Ayam Masak Kurma | Baru-baru direzekikan menghadiri majlis kenduri aqiqah anak buah di kampung. Menu utamanya ialah Kurma Kambing. Sedar tak sedar memang tambah nasi sampai 2 pinggan. Bila balik rumah, teringat-ingat pulak dan terjumpa resepi Ayam Masak Kurma Che Nom. apa lagi berkobar-kobar nak cuba. Tak ada kambing, ayam pun boleh. Ingatkan susah nak masak lauk kurma ni rupanya mudah jer masak menu pilihan rakyat Malaysia ini.
Cara buat atau masak Kurma Ayam ni sama macam masak gulai kari cuma yang membezakan hanyalah rempahnya. Terdapat banyak rempah kurma dalam pek yang dijual di pasaran seperti Adabi, Faiza dan Mak Siti.
Boleh cuba Cara Masak Kari Ayam Kampung Style
Kalau nak lagi sedap boleh beli rempah dan campur sendiri. Tapi kena tahu adunan agar Ayam Masak Kurma kita sedap. Kalau nak mudah boleh minta tolong penjual adunkan rempah kurma tersebut.
Kali ini MJ menggunakan rempah kurma Cap O yang popular di utara tanah air.
Resepi Ayam Masak Kurma Che Nom
Bahan-bahan Ayam Masak Kurma
½ ekor ayam
1 mangkuk kecil santan pekat
1 mangkuk kecil santan cair
1 batang lobak merah, potong dadu kasar
1 biji kentang, belah 4
1 biji bawang besar
1 biji tomato
2 biji cili hijau, belah 2
2 biji cili merah, belah 2
3 biji cili padi
1 mangkuk air asam jawa
1 sudu besar kerisik (tambah sebab ikut resepi mak)
Garam secukup rasa
Bahan Kisar
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
2 inci halia
Bahan Rempah
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
3 tangkai daun kari
Bahan Pes Rempah
1 pek rempah kurma atau 3 sudu besar rempah kurma (jika guna pek besar)
Sedikit air
Cara Membuat
- Kisar halus bawang merah, bawang putih, dan halia.
- Bancuh rempah kurma bersama sedikit air dalam mangkuk.
- Tuang ½ mangkuk minyak ke dalam periuk dan panaskan atas api.
- Tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih kemudian masuk daun kari dan tumis sehingga naik bau wangi.
- Kemudian masuk bahan kisar dan tumis sehingga garing dan naik bau.
- Setelah bahan kisar naik bau masuk pes rempah kurma ke dalam periuk dan kacau sehingga naik minyak. Kena pastikan rempah betul-betul masak.
- Masuk sedikit perahan asam jawa dan masak lagi rempah sehingga pecah minyak dan masak.
- Masuk ayam ke dalam periuk dan gaul dengan bahan rempah sehingga ayam menjadi kecut.
- Bila ayam dah kecut masuk santan cair (perahan kedua kelapa) ke dalam periuk. Kalau guna santan kotak, boleh masuk air saja ketika ini.
- Bila kuah dah mendidih masuk lobak merah dan kentang.
- Kemudian masuk 1 biji bawang besar yang telah dibelah 4.
- Bila lobak merah dan ubi kentang dah empuk masuk pula santan pekat dan masak sehingga pecah minyak.
- Kemudian boleh masuk kerisik jika suka. Resepi Ayam Masak Kurma Che Nom tak guna kerisik.
- Bila Ayam Masak Kurma dah masak masuk buah tomato yang telah dibelah 4. cili merah, cili hijau dan cili padi.
- Perasakan dengan garam secukupnya.
Tip Masak Kurma Ayam
- Minyak menumis kena banyak atau secukupnya agar rempah masak dengan sempurna.
- Asam jawa boleh digantikan dengan asam keeping. 1 atau 2 asam keeping sudah memadai.
- Sekiranya menggunakan santan kotak, hanya guna 1 kotak kecil santan sahaja.
- Masuk santan pekat jangan terlalu banyak atau terlebih santan sebab ayam masak kurma tak sedap kalau terlalu berlemak. Just nice jer bak kata orang Tapah.
- Ayam Masak Kurma sedap dimakan dengan nasi putih, sambal belacan dan ulam-ulaman. Sesuai juga dimakan bersama Nasi Tomato.
Ketahui Cara Defrost Ayam Dengan Cepat
Ayam Masak Kurma Tanpa Santan
Ada juga yang buat Ayam Masak Kurma tanpa santan. Santan boleh digantikan dengan susu segar, susu cair atau yogurt. Jika tak suka bahan-bahan ini boleh guna air sahaja. Tetapi kena pandai seimbangkan rasa rempah kurma dengan kepekatan kuah kurma.
Selamat mencuba!
Boleh juga cuba resepi Kerang Masak Kam Heong
Shida Rahmat
suka ayam masak kurma ni.. tapi lau buat tak.jadi .. eee
ni dah ade resepi confirm nak masak untuk buka puasa.. selamat berpuasa
Netty Ah Hiyer
Mesti sedap ni.. pernah makan air tangan kak maizan.. sedap. Nanti nak try buat lauk berbuka.
AMIRAH JADILAH MJ
Sedappnya tengok ayam masak kurma ni, boleh cuba resepi ni, thank you share! 😉
SiennyLovesDrawing
Thanks so much for this yummy kurma dish recipe here. I love kurma dish & now I’m gonna try cook myself with your recipe here. Cheers Siennylovesdrawing
yong
Masak kurma ni bukan untuk kekanak ja , dengan mak ayah pun menambah makannya kalau masak! Haha ..
MAMA REEN
Anak2 suka masakam kurma sebab tak pedas. Nanti boleh cuba mcm senang je cara buatnya ..
MrsPip
Suka makan ayam kurma, tapi kalau masak sendiri x sedap … Selalu mmg Mr.Husband lah jd mangsa kena masakkan utk kak pip.
Ayam kurma antara menu sajian time raya .. ramai ahli keluarga yg suka makan menu ni.
Fatin Hamdann
anak saya suka masak kurma juga, boleh cuba resepi ni. senang dan nampak sedap! actually masak kurma ni kalau makan dengan nasi minyak fuhh terangkat kan.
Zaidalifah
Sedapnye… Menu Ayam kurma nih sedap makan dengan nasi minyak, Kalau buat nasi minyak baru ada ayam kurma hehehe