Kerabu Mangga Simple Dan Sedap | Tengok buah mangga bergayut-gayut di atas pokok memang betul-betul mengundang. Tiba-tiba teringin nak makan kerabu mangga yang sedap tapi mudah disediakan.
Nak cerita sikit pasal pokok mangga depan rumah ni. Alhamdulillah, pokok mangga ni sering berbuah lebat dan manis bersari. Anak pokok mangga Chukonan ni beli di pasar tani di Melaka. Secara spesifiknya beli kat kampung encik suami lah.

Masa beli tu kecil jer pokoknya, tinggi paras lutut jer. Kemudian tanam pokok depan rumah dan setelah 5 tahun membesar dengan baik. Buah-buah yang dihasilkan daripada pokok ni tak pernah menghampakan.
Ramai juga yang dapat merasa buah mangga ni. Kalau dah rasa sekali pasti akan minta lagi. Kalau tak masakan menjadi tumpuan burung dan tupai, kan.
Binatang pun datang lagi makan mangga ni sebab memang manis dan jarang busuk. Tak apalah kita berkongsi rezeki.
Ada petua nak bagi buah mangga lebat, manis dan jarang busuk. Mungkin kita boleh kongsi di lain entri.
Raja Buah
Buah mangga ini dapat gelaran Raja Buah dan diperakui seluruh dunia. Selama hari ni MJ ingat durian tu Raja Buah, rupanya bukan. Durian digelar Raja Buah oleh orang Asia jer. Tetapi mangga mendapat jolokan Raja Buah di seluruh dunia.
Terdapat pelbagai variasi buah mangga. Antara yang terkenal sudah pasti buah mangga dari negara kita sendiri iaitu Harum Manis.
Nama-nama mangga lain yang popular di negara kita ialah seperti Chukonan, Water Lily, Mangga Susu, Mangga Mas Hitam, dan lain-lain. Ini variasi mangga yang sedap dimakan bila telah masak.
Ada juga mangga yang sedap dimakan masa muda seperti mangga (mempelam) padi dan mangga telur.
Mangga muda sedap dibuat colek, jeruk dan kerabu.
Buah mangga bukan sahaja sedap dimakan tetapi memang kaya dengan khasiat. Terdapat banyak khasiat buah mangga dan ini di antaranya. Mari berkenalan dengan Raja Buah ini.
Khasiat Buah Mangga
Membantu Menurunkan Kolesterol
Buah mangga kaya dengan vitamin C, pektin dan serat yang tinggi. Ia membantu menurunkan kadar kolestrol dalam badan.
Mangga juga kaya dengan kalium. Buah mangga juga mampu mengawal degupan jantung dan tekanan darah.
Menjaga Kesihatan Mata
Buah mangga mempunyai khasiat vitamin A yang tinggi. Ada kajian yang mengatakan sehiris buah mangga bersamaan dengan 25 peratus keperluan harian vitamin A.
Buah mangga merupakan pilihan terbaik untuk mata kerana boleh membantu meningkatkan penglihatan. Buah mangga juga boleh mmebantu mengatasi masalah mata kering dan mengatasi rabun.
Meningkatkan Kekebalan Tubuh
Buah mangga mempunyai gabungan vitamin C dan vitamin A serta 25 jenis karotenoid. Sumber nutrisi ini dapat membantu menjaga sistem kekebalan tubuh agar kekal sihat.
Mangga menjadi sumber nutrisi yang membantu meningkatkan kekebalan diri serta membantu melawan jangkitan penyakit.
Buah mangga juga kaya dengan folat, vitamin K, vitamin E dan beberapa vitamin B yang membantu meningkatkan imunisasi tubuh.
Boleh cuba juga resepi Kerabu Kerang
Ada beberapa resipi Kerabu Mangga Simple Dan Sedap tapi resipi yang dikongsikan kali ini paling simple dan mudah disediakan.

Resipi Kerabu Mangga Simple Dan Sedap
Bahan-bahan;
1 biji mangga muda
1 batang serai
1 bunga kantan
1 biji bawang besar
2 biji cili padi merah
5 biji cili padi hijau
Segenggam ikan bilis
Segenggam kacang tanah
Garam dan gula
2 sudu besar sos ikan
1 biji limau nipis
Cara Membuat;
- Kerabu Mangga Simple Dan Sedap | Goreng kacang tanah dan ikan bilis sehingga garing. Tumbuk kasar dan ketepikan.
- Buang kulit mangga dan sagat atau hiris nipis. Masuk ke dalam bekas aduanan.
- Hiris nipis, serai, bunga kantan, bawang besar dan cili padi. Campur ke dalam bekas berisi mangga.
- Gaul bahan-bahan hirisan tadi dan masuk gula dan garam secukup rasa.
- Masuk sos ikan dan perah limau nipis. Gaul rata.
- Akhir sekali tabur ikan bilis dan kacang tanah yang sudah ditumbuk dan gaul rata.


Tip
- Kerabu Mangga Simple Dan Sedap | Kalau suka makan pedas boleh tambah bilangan cili.
- Kerabu Mangga Simple Dan Sedap | Ambil serai bahagian yang lembut dan tidak berurat.
- Kerabu Mangga Simple Dan Sedap | Kalau malas goreng kacang tanah boleh beli kacang yang siap dijual.
Baca juga; Cara Masak Kupang Paling Sedap
Sofea
Terliur tengok kerabu mangga sis nie… Tengok pun dh tau sedap.. 😋😋😋