MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Dapur
Cara Buat Baked Oreo Blackpink Cheesecake Viral 1 Malaysia
Diari Dapur

Cara Buat Baked Oreo Blackpink Cheesecake Viral 1 Malaysia

duniamyzan February 5, 2023

Oreo Blackpink | Penangan empat orang gadis yang menganggotai kumpulan mega wanita dari Korea Selatan, Blackpink ini sememangnya mencipta fenomena.

Contents hide
1 Resepi Baked Oreo Blackpink Cheesecake Viral
1.1 Bahan-bahan
1.1.1 Based/Dasar
1.1.2 Bahan Filling/Cheesecake
1.2 Cara Membuat
1.3 Cara Keluarkan Oreo Blackpink Cheesecake
2 Info Biskut Oreo Blackpink Edisi Terhad

Berebut-rebut jenama produk baik antarabangsa mahupun tempatan ingin menjadikan mereka sebagai duta mahupun spoke person.

Sebagai contoh jenama biskut kegemaran dunia keluaran Mondelēz International, Oreo bekerjasama dengan Blackpink sebagai penghias bungkusan biskutnya yang popular itu.

Namun kali ini amat luar biasa sekali sambutannya apabila Oreo menyertakan sekeping kad istimewa gambar anggota Blackpink (Oreo Blackpink Card) untuk dikumpul oleh peminat fanatik mereka.

Memang payah nak jumpa biskut edisi terhad ini kerana dah habis diborong oleh peminat fanatik Blackpink. Di kebanyakan rak hanya ada biskut Oreo yang biasa sahaja.

Biskut Oreo Blackpink yang viral dan susah nak dapat di pasaran.

Bagi meraikan kerjasama ini jom kita buat Baked Oreo Blackpink Cheesecake. Ada dua kaedah nak buat cheesecake atau kek keju ini.

  1. Cara bakar (baked in the oven)
  2. Cara sejukkan dalam peti sejuk (chill in the fridge)

Kali ini kita guna kaedah baked in the oven.

Cara buat Biscoff Cheesecake Tanpa Bakar Che Nom

Resepi Baked Oreo Blackpink Cheesecake Viral

Bahan-bahan

Based/Dasar

200gm biskut Oreo Blackpink, (kisar halus)
50gm mentega, dicairkan

Bahan Filling/Cheesecake

750gm cream cheese
130gm gula
½ sudu besar esen vanilla
3 biji telur (asingkan putih untuk buat meringue)
200gm whipping cream (pukul dahulu)
15 keping biskut Oreo Blackpink (patah separuh)

Cara Membuat

  • Cara buat dasar cheesecake: Keluarkan filling ke semua biskut Oreo yang telah ditimbang tadi. Patah dua dan masukkan ke dalam mesin pengisar. Kisar halus dan masukkan ke dalam bekas.
  • Cairkan mentega dalam microwave atau di atas dapur. Tuang mentega yang telah dicairkan ke dalam bekas yang berisi biskut Oreo yang telah dikisar tadi.
  • Setelah digaul sebati, masukkan ke dalam loyang springform 20cm yang telah digriskan. Tekan sedikit sehingga mampat tetapi jangan terlalu padat kerana nanti sukar untuk memotong Oreo Cheesecake nanti.
  • Bakar dalam ketuhar pada suhu 160°C selama 10 min kemudian ketepikan dan biarkan ia sejuk. Tak perlu tutup suhu ketuhar dan biarkan untuk membakar cheesecake nanti.
  • Cara buat filling cheesecake: Pukul cream cheese dan gula dalam bekas adunan sehingga lembut. Kemudian masuk esen vanilla. Pukul lagi hingga sebati.
  • Masuk kuning telur satu per satu. Dalam bekas yang lain pukul putih telur sehingga menjadi meringue.
  • Masukkan pula whipping cream yang telah dipukul sehingga kembang.
  • Kemudian masuk meringue tadi. Dalam proses ini gaul menggunakan senduk kayu sahaja.
  • Akhir sekali masukkan biskut Oreo Blackpink yang telah dibelah dua tadi ke dalam adunan filling. Gaul sehingga sebati.
  • Tuang filling Oreo Blackpink Cheesecake ke dalam loyang yang berisi based cheesecake itu tadi.
  • Cara bakar cheesecake: Bungkus loyang dengan aluminum foil sebab kita nak bakar menggunakan Teknik bain-marie (juga digelar teknik Double Boiler atau Steam Bath / Water Bath).
  • Kemudian letak dalam loyang ke dalam loyang yang lebih besar daripada loyang adunan yang telah diisi dengan air panas.
  • Masuk ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 160°C selama 50 minit atau hingga tengah kek hampir masak.
  • Biarkan kek sejuk selama 1 jam. Kemudian, bungkus dengan aluminium foil dan sejukkan sekurang-kurangnya 5 jam atau semalaman di dalam peti sejuk.
Bakar Oreo Blackpink Cheesecake guna kaedah Bain Marie.

Cara Keluarkan Oreo Blackpink Cheesecake

  1. Bila nak makan Oreo Blackpink Cheesecake yang tengah viral tu kena menggunakan teknik untuk mengeluarkannya daripada loyang.
  2. Jika kita mengeluarkan tanpa menggunakan teknik ini bimbang kek akan melekat pada loyang dan sukar untuk dikeluarkan. Mungkin boleh terpatah dua atau kek dah tak cantik.
  3. Caranya mudah sahaja iaitu, gunakan tuala bersih dan celupkan ke dalam air panas seketika. Perah sedikit tuala itu namun berhati-hati kerana air panas boleh mencederkan kulit kita. Boleh gunakan thong untuk membantu memerah tuala tersebut.
  4. Balut tuala panas itu di sekeliling loyang dan biarkan seketika. Selepas menggunakan teknik ini mudah sahaja nak keluarkan Oreo Blackpink Cheesecake yang dah tak sabar nak makan tu.

Info Biskut Oreo Blackpink Edisi Terhad

  • Oreo dan kumpulan K-Pop Blackpink bergabung sekali lagi menggunakan warna hitam dan pink sebagai warna bungkusan oreo yang selama ini hadir dalam warna biru sahaja.
  • Biskut Oreo Blackpink Edisi Terhad boleh dibeli di pasaran bermula bukan Februari 2023.
  • Oreo x Blackpink Edisi Terhad ini eksklusif dijual bagi pasaran Asia sahaja.

Baca juga; Singgang Kepah Super Mudah

Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

10 Resipi Cucur Mudah & Sedap Pikat Hati Suami
Resipi Cucur | Sebenarnya nak buat cucur ini sangat mudah …

10 Resipi Cucur Mudah & Sedap Pikat Hati Suami

4 Cara Buat Sambal Belacan Sedap Terpaling Power
Sambal belacan adalah sambal yang terkenal dan popular di Malaysia …

4 Cara Buat Sambal Belacan Sedap Terpaling Power

About The Author

duniamyzan

8 Comments

  1. Netty Ah Hiyer

    Ya ampun.. kenapa sedap sangat nih.. blackpink pun blackpink lah.. hahaha

    February 5, 2023
  2. MAMA REEN

    Macam sedap je sis, terus rasa nak cari kt kedai

    February 7, 2023
  3. Siennylovesdrawing

    So so sedap this black pink oreo cheesecake, thanks for this recipe, gonna grab the Oreo & make this cheesecake. Cheers Siennylovesdrawing

    February 10, 2023
  4. Atul Hamid

    wah mesti sedap ni. oreo dahla memang feveret anak². Thanks untuk resipi, bebila nanti boleh cari bahan n buat

    February 12, 2023
  5. MrsPip

    Wah amboi2 Oreo pun x nak ketinggalan nak collaborate juga dengan BlackPink .. haish, bilalah dapat merasa pink Oreo ni .

    February 12, 2023
  6. ziana eunos

    Tq share resepi. Sekarang kan femes oreo blackpink tu. Nampak sedap kek dia😍

    February 12, 2023
  7. Yong

    tudia…mai baca entry memalam camni dan dan rasa nak jilat skrin ..hahaa menggoda sungguh !

    February 13, 2023
  8. sofea

    mengancam sungguh kek nie … tengok pun dh terliur… 🙂

    February 16, 2023

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
    Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini …
    September 6, 2023 0
  • 6 Cara Memilih Beras Yang Baik & Berkualiti
    6 Cara Memilih Beras Yang Baik & …
    September 4, 2023 0
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
    Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear …
    September 17, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh