gesek Ala 3 Budak Gemuk
Ayam Kicap 3 Budak Gemuk | Siapa yang pernah makan …

Cara Masak Ayam Kicap Sambal Gesek Ala 3 Budak Gemuk

About The Author

duniamyzan

2 Comments

  1. Netty Ah Hiyer

    Wah! Menarik ni kak cara nak buat susu badam sendiri.. boleh cubalah nanti.

    February 8, 2023
  2. meera

    senang yea nak buat susu badam nie..

    February 16, 2023

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    September 17, 2023 0
  • Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara Sistematik
    Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara …
    August 23, 2023 0
  • 8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di Malaysia
    8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di …
    August 26, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh