MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Dapur
4 Cara Buat Sambal Belacan Sedap Terpaling Power
Diari Dapur

4 Cara Buat Sambal Belacan Sedap Terpaling Power

duniamyzan June 9, 2023

Sambal belacan adalah sambal yang terkenal dan popular di Malaysia dan pelengkap hidangan dalam pinggan nasi. Kalau dapat sambal belacan sedap cecah dengan ikan masin dan nasi putih panas jer dah cukup syahdu dah. Tak perlu lauk lain dah. Tapi nak dapat yang sedap tu yang agak mencabar. Cuba buat asyik tak jadi jer, kan. Sebenarnya bahan-bahannya sama jer cuma cara buat atau cara tumbuk sambal yang memainkan peranan penting untuk dapat rasa yang sedap. Lain cara atau kaedah yang kita guna lain rasa yang akan kita dapat ditambah pula dengan ‘air tangan’ masing-masing.

Contents hide
1 4 Resepi Sambal Belacan
1.1 Sambal Belacan Basic
1.1.1 Bahan-bahan
1.1.2 Cara Membuat Sambal Belacan
1.2 Sambal Belacan Goreng
1.2.1 Bahan-bahan
1.2.2 Cara Membuat
1.3 Sambal Belacan Ala Thailand
1.3.1 Bahan-bahan
1.3.2 Cara Membuat
1.4 Sambal Belacan Padu Che Nom
1.4.1 Bahan-bahan
1.4.2 Cara Membuat
2 Cara Buat Sambal Belacan Sedap
2.1 1. Lesung Batu
2.2 2. Cobek Batu
2.3 3. Pengisar Tarik (Hand Chopper)
2.4 4. Blender
3 Petua
3.1 Sambal Belacan Sedap
3.2 Sambal Belacan Tahan Lama
4 Jenis Belacan Yang Sedap
5 Sambal Guna 5 Jenis Buah Masam Ini
5.1 Durian
5.2 Cerapu
5.3 Mangga
5.4 Strawberi
5.5 Belimbing Buluh
6 Beza Sambal Belacan & Sambal Tempoyak
6.1 Bahan
6.2 Rasa

4 Resepi Sambal Belacan

Ada pelbagai jenis resepi sambal belacan yang boleh kita jumpa. Resepi asas sambal belacan hanya, cili, asam dan belacan.

Sambal Belacan Basic

Bahan-bahan

  • 1 biji cili merah
  • 3 biji cili padi merah
  • 5 biji cili padi hijau
  • 1 inci belacan. dibakar
  • 2 sudu asam jawa
  • Garam dan gula

Cara Membuat Sambal Belacan

  1. Letak garam dan gula dan lesung batu dan tumbuk lumat cili. Masuk belacan dan tumbuk hingga sebati.
  2. Bila dah lumat, tuang air asam jawa.
  3. Gaulkan dan dah siap untuk dihidang.

Sambal Belacan Goreng

Bahan-bahan

  • 1 biji cili merah
  • 3 biji cili padi merah
  • 5 biji cili padi hijau
  • ½ biji bawang besar
  • 1 inci belacan
  • 2 sudu asam jawa
  • 1 biji limau kasturi
  • Garam dan gula

Cara Membuat

  1. Potong dua atau tiga cili merah. Kemudian potong 2 cili padi.
  2. Hiris kasar bawang.
  3. Panaskan minyak atas kuali dan masuk cili, belacan dan bawang. Goreng sehingga layu dan keluarkan.
  4. Letak sedikit garam dan gula dalam lesung batu dan tuang bahan yang digoreng layu tadi.
  5. Tumbuk sehingga lumat mengikut selera masing-masing. Ada yang suka sehingga lumat dan ada juga yang suka tumbuk kasar.
  6. Bila dah lumat, tuang air asam jawa dan perah limau kasturi.
  7. Gaulkan dan dah siap untuk dihidang.

Sambal Belacan Ala Thailand

Resepi Sambal Belacan Ala Thailand ini pun sangat popular kerana sering dihidangkan bersama tomyam. Bezanya dengan sambal biasa ialah bawang putih, bawang Holland dan tomato.

Bahan-bahan

  • 1 biji cili merah
  • 9 biji cili padi merah
  • 3 biji cili hijau.
  • 3 ulas bawang putih
  • ½ biji bawang holland
  • ½ biji tomato
  • 1 inci belacan
  • 2 sudu kecil gula nisan
  • ½ sudu besar serbuk perasa
  • Sedikit air
  • Garam, secukup rasa
  • Jus limau nipis, secukup rasa

Cara Membuat

  1. Masuk semua bahan dalam blender dan kisar halus.
  2. Kemudian perah limau nipis.
  3. Dah siap untuk dihidang

Sambal Belacan Padu Che Nom

Bahan-bahan

  • 8-10 tangkai cili merah besar
  • 20-25 tangkai cili padi merah
  • 15 tangkai cili padi hijau
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang besar
  • 3 inci belacan
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • 1/4 cawan jus limau kasturi
  • 4 belah kulit limau kasturi
  • Garam secukup rasa
  • 2-3 sb gula
  • Sedikit serbuk seasoning, pilihan

Cara Membuat

  1. Cili merah dan cili padi buang tangkai dan potong kasar.
  2. Bawang besar potong 4 bahagian. Bawang putih potong kasar.
  3. Limau kasturi dan limau nipis, belah 2, perah ambil jus dan tapis biji.
  4. Racik halus kulit limau kasturi. Pastikan tiada biji, takut nanti sambal pahit.
  5. Rendam asam jawa dengan air suam, ramas sebati dan keluarkan biji.
  6. Belacan boleh bakar atas api atau kuali. Kalau bakar atas api, cucuk belacan dengan garfu dan bakar sampai nampak sikit kesan terbakar dan naik bau.
  7. Untuk bakar atas kuali, letak belacan serta bawang besar dan bawang putih atas kuali dan masak sampai ada kesan terbakar. Angkat dan sejukkan.
  8. Masukkan dalam blender bawang bakar, belacan bakar, jus asam jawa, jus limau, garam, gula dan serbuk perasa (pilihan). Kisar halus.
  9. Masukkan hirisan kulit limau kasturi, cili merah dan cili padi. Kisar kasar
  10. Masukkan sambal dalam kuali dan masak sampai mendidih.
  11. Masukkan sambal dalam botol dan sejukkan sebelum tutup.
  12. Biarkan dalam suhu bilik dalam 5-6 jam untuk sambal mesra sebati kemudian simpan dalam peti sejuk.

Cara Buat Sambal Belacan Sedap

Ada 4 cara nak buat sambal belacan yang biasa orang buat. MJ dah cuba keempat-empat cara atau kaedah ini dan sememangnya menerbitkan rasa sambal belacan yang berbeza walaupun menggunakan bahan yang sama.

Tumbuk sambal tempoyak guna lesung batu.

1. Lesung Batu

Guna lesung batu adalah cara tradisional buat sambal belacan. Sejak dari dulu lagi orang generasi lama menggunakan lesung batu nak buat sambal. Memang tumbuk sambal guna lesung batu terpaling sedap tak tahu nak terangkan macam mana. Rasanya berbeza kalau guna mesin pengisar.

2. Cobek Batu

Pengisar jenis ini juga merupakan cara tradisional untuk membuat sambal. Tapi biasanya ia selalu digunakan untuk buat sambal gesek. Setiap bahan sambal digesek macam batu giling dulu-dulu. Masa kecil ada jugak pengalaman buat cili boh guna batu giling. Best sebab cepat jer cili jadi lumat dan cili boh rasa lebih sedap.

3. Pengisar Tarik (Hand Chopper)

Buat sambal menggunakan pengisar tarik atau manual hand chopper ni kiranya dah moden. Masuk semua bahan sambal belacan dan kisar halus. Bila dah kiar halus baru masuk jus asam jawa dan perahan limau kasturi. Cuma rasa sambal menggunakan hand chopper ni tak sesedap lesung batu. Tapi kalau nak cepat dan mudah guna hand chopper ni jer. Tak lah jiran marah kita ketuk lesung batu malam-malam kan.

4. Blender

Buat sambal menggunakan blender ni biasanya bila buat sambal dengan kuantiti yang banyak. Tak sanggup nak tumbuk sambal kalau nak sediakan untuk orang yang ramai. Cuma ketika mengisar sambal menggunakan blender, perlu letak air. Kemahiran letak air ni sangat penting dan perlu letak air cukup-cukup untuk membuatkan blender boleh pusing saja. Terlebih air nanti dan bukan sambal namanya nanti.

Petua

Sambal Belacan Sedap

  1. Bakar atau goreng belacan untuk mambangkitkan aroma.
  2. Goreng layu dulu bahan sambal kecuali jus asam jawa dan perahan limau. Boleh juga terus tumbuk sambal tanpa menggoreng terlebih dahulu.
  3. Nak dapatkan pati asam jawa yang sedap, letak asam jawa dalam bekas dan tuang air panas. Bila air dah suam, gaul sebati dan biarkan sejuk sebelum digunakan.

Sambal Belacan Tahan Lama

Kalau buat sambal dalam kuantiti yang agak banyak tentu nak bagi tahan lama kan. Cara yang mudah nak bagi sambal tahan lama ialah;

  1. Simpan dalam bekas kedap udara dan letak dalam peti sejuk.
  2. letak sedikit minyak dalam sambal.

Jenis Belacan Yang Sedap

Belacan juga memainkan peranan yang penting untuk sambal yang sedap. Biasanya MJ akan guna belacan dari;

  • Kuala Perlis, Perlis
  • Melaka
  • Kuala Muda, Kedah
  • Sarawak. Pernah makan tak belacan Sarawak?

Sambal Guna 5 Jenis Buah Masam Ini

Sambal belacan akan bertambah sedap kalau kita letak buah-buahan terutama buah yang rasa masam di dalamnya. Jika buat sambal menggunakan buah-buahan ini MJ tak akan masukkan jus asam jawa dan perahan limau kasturi. Rasa manis dan masam original buah-buahan dah cukup sedap. Antara sambal yang berasaskan buah-buahan yang MJ pernah cuba ialah;

Durian

Walaupun durian rasanya manis tetapi yang selalu dibuat sambal ialah tempoyak. Sambal tempoyak memang sangat sedap. Rasa manis, masam dan pedas sambal buat kita tak sedar tambah nasi. Makan dengan ikan kembung goreng garing dan cukup, ada ulam sikit, fuh!

Boleh cuba Resepi Sambal Tempoyak Goreng Ikan Bilis Sedap

Cerapu

Nama buah ni agak misteri. Di kampong Mj buah ini dipanggil ceropu, orang Perak lah katakan. Tapi bila tengok Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) ditulis Cerapu. Betul atau tidak tidak pasti sebab taka da gambarnya. Ada juga yang panggil Mencepu, Cerpu dan Cerepu. Sambal ceropu ni memang sangat sangat sedap. Pilih buah yang masak ranum dengan warna oren kemerahan. Sekali makan, teringat-ingat jer nanti.

Mangga

Sambal mangga memang mudah kita jumpa sebab mangga bukan species yang rare. Biasanya kita kan guna mangga yang sudah masak dan jarang sekali sambal guna mangga yang muda. MJ suka guna mangga yang pertengahan masak atau orang panggil “kiro’. Buah Macang dan buah Kuinin termasuk dalam kategori mangga. Sedap juga sebab akan membuatkan variasi sambal yang istimewa.

Strawberi

Siapa yang pernah cuba buat sambal strawberi. Sedap tau sambal strawberi ni. Tapi agak marhaen lah sambal kita. Kalau sekali-sekala pergi Cameron Highland kemudian bila balik rumah tengok buah strawberi dan lebam, jangan dibuang. Boleh buat sambal strawberi.

Belimbing Buluh

Buat sambal guna belimbing buluh pun sedap jugak. Rasanya lemak dan masam memang sedap. Itu sebab orang Pahang buat sambal hitam guna belimbing buluh.

Boleh juga cuba Resepi Sambal Ikan Bilis Kering

Beza Sambal Belacan & Sambal Tempoyak

Sambal belacan dan sambal tempoyak adalah dua jenis sambal yang berbeza dari segi;

Bahan

  • Sambal belacan dibuat dengan mencampurkan belacan dengan cili segar, bawang merah, bawang putih, garam, dan kadang-kadang ditambah dengan perahan limau atau air asam jawa.
  • Sambal belacan menggunakan belacan sebagai bahan asas dan lebih menekankan pada rasa pedas.
  • Sudah pasti bahan utama yang digunakan dalam sambal tempoyak ialah tempoyak. Tempoyak ini kemudian dicampurkan dengan cili, bawang merah, bawang putih, dan bahan-bahan lain mengikut selera untuk menjadi sambal tempoyak.
  • Sambal tempoyak menggunakan tempoyak yang hasil dari fermentasi durian dan mempunyai rasa manis, masam, dan unik.

Rasa

  • Sambal belacan mempunyai cita rasa yang pedas, masam, dan sedikit garam. Ia biasanya dimakan dengan nasi, lauk-pauk, atau sebagai sos untuk hidangan.
  • Sambal ini mempunyai rasa yang kaya dan unik kerana gabungan rasa tempoyak yang khas.
Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Asam Pedas Telur Ikan Mayong, Sedap No. 1 Tak Tipu
Buat peminat telur ikan, mesti pernah makan telur ikan mayong …

Asam Pedas Telur Ikan Mayong, Sedap No. 1 Tak Tipu

Singki Tersumbat Di Dapur, Ikuti 4 Cara Ini Agar Jimat Poket
Masalah singki tersumbat di dapur sememangnya meruntun jiwa. Lebih-lebih lagi …

Singki Tersumbat Di Dapur, Ikuti 4 Cara Ini Agar Jimat Poket

About The Author

duniamyzan

2 Comments

  1. Netty Ah Hiyer

    Macam best je sambal belacan ala Thailand tu.. nanti bolehlah try.

    June 12, 2023
  2. sofea

    Tengok pun dh terliur Sis..

    June 13, 2023

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    September 17, 2023 0
  • Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara Sistematik
    Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara …
    August 23, 2023 0
  • 8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di Malaysia
    8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di …
    August 26, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh