MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Dapur
10 Resipi Cucur Mudah & Sedap Pikat Hati Suami
Diari Dapur

10 Resipi Cucur Mudah & Sedap Pikat Hati Suami

duniamyzan January 23, 2023

Resipi Cucur | Sebenarnya nak buat cucur ini sangat mudah sebab bahan asasnya ialah tepung, garam dan air. Namanya berbeza-beza sebab bahan yang ditambah di dalam adunannya.

Contents hide
1 Resipi Cucur Keledek Nasi
1.1 Bahan-bahan
1.2 Cara Buat Cucur Keledek Nasi
2 Resipi Cucur Jagung Pedas
2.1 Bahan-bahan
2.2 Cara Buat Cucur Jagung Pedas
3 Resipi Cucur Pisang Kelapa
3.1 Bahan-bahan
3.2 Cara Buat Cucur Pisang Kelapa
4 Resipi Cucur Kelapa Manis
4.1 Bahan-bahan
4.2 Cara Buat Cucur Kelapa Manis
5 Resipi Cucur Cempedak Cheese
5.1 Bahan-bahan
5.2 Cara Buat Cucur Cempedak Cheese
6 Resipi Cucur Sayur
6.1 Bahan-bahan
6.2 Cara Buat Cucur Sayur
7 Resipi Cucur Tapai Ubi
7.1 Bahan-bahan
7.2 Cara Buat Cucur Tapai Ubi
8 Resipi Cucur Bilis Bawang
8.1 Bahan-bahan
8.2 Cara Buat Cucur Bilis Bawang
9 Resipi Cucur Udang Kucai
9.1 Bahan-bahan
9.2 Cara Buat Cucur Udang Kucai
10 Resipi Cucur Ayam Berempah
10.1 Bahan-bahan
10.2 Cara Buat Cucur Ayam Berempah
11 Beza Antara Cekodok, Cucur Dan Jemput-jemput
11.1 Cucur
11.2 Cekodok
11.3 Jemput-jemput

Kalau tambah udang, kita gelar dia cucur udang, kalau tambah gula kita panggil dia cucur manis, kalau tambah ikan bilis kita panggil dia cucur bilis.

Secara amnya, cucur ini boleh dikategorikan sebagai cucur manis dan pedas. Boleh juga ditambah lauk seperti ayam, udang dan ikan bilis. Kreativiti membuat cucur juga sangat tinggi apabila boleh ditambah bahan seperti buah-buahan atau sayur-sayuran.

Pernah kawan satu opis dulu jatuh cinta sehingga mendirikan rumah tangga gara-gara kawan perempuan pandai buat cucur. Siapa sangka, cucur boleh jadi asbab jodoh seseorang, kan.

Dengarnya makanan favorite PM ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah cekodok pisang.

Mari kita cuba resipi cucur mudah disediakan dan sedap ini.

Resipi Cucur Keledek Nasi

Bahan-bahan

3 biji keledek Jepun* (saiz sederhana) – rebus dan buang kulit
1 cawan nasi sejuk 1 cawan tepung gandum
1¼ cawan air*
4 sudu makan gula (boleh kurangkan jika tak nak manis)
1 sudu teh baking soda
½ sudu teh garam halus

Cara Buat Cucur Keledek Nasi

  1. Satukan keledek rebus, nasi sejuk, gula dan air lalu kisar halus. Tuang dalam mangkuk besar.
  2. Masukkan tepung gandum, baking soda dan garam. Kacau rata. Bancuhan perlu tak terlalu pekat atau terlalu cair.
  3. Gunakan sudu untuk membentuk cucur dan goreng dalam minyak yang panas hingga keperang-perangan. Hidangkan panas.

*jumlah air sebagai anggaran saja. Kena agak bancuhan cucur supaya tak terlalu pekat atau cair.
**tepung gandum boleh di gantikan dengan tepung beras (untuk yang alah makan gandum).
***kalau tak ada keledek Jepun boleh je guna keledek biasa tapi yang bersaiz sederhana.

Resipi Cucur Keledek Nasi yang sedap dan memikat hati.
Cucur Keledek Nasi. Foto Kredit: Chef Sue M Arukin

Resipi Cucur Jagung Pedas

Bahan-bahan

1 cawan jagung
1 cawan tepung gandum
½ cawan air
1 sudu makan cili kisar
½ sudu teh soda bikarbonate
Secubit garam

Cara Buat Cucur Jagung Pedas

  1. Campurkan kesemua bahan di dalam mangkuk. Gaul rata dan sesuaikan rasanya.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali.
  3. Jemputkan cucur menjadi bebola kecil dan goreng hingga keperang-perangan.
  4. Hidangkan panas.

Resipi Cucur Pisang Kelapa

Bahan-bahan

8-10 biji pisang lemak manis/emas
1 cawan tepung gandum
½ cawan kelapa parut
1 sudu makan gula perang
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara Buat Cucur Pisang Kelapa

  1. Di dalam mangkuk, lumatkan pisang bersama gula hingga hancur dan sebati.
  2. Tambahkan tepung gandum, kelapa parut dan garam lalu gaul rata.
  3. Jika perlu tambahkan air sedikit dan gaul lagi.
  4. Panaskan minyak lalu goreng cucur hingga hingga kekuning-kuningan.

Baca juga; 8 Resepi Biskut Rempah

Resipi Cucur Kelapa Manis

Bahan-bahan

2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan air
½ cawan kelapa parut – putihnya sahaja
1 sudu makan gula
Secubit garam

Cara Buat Cucur Kelapa Manis

  1. Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk yang besar hingga sebati.
  2. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair atau terlalu pekat.
  3. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali.
  4. Ambil sesudu bancuhan dan goreng hingga kekuning-kuningan.

Resipi Cucur Cempedak Cheese

Bahan-bahan

1 cawan isi cempedak yang masak ranum (Cempedak madu lagi sedap) – buang biji & kisar halus jadi puri
1 cawan tepung naik sendiri
¼ cawan gula perang (boleh kurangkan jika tak suka manis)
½ cawan parutan keju mozzarella
½ sudu teh garam
Air secukupnya (lebih kurang ½ cawan atau kurang bergantung kepada berapa likat cempedak yang telah dikisar)

Cara Buat Cucur Cempedak Cheese

  1. Satukan Cempedak kisar, tepung naik sendiri, gula, garam dan keju di dalam mangkuk yang besar.
  2. Tuang air sedikit demi sedikit lalu bancuh hingga menjadi bancuhan yang tak terlalu pekat atau cair (kena pandai agak).
  3. Panaskan minyak dalam kuali. Gunakan sudu atau tangan untuk membentuk bebola kecil cucur lalu masukkan ke dalam kuali.
  4. Goreng hingga keperang-perangan. Toskan. Enak dinikmati ketika panas.
Cucur Cempedak Cheese. Foto Kredit: Chef Sue M Arukin

Resipi Cucur Sayur

Bahan-bahan

1½ cawan tepung gandum
1 cawan air
1 sudu makan tepung beras
1 sudu makan parutan lobak merah
1 sudu makan cincangan daun sup
1 sudu makan cincangan kobis
½ sudu makan udang geragau kering
1 labu bawang besar – cincang halus
½ sudu teh serbuk soda bikarbonat
Garam secukup rasa

Cara Buat Cucur Sayur

  1. Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati. Bancuhan hendaklah tidak terlalu cair atau pekat.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali.
  3. Jemputkan bancuhan dengan sudu dan goreng hingga keperang-perangan.
  4. Hidangkan panas bersama sos cili/tomato.

Resipi Cucur Tapai Ubi

Bahan-bahan

1 cawan tapai ubi
1 cawan tepung naik sendiri
½ cawan air
1 sudu makan gula
Secubit garam

Cara Buat Cucur Tapai Ubi

  1. Di dalam mangkuk, lumatkan tapai ubi kayu hingga hancur.
  2. Masukkan tepung, air (jangan terlalu cair atau pekat), gula dan garam. Gaul rata.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali.
  4. Sendukkan cucur dan goreng hingga kekuning-kuningan.

Resipi Cucur Bilis Bawang

Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum
¼ cawan ikan bilis – bersihkan
1 sudu makan cincangan daun bawang
1 biji cili merah – buang biji dan cincang halus
1 labu bawang besar – cincang halus
Secubit garam
Air secukupnya

Cara Buat Cucur Bilis Bawang

  1. Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
  2. Jika bancuhan terlalu pekat, tambah sedikit air.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali.
  4. Jemputkan bancuhan menjadi bebola kecil dan goreng kekuning-kuningan.
Cucur Bilis Bawang. Foto Kredit: Chef Sue M Arukin

Resipi Cucur Udang Kucai

Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum
½ cawan udang segar – buang kulit
½ cawan air
1 biji telur
1 sudu makan daun kucai
½ sudu teh soda bikarbonat
Secubit garam

Cara Buat Cucur Udang Kucai

  1. Campurkan kesemua bahan di dalam mangkuk. Gaul sebati.
  2. Jika terlalu pekat, tambah sedikit air. Biarkan bancuhan selama 10-15 minit.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali.
  4. Sudukan bancuhan cucur ke dalam kuali lalu goreng hingga kekuning-kuningan.
  5. Hidangkan panas bersama sos pilihan.

Resipi Cucur Ayam Berempah

Bahan-bahan

1 cawan tepung naik sendiri
¼ cawan dada ayam – cincang halus
¼ sudu teh jintan manis
¼ sudu teh jintan putih
¼ sudu teh serbuk lada hitam
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara Buat Cucur Ayam Berempah

  1. Campurkan kesemua bahan di dalam mangkuk pengadun.
  2. Tambahkan air secukupnya.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali.
  4. Goreng cucur hingga keperang-perangan.
  5. Hidangkan panas bersama sos pilihan.
Cekodok Pisang. Foto Kredit: Chef Sue M Arukin

Beza Antara Cekodok, Cucur Dan Jemput-jemput

Cucur

Kuih daripada tepung dan bahan-bahan lain yang digoreng (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Cekodok

Sejenis cucur yang dibuat daripada adunan tepung dgn pisang yang digoreng. (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Jemput-jemput

  • Sejenis kuih (daripada adunan tepung, pisang, dan gula yang dijemput sedikit-sedikit dan digoreng).
  • Sejenis kuih (dairpada adunan tepung, bawang, garam, dan lain-lain yang dijemput sedikit-sedikit dan digoreng); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Kredit Resipi; Chef Sue M Arukin

Baca juga; Resipi Bingka Durian Sukatan Cawan

Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Cara Buat Susu Badam Sendiri, Mudah Jer Guna 2 Bahan
Cara Buat Susu Badam Sendiri | Bila berat badan dah …

Cara Buat Susu Badam Sendiri, Mudah Jer Guna 2 Bahan

5 Cara Buat Roti Kopi Yang Menakjubkan Bagi Coffee Lover!
Resepi roti kopi memang memikat hati siapa saja terutama coffee …

5 Cara Buat Roti Kopi Yang Menakjubkan Bagi Coffee Lover!

About The Author

duniamyzan

2 Comments

  1. Netty Ah Hiyer

    Wah! Segala jenis cucur ada ni.. bolehlah cuba nanti.

    January 26, 2023
  2. sofea

    confirm suami sis terpikat punya… 😉

    February 16, 2023

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
    Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini …
    September 6, 2023 0
  • 6 Cara Memilih Beras Yang Baik & Berkualiti
    6 Cara Memilih Beras Yang Baik & …
    September 4, 2023 0
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
    Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear …
    September 17, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh