MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Dapur
Cara Masak Ayam Kicap Sambal Gesek Ala 3 Budak Gemuk
Diari Dapur

Cara Masak Ayam Kicap Sambal Gesek Ala 3 Budak Gemuk

duniamyzan February 10, 2023

Ayam Kicap 3 Budak Gemuk | Siapa yang pernah makan Ayam Masak Kicap 3 Budak Gemuk mesti tahu tahap keenakannya macam mana. Kombinasi bahan-bahan kisar, rempah dan kicap serta ayam goreng, memang surrr…

Contents hide
1 Resepi Ayam Kicap 3 Budak Gemuk
1.1 Bahan-bahan
1.1.1 Bahan kisar
1.2 Cara Membuat
1.3 Tip Masak Ayam Rempah Ala 3 Budak Gemuk
2 Resepi Sambal Gesek Ala 3 Budak Gemuk
2.1 Bahan-bahan
2.2 Cara Membuat

Sekali rasa pasti nak lagi, rasa sedap hingga menjilat jari. Harganya juga sangat berpatutan. Tapi lebih sikit daripada harga Menu Rahmah.

Bila teringin, lepas malas nak keluar jadi MJ cuba masak sendiri berinspirasikan Ayam Kicap 3 Budak Gemuk. Walaupun memang tak dapat sama rasa macam yang dijual tapi sekurang-kurangnya dapat rasa sipi-spi pun jadilah kan. 

Ada juga resepi Ayam Kicap 3 Budak Gemuk versi Ayam Masak Kicap Che Nom Tiga Budak Gemuk, Ayam Masak Kicap Sheila Rusly dan Ayam Masak Kicap Khairul Aming.

Ada masa nanti kita cuba ikut resepi ayam masak kicap yang popular ni ya.

Boleh juga cuba resepi Ayam Masak Merah Kenduri

Ayam Kicap 3 Budak Gemuk yang sedap dan kena dengan selera.

Resepi Ayam Kicap 3 Budak Gemuk

Bahan-bahan

Bahan kisar

2 biji bawang besar
4 biji bawang merah
6 biji bawang putih
1 inci halia

1 ekor ayam sederhana besar
3 tangkai daun kari
3 sudu besar rempah kari ayam cap O
¾ sudu besar serbuk cili
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar kicap manis
1 bunjut sup bunjut
½ cawan air
Sedikit perahan air asam jawa
Garam dan gula

Cara Membuat

  1. Masuk ayam ke dalam bekas dan tabur garam dan kunyit. Gaul sehingga sebati.
  2. Sediakan kuali dan minyak untuk menggoreng ayam dan goreng ayam sehingga garing dan ketepikan.
  3. Kisar bahan-bahan kisar dan ketepikan.
  4. Campur rempah kari ayam cap O dengan serbuk cili dalam satu bekas dan bancuh dengan sedikit air.
  5. Tuang minyak menggoreng ayam tadi ke dalam kuali dan tumis rempah sup bunjut serta masuk daun kari seketika.
  6. Kemudian masuk bahan kisar dam tumis sehingga naik bau.
  7. Kemudian masuk campuran rempah kari tadi dan tumis sehingga naik minyak.
  8. Masuk perahan air asam jawa dan kacau sebati.
  9. Bila rempah dan garing, masuk sos tiram, kicap pekat dan kicap manis dan kacau sehingga sebati.
  10. Tuang ayam yang telah digoreng tadi ke dalam kuali dan gaul sehingga mesra.
  11. Perasakan dengan garam dan gula. Dah siap Ayam Kicap 3 Budak Gemuk.

Tip Masak Ayam Rempah Ala 3 Budak Gemuk

  • MJ tak letak langsung garam dan gula sebab campuran kicap yang digunakan dah memadai.
  • Air asam jawa boleh juga diganti dengan asam keping.
  • Kalau nak pedas boleh tambah serbuk cili ikut kepedasan yang disukai.
  • Usah letak banyak sangat air kerana ayam masak kicap ala 3 budak gemuk ini memang jenis kering, bukan berkuah.
  • Kalau guna banyak bawang lagi sedap.
  • Makan bersama sambal gesek dan ulam-ulaman seperti timun, kubis mentah dan pucuk selom.
  • Resepi Ayam Kicap 3 Budak Gemuk ini boleh juga masak pakai daging. Cuma daging tak perlu goreng tetapi rebus terlebih dahulu. Kemudian potong nipis dan masukkan masakan kicap tu.
  • MJ guna kicap Jalen. Ada juga yang guna Kicap Cap Kipas Udang. Mungkin rasa akan berbeza sedikit ikut kicap yang kita gunakan.

Resepi Sambal Gesek Ala 3 Budak Gemuk

Bahan-bahan

7 cili padi merah
2 biji cili merah
11 biji cili hijau
1 biji cili hijau
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
Garam dan gula perang
2 biji limau kasturi
Belacan *optional

Cara Membuat

  1. Potong 2 semua cili (untuk elak meletup ketika menggoreng) dan hiris bawang besar dan bawang putih.
  2. Tuang lebihan minyak menggoreng ayam tadi ke dalam kuali kecil dan goreng cili serta bawang tersebut sehingga layu. Kemudian angkat.
  3. Kisar dalam blender kering (sekejap sahaja) atau boleh tumbuk kasar guna lesung batu.
  4. Masuk garam dan gula perang ikut selera masing-masing.
  5. Perah limau kasturi dan gaul rata.
  6. Kemudian tumis bahan tumbuk ini dalam kuali dengan minyak panas. Tumis lebih kurang 5 minit sahaja mengunakan api kecil.

Sambal Gesek ini memang padanan paling sempurna dengan ayam masak kicap 3 Budak Gemok ini.

Boleh juga cuba resepi Singgang Kepah Super Mudah

Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Mee Bodo Melaka Viral, Buka Cawangan Ke-2 Di Bukit Baru
Kalau berkunjung ke Melaka Bandar Raya Bersejarah, tak lengkap kalau …

Mee Bodo Melaka Viral, Buka Cawangan Ke-2 Di Bukit Baru

Resipi Asam Pedas Daging Tetel Melaka Jimat Masa! Guna Pressure Cooker
Masak Asam Pedas Daging Tetel Melaka ni memang rare tapi …

Resipi Asam Pedas Daging Tetel Melaka Jimat Masa! Guna Pressure Cooker

About The Author

duniamyzan

3 Comments

  1. Netty Ah Hiyer

    Sedap sungguh ayam masak kicap 3 budak gemuk ini. Macam-macam rempah dan sos ada dalam tu.

    February 11, 2023
  2. Nita

    sedapnya. selama ni mkn kat kedai je tau..nxt time blh try buat sendiri pulak la

    February 13, 2023
  3. meera

    wah.. nak cuba lah resepi nie.. 🙂

    February 16, 2023

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
    Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini …
    September 6, 2023 0
  • 6 Cara Memilih Beras Yang Baik & Berkualiti
    6 Cara Memilih Beras Yang Baik & …
    September 4, 2023 0
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
    Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear …
    September 17, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh