MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Dapur
Cara Buat Sambal Ikan Bilis Kering & Rangup
Diari Dapur

Cara Buat Sambal Ikan Bilis Kering & Rangup

duniamyzan February 2, 2023

Sambal Ikan Bilis Kering | Anak-anak kalau dah biasa makan air tangan mama dia, bila masuk asrama mula ‘meroyan’ kata masakan di hostel tak sedap.

Contents hide
1 Resepi Sambal Ikan Bilis Kering Dan Rangup
1.1 Bahan-bahan
1.2 Cara Buat Sambal Ikan Bilis Kering Dan Rangup
2 Tip Sambal Ikan Bilis Rangup Tahan Lama
3 Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak
4 Ikan Bilis Mata Biru

Tambah-tambah bila dah selalu makan pedas tapi di asrama lebih kepada masakan manis-manis, asyik komplen jer.

Nak, tak nak, kesiankan anak yang belajar jauh dari rumah mama buatkan sambal ikan bilis kering dan rangup buat bekalan. Kalau dibotolkan boleh tahan sebulan atau lebih.

Kita harap dia boleh makan dengan nasi tapi bila tanya sedapnya bila makan dengan Maggi, sabar jer dengarnya. Tak apa lah janji hilang rindu dia kepada mama kan.

Sambal ikan bilis kering ini memang sedap, krup krap krup krap kalau mengunyah. Bila buat untuk anak di asrama, anak-anak di rumah pun nak juga. Terpaksalah buat lagi untuk yang di rumah pula.

Sambal Ikan Bilis Sedap dan ratah macam tu jer pun boleh ralit. Sesuai juga untuk bekalan ketika bercuti, menunaikan ibadah umrah dan ibadah haji.

Kalau nak senang beli jer di kedai macam Sambal Ikan Bilis Che Nor. Tapi kalau buat sendiri lagi puas hati, kan. Ada macam-macam versi nak buat Sambal Ikan Bilis Kering ni.

Ada resepi Sambal Ikan Bilis Kering Azie Kitchen dan Sambal Ikan Bilis Kering Che Nom untuk diikuti. Tapi MJ buat ikut cara sendiri kerana ikut selera kami satu famili.

Resepi Sambal Ikan Bilis Kering Dan Rangup

Bahan-bahan

  • 3 genggam ikan bilis
  • 2 gengam cili kering
  • 1 biji bawang holland
  • 2 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 5 biji bawang putih
  • ½ sudu besar pes asam jawa adabi
  • 1 kiub pati ayam
  • Garam dan gula

Cara Buat Sambal Ikan Bilis Kering Dan Rangup

  • Gunting separuh cili kering dan basuh bersih kemudian toskan. Kalau nak cepat boleh lap dengan kitchen towel.
  • Masuk minyak dalam kuali dan goreng cili kering sebentar. Bila dah agak garing angkat dan toskan. Biarkan sejuk.
Goreng cili kering untuk buat sambal ikan bilis kering yang sedap.
  • Kemudian kisar cili kering. Boleh juga kalau nak tumbuk guna lesung batu. Jalan singkat untuk proses ini ialah guna chili flakes yang dijual di kedai. MJ suka buat sendiri. Rasanya lebih sedap dan harum.
  • Basuh ikan bilis dan toskan. Masuk minyak dalam kuali dan goreng ikan bilis sehingga garing dan rangup. Angkat, toskan dan letak tepi.
  • Kisar bawang holland, bawang besar, bawang merah dan bawang putih.
  • Guna semula minyak menggoreng ikan bilis tadi. Tak perlu tapis serdak dalam minyak tersebut dan tak perlu risau kalau minyak agak banyak.
  • Tumis bahan kisar sehingga betul-betul layu.
  • Setelah benar-benar layu baharu masuk cili yang telah kisar tadi.
  • Bila dah sebati, masuk asam jawa Adabi dan kiub pati ayam. Guna pes asam jawa sebab kita mahukan sambal yang kering. Kalau guna perahan air asam jawa nanti sambal kita akan lembap dan basah.
  • Perasakan dengan gula dan garam ikut selera masing-masing.
  • Sambal telah siap dan sengetkan sedikit kuali agar dapat mengasingkan antara sambal dan lebihan minyak.
  • Biarkan sambal benar-benar sejuk.
  • Ambil sambal yang sudah sejuk dalam kuali dan masukkan ke dalam bekas. Kalau mahukan sambal yang benar-benar kering boleh tapis sambal tersebut. MJ suka yang lembap-lembap sedikit. Tapi kalau mahu sambal ikan bilis rangup tahan lama kena tapis sehingga kering sambal tersebut.
  • Tuang ikan bilis ke dalam bekas dan gaul sebati. Diingatkan sekali lagi proses menggaul ini kena sambal dan ikan bilis benar-benar sejuk. Kalau tak nanti kerangupan ikan bilis akan hilang.
  • Simpan dalam bekas kedap udara.
  • Beginilah cara buat sambal ikan bilis kering versi MJ. Sambal boleh tahan sehingga sebulan lebih tetapi kebiasaannya tak sempat simpan sebulan pun, sekejap jer dah habis.

Tip Sambal Ikan Bilis Rangup Tahan Lama

  1. Sebelum satukan sambal dan ikan bilis, pastikan kedua-duanya dah sejuk.
  2. Guna pes Asam Jawa Adabi.
  3. Kalau nak pedas berapi boleh tambah kuantiti cili kering.
  4. Simpan dalam bekas kedap udara. Lagi bagus kalau buat proses retort.

Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak

Sambal ikan bilis kering dan rangup ini berbeza dengan sambal ikan bilis nasi lemak. Bahan-bahan mungkin lebih kurang sama cuma cara buat sambal ikan bilis rangup yang membuatkan dua menu ini berbeza.

Selain masak sambal ikan bilis kering, resepi ikan bilis yang sedap ialah seperti sambal kentang ikan bilis rangup, sambal ikan bilis kering cili padi, sambal ikan bilis garing, sambal ikan bilis petai, sambal ikan bilis kentang, sambal ikan bilis tempoyak, sambal tempoyak bilis petai dan tempoyak kacau Perak.

Ikan Bilis Mata Biru

Ikan bilis yang paling popular ialah ikan bilis mata biru. Kebiasaanya ikan bilis mata biru ini boleh dibeli di Lumut atau Pulau pangkor, perak. Selain itu ikan bilis mata biru dari Sabah pun tidak kurang enaknya.

Sama ada fakta atau mitos, ikan bilis mata biru ini lebih rangup dan sedap berbanding ikan bilis biasa. Harganya ikan bilis mata biru agak kayangan juga. Boleh mencecah RM100 per kilogram.

Namun, ada pelbagai jenis saiz dan gred yang kitab oleh pilih ikut taraf hidup masing-masing. Ukur baju di badan sendiri.

Keistimewaan ikan bilis mata bitu ini ialah ianya ikan bilis halus yang tak perlu buang kepala dan tahi serta tak perlu kopek. Kopek ikan bilis ni memang buat kita ‘bercinta’ sungguh nak buat kan.

Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Kerisik Homemade Sedap & Tahan Lama
Kerisik homemade atau buat sendiri adalah rahsia paling penting dalam …

Kerisik Homemade Sedap & Tahan Lama

10 Resepi Bubur & Pengat Sebagai Pembuka Selera
Resepi Bubur | Sejak dari kecil kita didedahkan dengan makanan …

10 Resepi Bubur & Pengat Sebagai Pembuka Selera

About The Author

duniamyzan

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    September 17, 2023 0
  • Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara Sistematik
    Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara …
    August 23, 2023 0
  • 8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di Malaysia
    8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di …
    August 26, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh