MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Dapur
Resipi Cranberry Cream Cheese Bun Sedap Tak Hingat
Diari Dapur

Resipi Cranberry Cream Cheese Bun Sedap Tak Hingat

duniamyzan August 29, 2022

Resipi Cranberry Cream Cheese Bun | Makan roti yang dibuat sendiri, nikmatnya memang lain macam. Tambah-tambah kalau makan masa panas-panas memang sedap tak hingat.  

Contents hide
1 Resipi Cranberry Cream Cheese Bun
1.1 Bahan-bahan;
1.2 (A) Tangzhong
1.3 Cara Membuat;
1.4 (B) Cream Cream Filling
1.5 Cara Membuat;
1.6 (C) Cranberries
1.7 Cara Membuat;
1.8 (D) Doh
1.9 Cara Membuat;
2 Tip

Pertama kali makan Cranberry Cream Cheese Bun ni di The Loaf. Masa tu The Loaf di SOGO Kuala Lumpur. Sekarang dah tak ada rasanya, lagi pun dah lama tak pergi SOGO Kuala Lumpur.

Memang wajib singgah beli roti ni kalau lalu di kawasan situ. Rasa lembut roti yang dipenuhi dengan buah kranberi dan cheese di dalamnya memang boleh buat gila bayang.

Kemudian terjumpa pulak kedai bakeri dalam Jaya Grocer yang jual roti ni. Bila anak-anak pun suka roti ni memang merasa sikit soranglah. Sebab harga dia boleh tahan.

Sekali cuba Resipi Cranberry Cream Cheese terus jadi.

Sebenarnya dah lama cari Resipi Cranberry Cream Cheese Bun ni. Teringin nak buat sendiri, manalah tahu lebih sedap daripada yang selalu beli.

Terjumpa Resipi Cranberry Cream Cheese Bun ini di blog dreamersloft.blogspot.com. Teruja nak cuba sebab bahan-bahan pun semua dah cukup.

Biasa MJ buat roti guna bread maker tapi kali ini nak cuba guna mixer ikut cara seperti dalam Resipi Cranberry Cream Cheese Bun dalam blog tersebut.

Resipi Cranberry Cream Cheese Bun menggunakan satu teknik istimewa dalam pembuatan roti. Ia dikenali sebagai Tangzhong.

Tangzhong or water roux is a cooked mix of flour and water used in breadmaking. It makes the bread softer and increases its shelf life.

(https://oventales.com)

Resipi Cranberry Cream Cheese Bun

Bahan-bahan;

(A) Tangzhong

  • 50gm tepung roti
  • 250gm air

Cara Membuat;

  1. Masuk tepung dan air ke dalam dan kacau sebati.
  2. Panaskan adunan dengan api kecil dan kacau sekata.
  3. Masak adunan sehingga 65°C (Kalau tak ada pengukur suhu, boleh agak-agak jer. Adunan akan kelihatan likat sehingga garisan halus tak kelihatan. Macam masak adunan bubur sum sum)
  4. Ketepikan adunan daripada api dan tutup dengan cling wrap atau penutup periuk (untuk elak adunan jadi kering) dan biarkan ianya sejuk.

(B) Cream Cream Filling

  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula aising
  • 25gm susu segar

Cara Membuat;

  1. Masuk cream cheese, gula dan susu ke dalam bekas adunan dan pukul sehingga sekata dan berkrim.
  2. Kaup adunan ke dalam piping bag dan masuk ke dalam peti sejuk sebelum digunakan.

(C) Cranberries

  • 60gm cranberries

Cara Membuat;

  1. Basuk dan rendam cranberries kering di dalam air selama 15 minit
  2. Tos dan keringkan. Ketepikan.

(D) Doh

  • 210gm tepung roti
  • 56gm tepung kek
  • 20gm susu tepung
  • 42gm gula kastor
  • ½ sudu teh garam
  • 6gm instant dry yeast
  • 84gm tangzhong
  • 85gm air
  • 30gm telur
  • 22gm unsalted butter

Cara Membuat;

  1. Masuk garam, tepung roti, tepung kek, susu tepung, gula, yis (bahan kering) ke dalam bekas adunan. Elakkan letak garam dan yis bersekali. Gaul sekejap dengan sudu.
  2. Kemudian masuk tangzong, air dan telur (bahan basah) dan pukul dengan mixer dalam kelajuan rendah menggunakan dough hook.
  3. Bila adunan dah sekata naikkan kelajuan mixer dalam kelajuan sederhana.
  4. Apabila adunan sudah bersatu, masuk mentega.
  5. Pukul adunan dalam kelajuan sederhana sehingga doh menjadi elastik dan lembut atau doh tidak melekat di bekas adunan. Kalau nak uji doh sudah sedia atau belum, ambil secubit doh dan tarik. Doh yang sudah sedia apabila menjadi elastik.
  6. Masuk cranberries kering dan pukul adunan selama 1 minit.
  7. Kaup doh dan uli menjadi bulat macam bola. Kemudian masukkan ke dalam bekas yang telah disapu minyak. Pastikan guna bekas yang agak besar daripada aduanan.
  8. Tutup bekas dengan cling wrap dan biarkan adunan selama 40 minit pada suhu ruang atau sehingga adunan menjadi dua kali ganda.
  9. Untuk mempastikan doh sudah sedia, salut jari dengan tepung dan cucuk ke dalam adunan. Bila lubang yang dibuat kekal bermakna doh sudah sedia untuk digunakan.
  10. Potong doh mengikut saiz yang digemari dan buatkan doh menjadi bulat seperti bola. Boleh juga membuat saiz yang comel dengan menyukat 35gm setiap adunan. Boleh dapat lebih kurang 16 potongan roti.
  11. Tutup aduanan dan biarkan doh berehat selama 10 minit.
  12. Canai aduan kecil tersebut dan penggelek (rolling pin) tabur sedikit tepung agar adunan tidak melekat dan paipkan filling cream cheese di tengah-tengah doh. Jangan kedekut masa meletak filling sebab kalau sikit tak sedap roti kita.
  13. Kemudian, tutup filling dengan rapi dan pastikan filling tidak melimpah keluar adunan. Leperkan adunan dengan tapak tangan.
  14. Letakkan adunan yang telah siap di atas dulang pembakar yang telah digris atau diletakkan kertas pembakar. Jarakkan antara satu doh dengan doh yang lain lebih kurang 2cm.
  15. Kemudian letak kertas pembakar di atas adunan dan letakkan dulang pembakar di atasnya. Ini bertujuan memberi bentuk bun kita nanti seperti yang dikehendaki (macan dekat The Loaf).
  16. Boleh juga membiarkannya tetapi nanti adunan roti yang menjadi seperti adunan roti yang biasa (fahamkan apa maksud MJ).
  17. Biarkan adunan doh berehat selama 40 minit. Sementara itu panaskan ketuhar 210°C, api atas dan bawah.
  18. Bakar adunan selama 12 minit (bakar doh menjadi seperti sandwich yang diletakkan dulang pembakar di atasnya.
  19. Bila dah masak, angkat aduan daripada dulang pembakar dan biarkan sejuk di atas jaring.
  20. Bila roti kita dah sejuk simpan di dalam bekas yang kedap udara. Tapi biasanya sekejap jer dah habis.

Tip

  • Untuk buat resipi Cranberry Cream Cheese Bun ini MJ buat bahan (C) terlebih dahulu. Pastikan kranberi betul-betul kering sebelum dimasukkan ke dalam adunan.
  • Kemudian baharu buat adunan (B) Cream Cream Filling dan biarkan sejuk di dalam peti sejuk ketika buat resipi Cranberry Cream Cheese Bun ini.
  • Mengikut resipi Cranberry Cream Cheese Bun kena buat Tangzhong. Sebelum menyediakan, doh MJ sediakan bahan (A) Tangzhong pula. Aduan ini cepat sejuk dan boleh digunakan ketika diperlukan.

Baca juga; Kerabu Mangga Simple Dan Sedap

Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
Baca tentang Khasiat Cendawan Susu Harimau memang sangat menarik. Tambah-tambah …

5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru

Biscoff Cheesecake Tanpa Bakar Resipi Che Nom
Biscoff Cheesecake tanpa bakar atau Kek Viral ini memang teringin …

Biscoff Cheesecake Tanpa Bakar Resipi Che Nom

About The Author

duniamyzan

2 Comments

  1. nettyahhiyer

    Bestnya kak Myzan pandai buat pastri.. zup zap zup zap jadi.. mesti sedap air tangan kak myzan ni..

    August 31, 2022
  2. sofea

    tengok pun dh nampak sedap.. kalau dapat rasa mesti kebaboommm… 🙂

    September 2, 2022

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    September 17, 2023 0
  • Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara Sistematik
    Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara …
    August 23, 2023 0
  • 8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di Malaysia
    8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di …
    August 26, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh