MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Dapur
10 Resepi Bubur & Pengat Sebagai Pembuka Selera
Diari Dapur

10 Resepi Bubur & Pengat Sebagai Pembuka Selera

duniamyzan January 29, 2023

Resepi Bubur | Sejak dari kecil kita didedahkan dengan makanan pemanis mulut iaitu bubur dan pengat. Sampai sekarang MJ tak dapat nak bezakan antara bubur, pengat dan serawa.

Contents hide
1 Resepi Bubur Jagung
1.1 Bahan-bahan
1.2 Cara Buat Bubur Jagung
2 Resepi Bubur Pulut Hitam
2.1 Bahan-bahan
2.2 Cara Buat Bubur Pulut Hitam
3 Resepi Bubur Sum Sum
3.1 Bahan-bahan
3.2 Cara Buat Bubur Sum Sum
4 Resepi Butir Nangka Che Nom
4.1 Bahan-bahan
4.1.1 Bahan-Bahan Untuk Biji Butir Nangka
4.1.2 Bahan-Bahan Untuk Kuah
4.2 Cara Buat Butir Nangka
5 Resepi Pengat Epal & Kayu Manis
5.1 Bahan-bahan
5.2 Cara Buat Pengat Epal & Kayu Manis
6 Resepi Pengat Labu
6.1 Bahan-bahan
6.2 Cara Buat Pengat Labu
7 Resepi Pengat Pisang Nangka
7.1 Bahan-bahan
7.2 Cara Buat Pengat Pisang Nangka
8 Pengat Pisang Salai
8.1 Bahan-bahan
8.2 Cara Buat Pengat Pisang Salai
9 Resepi Pengat Ubi Kayu
9.1 Bahan-bahan
9.2 Cara Buat Pengat Ubi Kayu
10 Pengat Ubi Keledek Warna Warni
10.1 Bahan-bahan
10.2 Cara Buat Pengat Ubi Warna Warni

Kalau mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, bubur ialah sejenis makanan (daripada beras, jagung, kacang hijau, dan lain-lain) yang lunak dan berair.

Manakala pengat ialah sejenis penganan daripada ubi dan lain-lain (yang dimasak dengan gula dan santan). Serawa pula ialah sejenis makanan (pulut yang dimasak dengan santan dan gula).

Kalau nak buat resepi bubur atau pengat pisang bukan semua boleh dibuat pengat. Antara pisang yang boleh dibuat pengat ialah seperti pisang raja, pisang abu, pisang nangka dan pisang awak.

Boleh juga cuba 10 Resepi Cucur Mudah & Sedap

Resepi Bubur Jagung

Bahan-bahan

3 biji jagung (ambil isi jagung guna pisau)
5 sudu besar sagu
1 keping gula melaka
1 helai daun pandan
1 sudu teh
1 mangkuk santan cair
1 cawan santan pekat
2 sudu besar gula pasir

Cara Buat Bubur Jagung

  1. Rebus isi jagung dengan air hingga lembut.
  2. Masuk sagu yang sudah dibilas air biasa. Kacau hingga sagu jernih.
  3. Kemudian masuk 2 keping gula Melaka, gula pasir dan daun pandan seterusnya masuk santan cair dan kacau sebati.
  4. Apabila jagung sudah hampir masak masuk santan pekat.
  5. Kemudian masuk garam dan kacau hingga betul-betul masak.
Selain resepi pengat, resepi bubur jagung yang manis dan enak.
Bubur Jagung

Resepi Bubur Pulut Hitam

Bahan-bahan

1 cawan beras pulut (direndam selama 30 minit)
2 cawan air
2 helai daun pandan, diikat
1 cawan santan pekat
½ sudu teh garam
½ potongan gula Melaka (ikut tahap kemanisan masing-masing)
2 sudu besar gula pasir
½ cawan air

Cara Buat Bubur Pulut Hitam

  1. Rebus beras pulut hitam dengan 2 cawan air dan daun pandan di dalam periuk yang bertutup selama 20 minit diatas api sederhana.
  2. Sementara itu, rebuskan gula Melaka dan gula pasir dengan ½ cawan air di atas api yang kecil.
  3. Masak sehingga likat atau selama 8-10 minit.
  4. Apabila pulut sudah lembut, senduk ke dalam rebusan gula tadi dan gaul sehingga sebati. Masak sebentar untuk memekatkannya.
  5. Masukkan santan dan garam ke dalam pulut hitam dan masak di atas api kecil sehingga pekat.
  6. Untuk menghidang, tuangkan bubur hitam bersantan ke dalam mangkuk, diikuti dengan santan di atasnya.

Resepi Bubur Sum Sum

Bahan-bahan

1 cawan tepung beras
2 sudu tepung jagung
4 ½ cawan santan
1 sudu teh garam
2 helai daun pandan
1 keping gula melaka
1 cawan air

Cara Buat Bubur Sum Sum

  1. Masuk santan bersama tepung beras dan tepung jagung di dalam periuk (sebaiknya stainless steel atau tembaga). Gaul sebati kemudian masuk garam dan sehelai daun pandan.
  2. Masak atas api sederhana besarnya.
  3. Gaulkan selama 20 minit dan tambahkan santan lagi sedikit demi sedikit, sekiranya perlu.
  4. Apabila bancuhan menjadi likat, berkilat dan tidak berlekat kepada tepi periuk, alihkan periuk dari api.
  5. Senduk bancuhan sum sum ke dalam mangkuk adunan. Sejukkan bubur sum sum di dalam peti sejuk selama 2 jam.
  6. Sementara itu, masak gula Melaka bersama air dan sehelai daun pandan sehingga gula hancur dan pekat. Ikut kemanisan masing-masing, kalau suka manis boleh tambah gula.
  7. Masak sehingga gulanya pekat atau selama 20 minit di atas api kecil.
  8. Apabila Bubur Sum Sum sudah sejuk, keluarkan dari bekasnya dan hidang.
  9. Tuangkan air gula Melaka ke atas Bubur Sum Sum.

Resepi Butir Nangka Che Nom

Bahan-bahan

Bahan-Bahan Untuk Biji Butir Nangka

3-4 cawan tepung beras pulut
1 sudu kecil air kapur
secubit garam
air
Air daun pandan (pewarna hijau)

Bahan-Bahan Untuk Kuah

2-3 mangkuk besar santan dari ½ biji kelapa atau 1 kotak santan segera
Sehelai daun pandan, carik dan simpul
1 sudu teh rempah biji halba
Gula dan garam

Cara Buat Butir Nangka

  1. (Cara buat biji butir nangka) Panaskan air di dalam periuk.
  2. Bancuh air kapur bersama air dan garam. Tuangkan sedikit demi sedikit ke atas tepung pulut. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
  3. Bahagikan doh dan uli bersama beberapa titik pewarna kesukaan anda sehingga warna doh sekata. Cubit sedikit dan bentukkan doh menjadi bujur. Ulang proses sehingga doh habis.
  4. Rebus butir doh di dalam air panas tadi sehingga timbul di permukaan dan kautkan ke dalam mangkuk yang berisi air sejuk biasa.
  5. (Cara buat kuah) Panaskan santan di atas api perlahan.
  6. Masukkan biji halba dan daun pandan.
  7. Kemudian masukkan biji butir nangka yang telah ditapis dari air rendaman tadi.
  8. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  9. Kacau kuah dengan perlahan sehingga mendidih dan tutup api.
Butir Nangka

Resepi Pengat Epal & Kayu Manis

Bahan-bahan

3 biji epal merah
2 sudu besar gula perang
½ cawan air
2 batang kayu manis
½ cawan santan pekat

Cara Buat Pengat Epal & Kayu Manis

  1. Buangkan kulit epal.
  2. Potongkan isinya segiempat sebesar 1 inci.
  3. Masak air, epal dan kayu manis selama 8 minit.
  4. Tuangkan santan dan kecilkan api.
  5. Masak seketika dan hidang.

Resepi Pengat Labu

Bahan-bahan

½ biji labu
2 sudu besar gula Melaka
1 ½ cawan air
2 helai daun pandan, diikat
¼ cawan gula pasir
½ cawan santan pekat

Cara Buat Pengat Labu

  1. Buangkan kulit labu.
  2. Potongkan isinya segiempat sebesar 1 inci.
  3. Rebuskan air dengan daun pandan.
  4. Masukkan labu dalam air rebus. Masak selama 15 minit atau
  5. sehingga empuk.
  6. Masukkan gula Melaka dan gula pasir. Masak sehingga gulanya
  7. cair.
  8. Tuangkan santan dan kecilkan api. Masak seketika dan hidang.

Resepi Pengat Pisang Nangka

Bahan-bahan

6 biji pisang nangka
½ cawan gula pasir
1 cawan air
2 helai daun pandan, diikat
½ cawan santan pekat

Cara Buat Pengat Pisang Nangka

  1. Buangkan kulit pisang.
  2. Masak air dengan daun pandan dan gula.
  3. Masak sehingga gulanya cair.
  4. Masuk pisang ke dalam air gula.
  5. Masak selama 5 minit atau sehingga empuk.
  6. Tuangkan santan dan kecilkan api.
  7. Masak seketika dan sedia dihidang.
Pengat Pisang Nangka

Pengat Pisang Salai

Bahan-bahan

1 bungkus pisang salai
2 sudu besar gula Melaka
¼ cawan gula pasir
1 cawan santan

Cara Buat Pengat Pisang Salai

  1. Masak santan, gula Melaka & gula pasir bersama selama 10 minit di atas api kecil.
  2. Padamkan api dan masukkan pisang salai ke dalam santan.
  3. Biarkan pisang salai berendam sebentar sebelum menghidang.

Resepi Pengat Ubi Kayu

Bahan-bahan

3 biji ubi kayu muda
1 ½ cawan air
2 helai daun pandan, carik dan simpul
¼ cawan gula pasir
½ cawan santan pekat
½ sudu teh garam

Cara Buat Pengat Ubi Kayu

  1. Buangkan kulit ubi kayu dan potong sepanjang 2 inci.
  2. Masak air dengan daun pandan.
  3. Masukkan ubi kayu ke dalam air rebus. Masak selama 15 minit atau sehingga empuk.
  4. Masuk gula pasir. Masak sehingga gulanya cair dan mula menjadi likat. Senduk ubi kayu ke dalam piring hidang.
  5. Panaskan santan dan garam di atas api yang kecil selama 7 minit.
  6. Tuangkan santan ke atas ubi kayu untuk menghidang.
Pengat Ubi Kayu

Pengat Ubi Keledek Warna Warni

Bahan-bahan

1 biji keledek putih
1 biji keledek oren
1 biji keledek wangi unggu
1 ½ cawan air
2 helai daun pandan, diikat
½ cawan gula pasir
½ cawan santan pekat

Cara Buat Pengat Ubi Warna Warni

  1. Kupaskan kulit keledek.
  2. Potongkan isinya segiempat kecil.
  3. Rebuskan air dengan daun pandan.
  4. Masukkan keledek dalam air rebus. Masak selama 10 minit atau sehingga empuk.
  5. Masukkan gula pasir. Masak sehingga gulanya cair.
  6. Tuangkan santan dan kecilkan api.
  7. Masak seketika dan hidang.

Boleh juga cuba Resepi Bubur Ayam Mcd Yang Simple

Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Cara Buat Baked Oreo Blackpink Cheesecake Viral 1 Malaysia
Oreo Blackpink | Penangan empat orang gadis yang menganggotai kumpulan …

Cara Buat Baked Oreo Blackpink Cheesecake Viral 1 Malaysia

4 Cara Buat Sambal Belacan Sedap Terpaling Power
Sambal belacan adalah sambal yang terkenal dan popular di Malaysia …

4 Cara Buat Sambal Belacan Sedap Terpaling Power

About The Author

duniamyzan

3 Comments

  1. Eswati azni

    Sedap ya bubur ni… manihhh tapi sedap… aa camner nak kurus

    February 2, 2023
  2. Nita

    sedapnya bubur. tq sis share resepi mcm2 bubur. selalu beli je, nk buat tk tau bila hehe

    February 3, 2023
  3. Netty Ah Hiyer

    Bestnya semua bubur ni.. nanti berguna resepi ni di bulan Ramadan..

    February 4, 2023

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
    Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini …
    September 6, 2023 0
  • 6 Cara Memilih Beras Yang Baik & Berkualiti
    6 Cara Memilih Beras Yang Baik & …
    September 4, 2023 0
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
    Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear …
    September 17, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh