MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Dapur
Kuali Non Stick Bahaya Jika Calar, Tapi Usah Buang Dulu
Diari Dapur

Kuali Non Stick Bahaya Jika Calar, Tapi Usah Buang Dulu

duniamyzan October 5, 2022

Kuali Non Stick Bahaya | Memasak di dapur menggunakan cookware ni ikut keselesaan masing-masing. Ada yang pilih jenama, ada yang pilih ketahanan, ada yang pilih ikut warna dan tak kurang juga pilih ikut bajet.

Apa pun pilihan tepuk dada tanya poket masing-masing. Paling utama kita boleh masak untuk keluarga dengan niat kerana Allah SWT. Sudah tentu pahala dicatit oleh Malaikat Raqib, subhanallah.

Salah satu cookware yang popular digunakan ialah kuali kalis lekat atau kuali non stick. MJ pun suka masak pakai kuali non stick ni terutama kalau goreng bihun. Bihun tak melekat dan aktiviti menggoreng akan jadi lebih sekata.

Ramai yang cakap kuali non stick bahaya digunakan dan boleh menjadi punca utama kepada kanser. Betul ke?

Sebenarnya kuali non stick bahaya sekiranya permukaan dah tercalar atau terhakis. Jika permukaannya masih elok boleh saja gunakannya walau sudah berusia 20 tahun.

Contents hide
1 Kuali Non Stick Yang Selamat
2 Cara Jaga Periuk Non Stick
2.1 Cara Cuci Kuali Non Stick
2.2 Peralatan Memasak
3 Usah Buang Kuali Non Stick Boleh Guna Untuk Membakar
3.1 Bahan-bahan;
3.2 Cara Membuat;
3.3 Langkah 1
3.4 Langkah 2

Kuali Non Stick Yang Selamat

Kuali non stick atau kalis lekat ini adalah kuali yang ada lapisan (coating) dekat dasar kuali tu yang membuatkan masakan tak melekat di kuali. Lapisan tu selalunya diperbuat daripada pelbagai jenis bahan seperti;

  • PTFE
  • Seramik dan Enamel
  • Silikon
  • Granite

Jadi, tidak kira apa sahaja jenama yang digunakan, kuali non stick yang selamat digunakan adalah apabila permukaannya masih dalam keadaan elok.

Sekiranya terdapat calar atau hakisan pada pemukaan kuali kalis lekat ini, itu yang dikhuatiri mungkin menjadi penyebab kanser.

Kuali Non Stick Bahaya sekiranya sudah tercalar atau terhakis.
Kuali Non Stick yang masih elok lapisan permukaannya.
Kuali Non Stick yang sudah bercalar dan terhakis permukaannya.

Cara Jaga Periuk Non Stick

Tidak susah sebenarnya cara jaga periuk non stick ni cuma perlu sedikit kerajinan. Kita dah beli perkakasan memasak yang mahal-mahal kena put effort sikit menjaganya agar tahan lama.

Cara Cuci Kuali Non Stick

  1. Paling penting usah cuci kuali non stick ketika masih panas. Selepas memasak, biarkan kuali kalis lekat ini sejuk dahulu baru dibasuh dengan sabun dan dibilas dengan air bersih. Biarkan kuali kalis lekat kering pada suhu bilik. Boleh juga lap kering dengan tuala pengelap atau tisu
  2. Satu lagi pantang kuali kalis lekat ini usah masukkan ke dalam mesin pembasuh pinggan mangkuk atau dishwasher.
  3. Satu lagi BIG NO ketika mencuci kuali kalis lekat ini ialah menggunakan berus dawai atau berus keluli. Memang pantang sangat-sangat. Langkah pertama untuk buang benda melekat di kuali ialah rendam kuali kalis lekat dengan sabun. Dah rendam tapi masih ada masakan yang melekat pada permukaan kuali. Mudah saja caranya. Letak kuali kalis lekat atas dapur dan masukkan sedikit air. Kacau dengan senduk kayu dan insyaallah makanan yang melekat pada permukaan kuali kalis lekat ini akan hilang. Kemudian boleh cuci macam biasa.

Peralatan Memasak

Kalau sayang dengan kuali kalis lekat usah guna senduk besi atau sudu mahupun benda tajam. Sebaik-baiknya guna senduk atau sudip kayu bagi mengelakkan permukaan kuali kalis lekat tercalar mahupun terhakis.

Usah Buang Kuali Non Stick Boleh Guna Untuk Membakar

Seperti yang dijelaskan kuali non stick bahaya sekiranya dah tercalar. Jadi bila kita dah jaga kuali kalis lekat ini dengan baik namun masih bercalar atau terhakis lebih baik elakkan daripada menggunakannya.

Tapi, tak perlu buang dulu sebab ada cara yang boleh kita guna untuk kuali non stick bahaya ini. Caranya ialah kita gunakan untuk jadi tempat bakar bakar gril ikan atau ayam.

Ini adalah cadangan cara membakar ikan untuk orang yang tak ada kawasan membakar di rumah seperti apartment atau rumah teres.

Kalau di rumah kampung tak perlu guna cara ini. Bakar ikan di kawasan lapang belakang rumah, seronoknya. Mengimbau sangat.

Bahan-bahan;

Kuali kalis lekat yang telah rosak
Dawai gril bentuk bulat (MJ beli di Daiso)
Arang
Starter
Tapis keluli

Cara Membuat;

Langkah 1

Bakar arang di dalam tapis keluli di atas dapur gas. Pastikan pasang hob dapur sebab nanti satu rumah penuh dengan asap arang.

Tak senang juga nak hidupkan arang, kalau kat kampung dulu Mak MJ guna getah tayar nak hidupkan api. Sekarang kita guna starter saja.

Bolehlah daripada tak ada. Membantu juga nak hidupkan api.

Satu lagi tip yang paling berguna nak hidupkan api ialah bantuan kipas. Kalau tangan masih kuat boleh guna kipas tangan. Kalau nak cepat guna kipas letrik tu. Tapi MJ guna kipas USB jer.

Langkah 2

Bila arang dah jadi bara, letakkan arang ke dalam kuali kalis lekat kita yang dah rosak tu. Kemudian letakkan dawai gril dan boleh bakar ikan atau apa sahaja lauk seperti sotong, udang, ayam atau daging. Sedap makan ikan bakar dengan arang.

Beza sungguh ikan yang dibakar dalam magic pan tu.

Ikan Cencaru Bakar Sumbat Sambal Kelapa

Kali ni MJ bakar ikan cencaru yang disumbat sambal kelapa cecah pula air asam kerisik homemade, sedapnya. Terasa sambal kelapa yang dibakar tu. Ada rezeki boleh kongsi resipi ikan cencaru sumbal sambal kelapa nanti.

Boleh cuba cara buat kuah laksa tanpa belacan

Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Tips Ikan Bilis Tahan Lama, Ini 3 Cara Agar Kekal Rangup
Ikan bilis mudah liat dan rosak kalau tak disimpan dengan …

Tips Ikan Bilis Tahan Lama, Ini 3 Cara Agar Kekal Rangup

Cara Buat Susu Badam Sendiri, Mudah Jer Guna 2 Bahan
Cara Buat Susu Badam Sendiri | Bila berat badan dah …

Cara Buat Susu Badam Sendiri, Mudah Jer Guna 2 Bahan

About The Author

duniamyzan

One Response

  1. nettyahhiyer

    Tq kak tipnya.. saya pun suka guna kuali non stick ni.. best buat masak.

    October 11, 2022

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
    Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini …
    September 6, 2023 0
  • 6 Cara Memilih Beras Yang Baik & Berkualiti
    6 Cara Memilih Beras Yang Baik & …
    September 4, 2023 0
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
    Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear …
    September 17, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh