Resepi roti kopi memang memikat hati siapa saja terutama coffee lover. Roti yang lembut dan gebu ditambah dengan aroma kopi yang harum, memang akan teringat-ingat. Bila tiba-tiba craving nak makan roti kopi tapi malas nak keluar rumah, solusinya ialah buat sendiri. Mudah saja nak buat dan bahan pun tak ada yang pelik-pelik. Ramai yang menggelarkan roti kopi ni Roti Boy. Sebenarnya Roti Boy itu ada jenama yang menjual roti kopi. Ibarat macam filem untuk kamera dulu-dulu, semua orang panggil Kodak, padahal ia adalah jenama. Ini yang orang panggil generic.
Resepi Roti Kopi Sukatan Metrik (Menggunakan Breadmaker)
Bahan Roti
- 150gm susu segar | fresh milk
- 1 biji kuning telur | egg yolk
- 25gm gula kastor | castor sugar
- 3m garam | salt
- 250gm tepung tinggi protein | high protein flour
- ½ sudu teh yis segera | instant yeast
- 30gm mentega | butter
Cara Membuat
- Masukkan semua bahan mengikut urutan ke dalam breadmaker.
- Bermula dengan susu diikuti kuning telur, gula kastor, garam, tepung tinggi protein, yis segera, dan akhir sekali mentega.
- Pilih menu DOUGH dan tekan START pada breadmaker
- Dalam pada breakdmaker menguli tepung tu kita boleh buat topping.
- Setelah selesai proses menguli, bahagikan doh kepada 40gm.
- Tutup doh dengan kain lembab untuk elakkan doh kering dan rehatkan 15 minit.
- Canai leper doh, letakkan mentega sejuk dan bungkus rapi.
- Perap sehingga kembang 2 kali ganda (lebih kurang 1 jam).
- Masukkan topping ke dalam piping bag dan paipkan pergerakan bulat di atas permukaan roti.
- Bakar pada suhu 170°C selama 20 minit hingga 25 minit.
Bahan Topping
- 100gm mentega | butter
- 80gm gula aising | icing sugar
- 1 biji telur gred B | grade B egg
- 1 sudu kecil pes kopi | coffee paste
- 100gm tepung gandum | wheat flour
- 25gm tepung jagung | corn flour
Cara Membuat
- Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
- Masuk telur dan bancuhan kopi.
- Diikuti dengan tepung gandum dan tepung jagung.
- Kacau sehingga sebati.
Cuba Resepi Cranberry Cream Cheese Bun
Resepi Roti Kopi Sukatan Cawan (Menggunakan Mixer)
Bahan-Bahan Untuk Doh
- 5 cawan tepung tinggi protein
- 2 sudu besar mentega | unsalted butter
- 3 sudu besar gula halus
- 1 biji telur
- ½ sudu teh garam
- 1 sudu besar bread improver
Bahan Yis
- 1 paket instant yeast
- 2 sudu makan gula halus
- ¾ cawan susu full cream/susu cair
- ½ cawan air suam
Bahan Filling
- ½ blok mentega sejuk
Cara Membuat
- Di dalam mangkuk adunan satukan bahan-bahan yis dan biarkan seketika.
- Kemudian satukan kesemua bahan doh kecuali mentega.
- Campur bahan yis ke dalam adunan tepung.
- Tambah air atau susu sedikit demi sedikit jika adunan keras. Begitu juga sebaliknya.
- Tambah tepung sedikit demi sedikit jika adunan lembik. Kerana jenis tepung, jenis yis, mentega dan saiz telur adalah tak sama.
- Uli adunan sehingga menjadi doh yang lembut dan elastik.
- Tutup doh dengan kain lembab dan biarkan naik selama kira-kira 1 jam atau sehingga dua kali ganda.
- Setelah selesai proses menguli, bahagikan doh kepada 40gm.
- Tutup doh dengan kain lembab untuk elakkan doh kering dan rehatkan 15 minit.
- Canai leper doh, letakkan mentega sejuk dan bungkus rapi.
- Perap sehingga kembang 2 kali ganda (lebih kurang 1 jam).
- Masukkan topping ke dalam piping bag dan paipkan pergerakan bulat di atas permukaan roti.
- Bakar pada suhu 170°C selama 20 minit hingga 25 minit.
Bahan Topping
- 1 sachet kopi segera
- ½ cawan mentega
- ½ cawan gula halus
- 1 biji telur
- 1 cawan tepung gandum
- Piping beg untuk piping
Cara Membuat
- Pukul mentega bersama gula.
- Kemudian masukkan telur dan kopi serta tepung.
- Gaul sebati dan masukkan ke dalam piping bag.
Resepi Roti Boy Guna Air Fryer
Bahan Roti
- 300gm | 3 cawan tepung gandum
- 70gm | 7 sudu besar Gula
- 30gm | 3 sudu besar mentega
- 1 biji telur
- 1 sudu besar yis + ½ cawan air suam + 1 sudu besar gula (sampai berbuih)
- 150ml | ½ cawan teh susu segar
Cara Membuat
- Campur tepung gandum, gula, mentega
- Masukkan telur dan susu segar. Uli dengan tangan je.
- Masukkan yis yg telah berbuih
- Uli tepung sekurang-kurangnya 15 minit supaya roti lembut. Kalau doh lembik, tambah tepung sedikit sampai jadi doh yang tak lembik.
- Perap doh dan tutup dengan kain pada suhu bilik selama 1 jam.
- Mentega biar beku agar senang nak potong dadu.
- Bulatkan doh dalam 40gm, canai dan masukkan butter. Letak dalam paper cup.
- Biar doh kembang dalam 15 minit baru boleh letak topping atas doh.
- Bakar suhu 160°C selama 7 minit dalam air fryer.
Bahan Topping
- 50 gm | 5 sudu besar tepung gandum
- 60gm | 6 sudu besar mentega
- 40gm | 4 sudu besar gula
- 1 biji telur
- 3 sudu serbuk nescafe bancuh dengan air suam (jangan cair sangat)
Cara Membuat
- Putar gula,mentega hingga sebati. Masukkan telur dan kacau sekata.
- Masukan nescafe dan tepung sikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
Kredit: Facebook Resepi Air Fryer [Malaysia]
Ketahui cara defrost ayam guna Air Fryer
Resepi Roti Boy Guna Roti Gardenia
Bahan-bahan
- 10 keping roti gardenia
- ½ cawan mentega
- 1 sachet kopi segera | instant coffee
- ½ cawan gula halus
- 1 biji telur
- 1 cawan tepung gandum
- Piping beg untuk piping
Cara Membuat
- Sapu mentega pada bahagian roti dan tangkup dua. kemudian potong kepada 2 bahagian.
- Masuk mentega dan gula dalam satu bekas dan pukul sebati. kemudian masuk telur dan tepung gandum.
- Akhir sekali masuk kopi yang telah dibancuh dengan air panas dan kacau sebati.
- Masuk adunan ke dalam piping bag.
- Paipkan topping ke atas roti yang telah disapu mentega tadi.
- Bakar roti pada suhu 160°C selama 20 minit.
- Siap untuk dihidangkan.
Jangan Salah Beli Roti Gardenia
Resepi Roti Boy Azlina Ina
Bahan Roti
- 600gm tepung gandum | tepung tinggi protein
- 100gm gula
- 60gm mentega r
- 1 biji telur
- 2 sudu besar yis (mauripan)
- 200ml susu segar
- 100ml air sejuk peti ais
- Esen vanila
- Secubit garam
Bahan Topping
- 100gm tepung gandum
- 100gm gula
- 130gm nentega
- 2 biji telur
- 3 sudu besar nescafe + sedikit air panas (sekadar boleh larut)
- Esen vanila
Cara Membuat
- Campurkan semua bahan kecuali mentega. Adun dalam mixer pakai mata gegelung.
- Bila dah sebati masuk mentega dan terus adun sampai jadi elastik.
- Bentuk doh dan timbang 30gm (ikut saiz selera masing-masing)
- Masukkan mentega dalam doh (potong dadu mentega masa tengah sejuk jadi mudah nak letak sebagai inti. Nak letak gula sikit pun boleh)
- Letak atas baking tray yang ada baking paper.
- Biar doh naik dua kali ganda dalam 30 minit ke 40 minit.
- Topping Roti Boy: Campur mentega dan gula. Kemudian baru masukkan bahan-bahan lain.
- Akhir sekali baru masuk tepung dan gaul sebati.
- Masukkan dalam piping beg gunting hujung dia. Buat bulatan atas roti yang dah gebu.
- Letak topping dari atas tengah roti dan tak perlu sampai bawah sebab topping akan cair ke bawah semasa roti dibakar.
- Panaskan ketuhar dalam 5 minit, baru bakar roti guna api atas dan bawah dengan suhu 170°C selama 25 minit ikut ketuhar masing-masing. Dah siap.
Soalan Lazim Mengenai Roti Kopi
Apa Itu Sebenarnya Roti Kopi?
Roti kopi adalah gabungan lazat Malaysia antara roti yang lembut dan gebu dengan kopi yang harum. Ia adalah tradisi kulinari yang menawarkan gabungan rasa dan tekstur yang serasi.
Adakah Variasi Roti Kopi?
Tentu saja! Walaupun versi klasik tetap popular, anda akan menjumpai variasi inovatif roti kopi, termasuk diadun sempurna dengan coklat, rempah-rempah, dan lain-lain, yang memenuhi pelbagai selera.
Di Mana Saya Boleh Menikmati Roti Kopi Asli?
Untuk mengalami roti kopi asli, jelajahi kopitiam tradisional, kafe bergaya, dan pasar malam di seluruh Malaysia. Setiap tempat menawarkan suasana unik dan pengalaman berbeza.
Apakah Yang Menjadikan Roti Kopi Istimewa?
Roti kopi lebih daripada sekadar gabungan makanan; ia adalah lambang budaya yang mencerminkan sejarah dan pengaruh yang pelbagai di Malaysia. Gabungan antara roti yang hangat dan kopi yang harum mencipta pengalaman yang tak terlupakan.
Bagaimana Roti Kopi Dihasilkan?
Tukang roti mahir menguli dan memasak roti sehingga sempurna, mencapai kelembutan dan warna keemasan. Kopi yang diseduh dengan segar memberi aroma yang kaya dan serasi dengan roti.
Adakah Saya Boleh Menemui Roti Kopi Di Luar Malaysia?
Walaupun pusat roti kopi terletak di Malaysia, anda mungkin menjumpai gabungan serupa atau adaptasi di negara-negara Asia Tenggara lain. Namun, pengalaman asli adalah yang terbaik dinikmati di tempat asalnya.
Cuba juga Resepi donut mudah dan gebu