MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Dapur
Ayam Masak Merah Macam Lauk Kenduri Sedap & Simple
Diari Dapur

Ayam Masak Merah Macam Lauk Kenduri Sedap & Simple

duniamyzan January 21, 2023

Ayam Masak Merah Kenduri | Menu ayam masak merah antara masakan pilihan utama kalau ada kenduri di sebelah utara Semenanjung. Memang ayam masak merah lauk kenduri ni sedap sehingga menjilat jari.

Contents hide
1 Table of Contents
2 Ayam Masak Merah Kenduri Ibu Halimah
3 Resepi Ayam Masak Merah
3.1 Bahan-bahan
3.2 Bahan kisar
3.3 Cara Membuat;
4 Ayam Masak Merah Simple
5 Resepi Nasi Tomato
5.1 Bahan-bahan;
5.2 Bahan Kisar
5.3 Bahan Rempah
5.4 Cara Membuat;
6 Resepi Jelatah Nanas
6.1 Bahan-bahan;
6.2 Cara Membuat;

Gabungan ayam goreng, kuah yang pedas serta masam manis ayam masak merah ni memang surrr…Ada macam-macam versi ayam masak merah ni.

Kita boleh tengok perkongsian resepi ayam masak merah versi Ayam Masak Che Nom, Ayam Masak Merah Chef Wan, Ayam Masak Merah Sheila Rusly dan Ayam Masak Merah Khairul Aming.

Resepi ayam masak merah kenduri yang sedap.
Ayam Masak Merah yang sedap secukup rasa.

Table of Contents

  • Ayam Masak Merah Kenduri Ibu Halimah
  • Resepi Ayam Masak Merah
    • Bahan-bahan
    • Bahan kisar
    • Cara Membuat;
  • Ayam Masak Merah Simple
  • Resepi Nasi Tomato
    • Bahan-bahan;
    • Bahan Kisar
    • Bahan Rempah
    • Cara Membuat;
  • Resepi Jelatah Nanas
    • Bahan-bahan;
    • Cara Membuat;

Ayam Masak Merah Kenduri Ibu Halimah

Dalam banyak-banyak resipi ayam masak merah kenduri yang MJ pernah rasa, MJ terpikat dengan air tangan Pengasas produk jenama Jamu Mak Dara, Allahyaharmah Halimah Shuib atau lebih terkenal dengan nama Ibu Halimah Jamu Mak Dara.

Masa tu, MJ pernah datang ke rumah Ibu Halimah untuk photoshoot. Kebetulan Ibu Halimah jamu team kami ayam masak merah ni.

Bila ditanya apa petua istimewa ayam masak merah tu, Ibu Halimah cakap ia terletak kepada pes tomato yang digunakan.  Kebiasaanya orang akan menggunakan sos tomato untuk ayam masak merah ini.

Sejak dari hari tu MJ masak ayam masak merah letak pes tomato dan dapat rasa sedap macam ayam masak merah kenduri tu. Jom kita tengok macam mana nak masak ayam masak merah sedap tu.

Goreng ayam separuh masak untuk dapat ayam yang juicy.

Resepi Ayam Masak Merah

Bahan-bahan

1 ekor ayam
2 senduk cili kisar (ikut kepedasan masing-masing)
4 sudu besar pes tomato
5 sudu besar sos cili
Air (ikut kepekatan kuah yang diingini)
Garam dan gula
Minyak untuk menggoreng

Bahan kisar

5 ulas bawang merah
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup

Cara Membuat;

  1. Garam kunyit ayam kemudian goreng dalam minyak yang panas. Goreng ayam separuh masak. Bila dah masak ketepikan.
  2. Tuang minyak menggoreng ayam tadi ke dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
  3. Masuk cili boh dan masak sehingga naik minyak.
  4. Masuk gula mengikut selera masaing-masing.
  5. Bila dah naik minyak masuk pes tomato dan sos cili. Masak sehingga sebati.
  6. Kemudian masuk air dan biar sehingga mendidih.
  7. Bila kuah dah mendidih masuk ayam yang telah digoreng tadi.
  8. Masak seketika atas api dan bawang potong sebagai hiasan.
  9. Akhir sekali perasakan dengan garam dan siap untuk dihidang.

Minyak menumis kena banyak sedikit baharu sambal menjadi.

Baca juga; Cara Masak Beras Basmathi

Pes tomato sebagai bahan rahsia ayam masak merah ini.

Ayam Masak Merah Simple

Masak ayam masak sebenarnya simple sahaja. Bahan-bahan yang digunakan pun bahan-bahan yang biasa ada di dapur. Ayam masak merah sedap ini boleh dimakan bersama Nasi Minyak, Nasi Jagung, Nasi Tomato dan Nasi Hujan Panas.

Kali ini kita kongsi resepi ayam masak merah dengan nasi tomato guna beras basmathi ya!

Guna beras biasa pun boleh. Sukatan air macam yang biasa kita masak hari-hari tu lah ya.

Resepi Nasi Tomato

Bahan-bahan;

2 cawan beras basmathi
1 helai daun pandan
½ cawan susu cair
4 sudu besar tomato puri
1 senduk minyak sapi
2½ cawan air

Bahan Kisar

1cm halia
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Bahan Rempah

5 tangkai bunga cengkih
2 biji bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis

Cara Membuat;

  1. Basuh beras macam biasa dan tos airnya.
  2. Dalam periuk masuk minyak sapi dan biarkan cair dalam api yang sederhana besar.
  3. Masuk bahan rempah dan daun pandan. Tumis hingga wangi.
  4. Ambil bahan kisar dan tuang ke dalam periuk dan tumis hingga wangi.
  5. Kemudian masuk beras yang telah ditos tadi ke dalam periuk. Gaul hingga sebati.
  6. Masuk semua bahan cecair ke dalam periuk dan biarkan menggelegak.
  7. Biarkan hingga air agak kering kemudian tutup periuk dan kecilkan api.
  8. Biarkan beras masak selama 15 minit. Kemudian tutup api.
  9. Buka periuk tengok beras masak cantik dan ‘kareh’ nasi dengan garfu agar beras cantik berderai dan tak patah.
Perfect combination. Sedap tak terkata!

Resepi Jelatah Nanas

Bahan-bahan;

½ biji nanas
1 biji timun
1 biji bawang besar
1 biji cili merah
1 sudu besar cuka makan
2 sudu besar gula
Secubit garam

Cara Membuat;

  1. Kupas nanas dan buang empulurnya, potong enam bahagian dan hiris nipis.
  2. Kupas timun dan gores permukaan timun menggunakan garfu. Kemudian hiris nipis.
  3. Kupas bawang besar dan hiris nipis juga.
  4. Hiris cili merah nipis dengan potongan serong.
  5. Masuk semua ke dalam bekas dan letak garam, gula dan cuka.
  6. Gaul semua bahan sehingga sebati.
  7. Dah siap untuk dihidang bersama nasi tomato dan ayam masak merah.

Tak perlu letak air. Air nanas akan keluar selepas semua bahan digaul.

Baca juga; Resepi Sambal Belacan kencur Santan

Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Cara Masak Kupang Paling Sedap, Manis & Pilihan No. 1
Cara Masak Kupang Paling Sedap | Bila masuk musim hujan …

Cara Masak Kupang Paling Sedap, Manis & Pilihan No. 1

Tempoyak Kacau Perak Terpaling Sedap No. 1 Di Dunia
Tempoyak Kacor, orang Perak gelar atau bahasa standardnya Tempoyak Kacau. …

Tempoyak Kacau Perak Terpaling Sedap No. 1 Di Dunia

About The Author

duniamyzan

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    September 17, 2023 0
  • Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara Sistematik
    Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara …
    August 23, 2023 0
  • 8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di Malaysia
    8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di …
    August 26, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh