MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Dapur
7 Cara Defrost Ayam Dengan Cepat Tapi Selamat Dari Kuman & Bakteria
Diari Dapur

7 Cara Defrost Ayam Dengan Cepat Tapi Selamat Dari Kuman & Bakteria

duniamyzan March 1, 2023

Cara Defrost Ayam Dengan Cepat | Tak biasa makan di luar tapi mengalami keracunan makanan dan cirit-birit. Usah tak tahu perut meragam boleh berpunca daripada cara yang salah nyah beku atau defrost ayam dan daging. Bila ayam dan daging dibiarkan di luar atau berada dalam suhu bilik yang panas boleh menyebabkan kuman berpesta. Ini yang menjadi punca keracunan makanan.

Contents hide
1 7 Cara Defrost Ayam Dengan Cepat & Sempurna
1.1 1. Cara Defrost Ayam Guna Air Fryer
1.2 2. Cara Defrost Ayam Guna Pressure Cooker
1.3 3. Cara Defrost Ayam Guna Microwave
1.4 4. Cara Defrost Ayam Guna Chiller
1.5 5. Cara Defrost Ayam Guna Air Mengalir
1.6 6. Cara Defrost Ayam Guna Defrost Tray
1.7 7. Cara Defrost Ayam Guna The Thermomix® TM6®
2 Cara Defrost Yang Salah

Apabila cara defrost daging ayam dengan cara letak di dalam singki atau rendam dalam air terlalu lama boleh menyebabkan keracunan makanan.

Baca juga; Masalah Singki Tersumbat Di Dapur Berpunca Daripada Lemak Ayam Dan Daging

Ini kerana daging ayam yang lembut dan banyak air serta berada di luar dalam suhu bilik lebih daripada 4 jam boleh mengundang kuman dan bakteria untuk membiak.

Kuman yang biasa muncul ialah seperti salmonella, Staphylococcus, e-coli dan sebagainya.

“Walaupun masak ayam sehingga 100°C tetapi tidak semua kuman atau bakteria akan mati,” kata Dr Malar Santhi Santherasegapan, doktor yang bertugas di Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia Cheras, Kuala Lumpur di laman sosial TikTok menerusi Celoteh Dr Malar.  

7 Cara Defrost Ayam Dengan Cepat & Sempurna

Mengetahui cara defrost ayam dengan cepat dan sempurna sangat penting supaya senang kita nak masak dan selamat untuk dimakan oleh ahli keluarga tercinta.

Ada 7 cara untuk nyah beku daging dengan baik atau sempurna supaya senang kita nak masak dan selamat untuk dimakan.

1. Cara Defrost Ayam Guna Air Fryer

Cara defrost ayam guna air fryer sangat mudah dengan meletakkan daging ayam ke dalam bakul air fryer. Proses melembutkan ayam lebih cepat sekiranta ayam diletak ke dalam bakul tanpa pelapik.

Ini kerana haba panas akan bertindak terhadap keseluruhan ayam dan proses nyah beku jadi lebih sempurna.

Suhu yang dicadangkan ialah 190°C dalam masa 45 minit bergantung kepada saiz ayam. Jika masih belum lembut boleh tambah masa.

Sebaik-baiknya panaskan terlebih dahulu bakul air fryer lebih kurang 3 minit untuk mengelakkan ayam melekat di bakul air fryer tersebut. Ayam cepat masak dan bakul air fryer tak melekat.

Keburukannya ialah kuantiti ayam yang boleh masuk bakul air fryer agak terhad. Kalau ahli keluarga ramai mungkin tak sesuai menggunakan cara ini.

2. Cara Defrost Ayam Guna Pressure Cooker

Ayam beku yang keluar daripada peti sejuk beku mudah dilembutkan dengan cara defrost ayam guna pressure cooker. Caranya pun mudah dengan masukkan daging ayam ke dalam periuk.

Kemudian masukkan satu cawan air ke dalam periuk tersebut. Menggunakan pressure cooker Phillips tekan pilihan masa 6 minit untuk setiap ½ kilogram ayam. Cara defrost ayam guna Noxxa juga lebih kurang begini.

Keburukannya ialah jika terlebih masa ayam akan masak dan bukan nyah beku sahaja.

3. Cara Defrost Ayam Guna Microwave

Cara ini paling mudah dan pantas. Masukkan bahagian ayam beku ke dalam mangkuk yang sesuai untuk microwave dan tekan kekunci defrost. Hanya tunggu masa loceng berbunyi, dah siap.

Namun keburukannya microwave akan meninggalkan bau dan perlu dicuci setiap kali membuat proses nyah beku ayam atau daging.

Photo by Canva

4. Cara Defrost Ayam Guna Chiller

Ini cara yang paling mudah dan selamat. Caranya ialah dengan menggeluarkan ayam sejuk beku dan masukkan ke dalam peti sejuk di bahagian chiller (tempat kita letak sayur-sayuran dan buah-buahan) sekurang-kurang 12 jam.

Ini bermakna keluar nak masak lunch esok hari, malam sebelum tu dah kena keluarkan ayam beku dan letak dalam chiller. Senang dan mudah tapi makan masa yang lama. Kalau terlupa memang tak dapatlah nak tolong kan.

5. Cara Defrost Ayam Guna Air Mengalir

Cara defrost ayam guna air mengalir ini juga sangat efektif. Letak ayam sejuk beku di bawah air yang mengalir kemudian letak garam dan cuka sedikit. Kedua-dua bahan ini boleh membantu ayam sejuk beku cepat lembut.

6. Cara Defrost Ayam Guna Defrost Tray

Defrost tray ini menjadi viral ketika musim PKP dahulu. Tapi memang ianya sangat membantu untuk nyah beku ayam dan cuma ambil masa 40 minit saja untuk lembutkan ayam baru keluar dari peti sejuk beku.

Tak perlu rendam dalam air tak perlu tenaga elektrik pun nak defrost ayam atau daging. Paling penting jimat tenaga elektrik dan mesra alam kerana platform itu diperbuat daripada aluminium. Harga pun sangat berbaloi atas RM20 sahaja.

Lepas guna boleh basuh bersih dan guna semula. Ada macam-macam saiz mengikut keperluan keluarga masing-masing.

Photo by Shopee

7. Cara Defrost Ayam Guna The Thermomix® TM6®

Kalau berkemampuan untuk membeli gajet dapur yang satu ini boleh juga digunakan untuk cara cepat defrost ayam dengan mudah.

Hanya masukkan ayam beku ke dalam bekasnya kemudian masukkan air. Tekan masa sehingga 20 minit dan ayam menjadi lembut dan boleh dimasak seperti yang diingini.

Cara Defrost Yang Salah

  • Letak Diluar Seharian
  • Rendam Dalam Air Panas
  • Gunakan Slow Cooker
    • (Sumber: Public Health Malaysia)

Baca juga; Cara Masak Kari Ayam Kampung Style, Kuali Ikea Keluli Karbon

Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

5 Cara Buat Roti Kopi Yang Menakjubkan Bagi Coffee Lover!
Resepi roti kopi memang memikat hati siapa saja terutama coffee …

5 Cara Buat Roti Kopi Yang Menakjubkan Bagi Coffee Lover!

Cara Masak Kari Ayam Kampung Style Paling Tsurr
Cara Masak Kari Ayam | Masak kari ni nampak simple …

Cara Masak Kari Ayam Kampung Style Paling Tsurr

About The Author

duniamyzan

4 Comments

  1. Netty Ah Hiyer

    wah! tq kak infonya ada banyak cara rupanya.. selalu rendam dalam periuk besi je.. kui3

    March 4, 2023
  2. Mama Reen

    Hik, sis pengguna bibik tp jarang buat…

    March 5, 2023
  3. Azlan Jamaludin

    Kini dah tahu cara defrost yang salah. Terbaik puan. Bagus infonya.

    March 5, 2023
  4. sofea

    Thanks for the info sis .. 😉

    March 8, 2023

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    September 17, 2023 0
  • Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara Sistematik
    Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara …
    August 23, 2023 0
  • 8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di Malaysia
    8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di …
    August 26, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh