MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Dapur
Biscoff Cheesecake Tanpa Bakar Resipi Che Nom
Diari Dapur

Biscoff Cheesecake Tanpa Bakar Resipi Che Nom

duniamyzan June 28, 2021

Biscoff Cheesecake tanpa bakar atau Kek Viral ini memang teringin sangat nak cuba. First time beli dengan kawan yang juga baker nun jauh di Kluang.

Contents hide
1 Harga Mampu Milik
2 Kek Kayangan
2.1 Biscoff Cheesecake Che Nom
2.2 Tip Keluarkan Kek Daripada Loyang

Kebetulan dia nak datang Shah Alam, kitaorang pun beli. Kata support kawan-kawan kan! Sedap, tapi masa tu beli 2 slices kongsi dengan anak-anak, memang tak cukup lah.

Nampak pula Che Nom share resipi kek yang menjadi idaman hati ni terus semangat terus nak buat sendiri. Yang penting Biscoff Cheesecake tanpa bakar pula tu.

Terus teliti semua bahan yang digunakan dan cuba lengkapkan segala keperluan untuk buat kek viral aka Biscoff Cheesecake tanpa bakar ni.

Suatu ketika dulu jenama Biscoff ini jadi viral. Maka ramailah mula mencari tapi tak semua kedai bakeri ada jual. Cabarannya adalah sangat susahnya nak dapat stok. Pasar raya pun tak ada jual.

Biasanya beli kat Personal Shopper, harga jangan cakaplah, 1 botol spread yang mempunyai berat 380gm tu boleh mencecah harga RM40 sebotol. Tapi demi nak cuba yang viral kan, pejam mata jer beli. Itu belum lagi nak beli biskut dia pulak.

Harga Mampu Milik

Sekarang harga Lotus Biscoff ni dah turun sikit dan dah boleh beli di pasar raya seperti Jaya Grocer, Lotus dan Aeon Supermarket. Saya tak tahu Aeon lagi ada tak, tapi dekat Shah Alam Mall ada. Harga boleh dapat RM18 sebotol spread tu.

Bahan utama nak buat Biscoff Cheesecake tanpa bakar.
Jenama ni tiba-tiba tular, padahal dah lama dah wujud.

Sebenarnya jenama ni dah ada di pasaran sejak tahun 1932 lagi, tapi bukan di Malaysia. Rasa rangup karamel dan rempah istimewanya menjadikan ia lain daripada yang lain. So, kalau nak jadi popular kena lain daripada yang lain, ek?

Kek Kayangan

Makanya jadilah Biscoff Cheesecake tanpa bakar untuk minum petang ni. Harga sebiji kek ini kalau beli boleh mencapai RM180. Tapi biasanya yang mahal-mahal ni dorang guna bahan premium. Buat untuk makan sendiri pun boleh jugak guna bahan premium, kan.

Cuba rasa Burnt Cheesecake

Kali ni saya cuba ikut resepi Biscoff Cheesecake tanpa bakar atau kek keju yang viral seperti yang dikongsi oleh Cik Nom. Tak ada masalah kalau tak ada oven, sejukkan dalam peti sejuk jer.

Kek keju tak perlu bakar kekdahnya. Kalau nak full version boleh cari di YouTube Channel Cik Nom. Seperti biasa ada derhaka sikit sebab ikut tekak sendiri.

Hasil Biscoff Cheesecake tanpa bakar yang sedap dan menyelerakan.

Biscoff Cheesecake Che Nom

BAHAN-BAHAN;
1 bungkus/156g biskut Lotus Biscoff – MJ tambah jadi 250gm sebab suka kerak yang tebal.
5 sudu besar/71g mentega – MJ tambah 1 sudu lagi nak bagi balance.
500g cream cheese
¼ cawan /32g gula aising (boleh kurang kepada 3 sudu besar untuk kurang manis)
260g Lotus Biscoff Spread Smooth – MJ pakai yang crunchy.
⅛ sudu kecil garam halus
1 cawan/ 250ml dairy whipping cream – jangan pakai yang non-diary tau, kalau tak meleper cheesecake kita nanti kalau bukak daripada acuan. Dia jadi tak kental.
Bahan untuk hiasan:
140g Lotus Biscoff Spread Smooth
2 sudu besar serbuk biskut Lotus Biscoff

CARA MEMBUAT:

  1. Kisar biskut dan cairkan mentega. Gaul rata dan tekan dalam bekas adunan (bekas adunan yang buat cheesecake tau! Jangan guna loyang kek biasa pulak). Sejukkan.
  2. Lembutkan cheese dengan gula kemudian tambah spread Lotus Biscoff.
  3. Dalam bekas lain, pukul whipping cream sampai kental kemudian masukkan ke dalam adunan cheese. Kalau tak yakin boleh tambah gelatin. Tapi saya tak suka masukkan gelatin ke dalam masakan saya sebab kena betul-betul confirm kehalalannya.
  4. Gaul rata dan masukkan ke dalam adunan. Che Nom guna loyang 9 inci tapi saya guna 8 inci sebab kek jadi tinggi sikit.
  5. Masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan sekurang-kurangnya 6 jam. Kalau nak senang buat malam, esok petang boleh keluarkan dan makan.
  6. Bila kek dah sedia, letakkan bahan hiasan mengikut kreativiti masing-masing. Tak nak letak pun tak apa, makan terus jer.

INFO: Bila dah berusia 40 tahun ke atas kena jaga kesihatan dan pemakanan. Usah lupa buat pemeriksaan Mamogram Percuma Atau Berbayar.

Tip Keluarkan Kek Daripada Loyang

  • Masa nak keluarkan kek daripada loyang guna tuala bersih dan rendam sekejap dalam air panas. Kemudian perah dan tekap tuala tersebut di keliling loyang beberapa saat. Cara ini dapat bantu kek keluar dengan mudah.
Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

6 Cara Buat Paling Sedap Ayam Masak Kicap 2023 
Ayam masak kicap ni memang all-time favourite. Ramai yang suka …

6 Cara Buat Paling Sedap Ayam Masak Kicap 2023 

Cara Simpan Telur Dengan Betul Agar Tahan Lama
Telur banyak digunakan untuk membuat kek dan biskut.

Cara Simpan Telur Dengan Betul Agar Tahan Lama

About The Author

duniamyzan

5 Comments

  1. azni

    sedapnya …. nanti nak pi rumah cik atui… buat tau

    June 29, 2021
    • duniamyzan

      boleh jer nak buatkan, mari lah datang rumah 🙂

      June 29, 2021
  2. HASNITA SAWAL

    sedap & senang kan resipi che nom..i pn dh try buat tp sekali jelah, tak tau bila nk repeat lg hahaha

    June 30, 2021
  3. netty

    Hebatnya kak.. saya nak order jelah dengan akak.. sebab kalau buat sendiri memang takkan jadi punya.. hahaha

    July 2, 2021
  4. Sofea

    Sedaaapppp nyeerrrr. 🤤🤤🤤

    July 11, 2021

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    September 17, 2023 0
  • Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara Sistematik
    Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara …
    August 23, 2023 0
  • 8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di Malaysia
    8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di …
    August 26, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh