Cara Tanam Pokok Chaya | Hujung minggu lepas ada acara ad hoc melawat kebun rakan sekerja dulu dan kini rakan blogger terkenal Netty Ah Hiyer.
Kenapa ad hoc? Sebab tak merancang beriya-iya. Betul orang cakap kalau rancang betul-betul mesti tak jadi. Tapi bila tak dirancang, tup tup terus jadi.
Mula-mula tu, saja tulis “Nanti nak buat sesi lawatan lah,” di ruangan komen Facebook Netty bila dia berkongsi tentang hasil kebunnya yang terletak di Kampung Budiman, Klang.
Bukan apa sebab geram tengok hasil berbudi pada tanah. Tambah-tambah tengok bunga kantan yang kembang cantik jer.
Tiba-tiba Intan Jastina pakat ajak pergi sama-sama. Ini yang orang kata the more the merrier. Lepas tu, terus set date dan terus jadi.
Maka petang Ahad lepas sampai ke kebun Netty yang tak jauh mana. Setengah jam dah sampai. Teruja sungguh masuk kebun walaupun kebun orang. Sampaikan anak bujang cakap tak menyesal ikut mama.
Cara Tanam Pokok Chaya
Hari ini juga telah melakar sejarah dalam hidup MJ apabila mula berkenalan dengan pokok Chaya. Siapa sama macam MJ tak pernah kenal pokok Chaya, sep sikit.
Intan yang bagi batang daun Chaya ni untuk tanam. Kalau tengok batang pokok Chaya ni macam pokok ubi tapi bentuk daunnya macam daun betik.
Tajam-tajam rupa paras daun dia. Lagi teruja bila tahu rupanya daun Chaya ni lebih popular digelar ajinomoto semula jadi. Memang ini kali pertama dengar istilah ni.
Bila masukkan daun Chaya dalam masakan ia akan memberi impak sebagai bahan perisa dalam makanan.
Cara tanam pokok Ajinomoto (Chaya) ni pun mudah saja. Cucuk batangnya dalam tanah, macam pokok ubi kayu. Kata Intan pokok Chaya ni mudah hidup. Janji cukup air dan cahaya.
Kami tanam dulu dalam polybag, maklumlah bukan ada kawasan tanah pun kat rumah ni. Tapi berangan nak tanam macam-macam kan.
Kalau hidup nanti nak pindahkan ke pasu. Harap-harap hidup lah. Dua tiga hari lepas letak dalam polybag tu, Nampak macam ada perkembangan yang positif.
Cara Masak Pokok Ajinomoto (Chaya)
Bila dah ‘berkenalan’ dengan daun Chaya ni, mulalah cari info tentang daun ajinomoto semula jadi ni.
- Rupanya dikatakan daun Chaya atau pucuk ubi ajinomoto ni tak boleh dimakan mentah sebagai ulam. Ada yang mengatakan boleh dimakan mentah. Namun, tiada fakta sahih tentang ini.
- Daun Chaya boleh dimakan selepas dicelur atau direbus. Itupun disarankan tempoh masa untuk mencelur atau merebus daun Chaya ni ialah 15 minit.
- Selain itu, daun Chaya boleh juga dijadikan sebagai penambah rasa dalam makanan. MJ hiris halus daun Chaya macam hiris daun kunyit yang nak masak Rendang Pedas Perak.
Pertama kali makan daun Chaya yang direbus terus jatuh cinta. Rasanya lembut dan tak pahit. MJ cecah pula dengan kuah pecel memang terasa nikmat makannya.
Dalam hati sentiasa ucap alhamdulillah atas rezeki yang Allah SWT kurniakan dan berdoa agar pokok Chaya yang ditanam depan rumah tu menjadi. Boleh makan selalu.
Tak tahulah imaginasi MJ atau apa, tapi memang berbeza rasanya. Kali pertama MJ masak tomyam ayam lepas tu masak sambal sardin letak daun Chaya ni. Rasa lebih sedap daripada biasa-biasa.
Cara Simpan Pokok Ajinomoto Agar Tahan Lama
Kalau ada tanam pokok Chaya ni mesti tak ada masalah nak simpan kan. Bila-bila teringin petik saja daun Chaya dan boleh dimakan.
Tapi kalau tak berkesempatan nak tanam pokok Chaya tapi ada stok daun ajinomoto semula jadi ini, ambil daunnya dan masukkan dalam plastik zip lock. Kemudian simpan dalam peti sejuk beku atau freezer. Bila nak pakai ambil saja daun dan hiris halus.
Pucuk Ubi Kerinting
Kesian MJ, banyak tentang daun dan pucuk-pucuk yang tak berapa nak tahu. Masa lawatan ke kebun Netty tu baharu berkenalan dengan pucuk ubi kerinting.
Dikatakan pucuk ubi kerinting ini pucuk ubi yang paling sedap dan nombor satu.
MJ cuba celur sikit cecah dengan sambal belacan. Perghh…memang terangkat. Sedap sangat. Kalau ikutkan perut dah kenyang bila mak Netty hidang lontong jawa original. Teringat-ingat lontong air tangan mak Netty tu.
Boleh cuba Resipi Lontong Sayur Lodeh ni. Tapi tak sama dengan Lontong Jawa.
Siennylovesdrawing
Ohh… that’s interesting to learn about this plant from your sharing, it’s my 1st time heard this including how to plant & cook it. Cheers Siennylovesdrawing
MrsPip
Hehe, first time dengar nama pokok ajinamoto ni. Kalau x baca smpai habis, ingatkan boleh dapat ajinamoto yg sebenar ..
ziana eunos
Pertama kali dengar dan baru tahu ada nama pokok ajinomoto ni. Info menarik. Tq share
yong
wah,baru tau ada pokoknya ..yong pun memang tak guna aji ni..maybe sebab tu x ambil tau sangat ..tq for info,menjejes tengok rendang
Bonde Zaidalifah
betullah Ajinomoto terhasil dari pokok ubi kayu rupanya dari daun ubi kereteng hehehe tapi daun chaya tu nampak macam daun betik pula…
Shida Rahmat
baru tau ada pokok ajinamoto. terima kasih kongsi info ni. memang betul semulajadi ni
Acoi
Pembetulan sikit…daun ajinomoto X perlu dicelur.boleh dimakan mentah2 mcm ulam…daun dibasuh bersih terus masukkan dlm masakan…X perlu risau keracunan.dah dibuktikan.