Ayam Goreng memang jadi kegemaran seluruh pelosok dunia. Setiap negara mesti ada resepi ayam goreng yang tersendiri. Restoran makanan segera pun berlumba-lumba menyajikan menu istimewa masing-masing untuk mengikat perut pelanggan. Ayam KFC antara yang terlaris dan paling lama berada di pasaran. Pengguna laman Tiktok @pakman3590 telah berkongsi rahsia untuk menyediakan makanan kegemaran rakyat Malaysia ini. Apa kata kita cuba resepi yang dah dapat 3.9 juta tontonan ini.

Resepi Ayam Goreng KFC
Bahan-bahan
Bahan Perapan
1 ekor ayam
3 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
2 sudu besar lada hitam, ditumbuk
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk pati ayam
Garam dan gula (secukup rasa)
Cara Buat Perapan Ayam Goreng
- Bersihkan ayam dan letak di dalam bekas besar. Kisar halus bawang besar dan bawang putih kemudian tuang dalam bekas yang berisi ayam. Gaul rata.
- Gaul sebati bahan-bahan perapan lada hitam, serbuk lada sulah, serbuk jintan putih, serbuk jintan manis, serbuk pati ayam serta garam dan gula. Kemudian tuang kepada ayam tadi. Perap ayam sekurang-kurangnya 1 jam.
Bahan Salutan Tepung
1 kilogram tepung gandum
1 ½ cawan tepung jagung
1 ½ cawan tepung beras
½ sudu besar baking powder
2 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu besar serbuk cili (kepedasan ikut suka)
2 sudu besar serbuk pati ayam
Garam dan gula (secukup rasa)
Cara Membuat Tepung Ayam Goreng
- Di dalam bekas yang besar satukan semua bahan salutan tepung.
- Gaul sehingga sebati.
Cara Goreng Ayam
- Ambil ayam yang diperap tadi kemudian celup dalam adunan tepung ayam goreng itu tadi. Gaul sehingga adunan tepung membaluti keseluruhan ayam dan tekan-tekan sikit.
- Kemudian tepuk-tepuk dan masukkan ke dalam air. Inilah teknik rahsia untuk menggoreng ayam goreng ala KFC itu. Air biasa atau pun air tapis pun boleh. Pastikan ayam itu terendam dalam air.
- Kemudian sediakan kuali untuk menggoreng ayam. Tuang minyak ke dalam kuali dan pastikan minyak kena banyak sebab nak buat deep fry. Kalau tak confirm tak jadi ayam kita.
- Angkat ayam yang terendam dalam air tadi dan celup semula dalam adunan tepung sekali lagi. Tekan-tekan dan pastikan tepung menyaluti ayam tadi.
- Kemudian goreng ayam dalam minyak yang panas tadi sehingga kekuningan.
- Ayam dah siap digoreng dan boleh dihidangkan. Lagi sedap kalau makan panas-panas.

Goreng Ayam Guna Tepung
Kalau dalam keadaan biasa nak buat goreng ayam hanya letak garam dan kunyit sahaja. Resepi ayam goreng kunyit biasa jer.
Goreng ayam guna tepung pun antara menu ayam yang paling laris. Kita boleh juga cuba Ayam Goreng McD dan ayam goring tepung Bestari. Goreng ayam guna tepung bestari paling mudah dan rasanya juga sedap. Kalau MJ masak ayam guna tepung Bestari tak perlu guna telur pun.
Resepi Ayam Goreng Tepung Bestari
Bahan-bahan
1 ekor ayam
1 bungkus tepung Bestari (guna ikut keperluan)
Cara Membuat
- Letak 1 lapis tepung bestari dalam bekas kemudian letak ayam yang hendak digoreng.
- Kemudian tabur lagi tepung bestari ke atas ayam.
- Tutup bekas dan goncang-goncangkan sehingga tepung menyaluti semua ayam.
- Goreng ayam dalam minyak yang panas sehingga kekuningan.
- Ayam dah siap digoreng dan boleh dihidangkan panas-panas.

Tip Masak Ayam Goreng
Guna Api Sederhana
Bagi mendapat ayam masak sekata pastikan menggoreng di atas api yang sederhana. Jika api terlalu besar akan menyebabkan ayam garing di luar dan tak masak di dalam. Jika menggunakan api kecil pula sukar mendapat hasil gorengan yang rangup.
Minyak Yang Banyak
Nak masak ayam yang digoreng memang kena guna minyak yang banyak. Itu sebab ayam tak boleh dimasak menggunakan gajet dapur melainkan kuali atas dapur. Kalau goreng guna minyak yang sedikit itu menumis namanya.
Guna Ayam Segar
Seelok-eloknya goreng ayam yang baru dibeli di pasar atau pasar raya. Masih boleh menggunakan ayam yang telah dimasukkan dalam peti sejuk tetapi mesti defrost terlebih dahulu. Penting untuk tahu cara defrost ayam dengan cepat dan betul.
Potongan Ayam
Pastikan potongan ayam agak kecil. Jika menggunakan potongan ayam yang agak besar pastikan kita mengkelar isi ayam terlebih dahulu sebelum menggorengnya. Ini untuk memastikan ayam dapat digoreng dengan sempurna.
Netty Ah Hiyer
Wow! bolehlah cuba nanti kak. Kalau menjadi dah boleh buat sendiri je kalau tetiba food craving.
meera
Tetiba rasa nak buat ayam ala2 KFC nie… 😉
Nita
Lapar tgk gambar ayam goreng crunchy tu. Haishh kena cuba resepi style ni