MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Dapur
6 Cara Buat Paling Sedap Ayam Masak Kicap 2023 
Diari Dapur

6 Cara Buat Paling Sedap Ayam Masak Kicap 2023 

duniamyzan June 7, 2023

Ayam masak kicap ni memang all-time favourite. Ramai yang suka makan dan cara masak pun sangat simple. Tak guna banyak bahan dan tak ambil masa yang lama pun nak menyediakannya. Anak-anak paling suka dan dalam sebulan lebih dari 3 kali masak. Hidangan ini biasanya disajikan dalam bentuk ayam yang dimasak bersama kicap, rempah-rempah ratus dan sayur-sayuran segar. Resipi yang mudah diikuti membolehkan sesiapa sahaja, dari pengalaman dapur yang terhad hingga master chef, untuk menikmati hasil masakan yang memuaskan. Tak hairanlah, hidangan ini sentiasa menjadi pilihan di meja makan keluarga Malaysia, memuaskan selera dan memikat hati setiap peminat masakan tradisional.

Contents hide
1 Ayam Masak Kicap Simple
1.1 Resepi Ayam Masak Kicap Simple
1.1.1 Bahan-bahan
1.1.2 Cara Membuat
1.1.3 Tip Masak Kicap Simple
1.2 Resepi Ayam Masak Kicap Che Nom
1.2.1 Bahan-bahan
1.2.2 Bahan Tumbuk Halus
1.2.3 Cara Membuat
1.2.4 Tip
1.3 Resepi Ayam Masak Kicap Azie Kitchen
1.3.1 Bahan-bahan
1.3.2 Bahan Tumbuk
1.3.3 Bahan Hiasan
1.3.4 Cara Membuat
1.3.5 Nota
1.4 Resepi Ayam Kicap 3 Budak Gemuk
1.4.1 Bahan-bahan
1.4.2 Bahan Kisar
1.4.3 Cara Membuat
1.5 Resepi Ayam Masak Kicap Khairul Aming
1.5.1 Bahan-bahan
1.5.2 Cara Membuat
1.5.3 Sambal Tumbuk
1.5.4 Cara Membuat
1.6 Resepi Ayam Masak Kicap Sheila Rusly
2 Bahan Rahsia Buat Ayam Masak Kicap Paling Sedap

Ayam Masak Kicap Simple

Ada banyak versi resepi yang kita pernah jumpa macam ayam masak kicap simple berkuah, ayam masak kicap halia, ayam masak kicap kentang dan sebagainya. Tapi cara masak ayam kicap yang ini memang terbaik. Kombinasi manis, pekat, pedas dan caramelized memang superb! Kalau tak percaya cuba resepi yang MJ kongsikan ini.

Resepi Ayam Masak Kicap Simple dan sedap hingga jilat jari.

Resepi Ayam Masak Kicap Simple

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam
  • 2 biji bawang besar, dihiris
  • 4 biji bawang putih. dihiris
  • 15 biji cili padi hijau, dihiris
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 senduk kicap Mudim

Cara Membuat

  1. Sediakan minyak dalam kuali untuk menggoreng ayam. Garam kunyit ayam seperti biasa dan bila minyak dah panas, masuk ayam satu per satu dan goreng. Tak perlu goreng sehingga terlalu garing. Angkat dan tos.
  2. Ambil sedikit minyak ketika menggoreng ayam tadi untuk menumis. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu. Kemudian masukkan cili padi.
  3. Bila cili padi agak layu, masukkan sos tiram dan kacau sebati.
  4. Kemudian masukkan kicap dan kacau sebati.
  5. Akhir sekali masuk ayam yang telah digoreng tadi dan gaul sebati.
  6. Dah siap untuk dihidang.

Tip Masak Kicap Simple

  • Ayam tak perlu goreng terlalu garing kerana ayam akan jadi keras kalau terlampau garing. Sedang-sedang saja.
  • Goreng ayam dengan minyak yang banyak. Kalau deep fry lagi bagus.
  • Kalau tak boleh makan pedas cili padi boleh gantikan dengan cili besar hijau. Tapi guna cili padi rasanya lagi ‘kick’.
  • Mengikut kawan yang share resepi ini, rasa paling sedap bila guna Kicap Mudim. Kalau guna kicap jenama lain tak menjadi rasa dia.
  • MJ tak guna garam atau serbuk perasa. Kombinasi semua ni dah cukup dah.
  • Lagi satu resepi masak kicap ni tak guna air. Sekali lagi tak perlu letak air. Kalau nak kuah boleh masak kuah lemak putih kubis. Memang perfect combination!

Resepi Ayam Masak Kicap Che Nom

Bahan-bahan

  • ½ ekor ayam
  • garam
  • kunyit
  • 1 mangkuk minyak
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos romato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • kicap manis
  • cili merah
  • sedikit air
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • bawang besar, hiris bulat

Bahan Tumbuk Halus

  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 2 inci halia

Cara Membuat

  1. Gaul ayam bersama garam dan kunyit.
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Kurangkan sedikit minyak gorengan ayam tadi cukup sekadar untuk tumisan. Masukkan bahan tumbuk halus dan kacau sehingga kekuningan.
  4. Masukkan cili kisar, sos tiram, sos tomato, dan ayam tadi. Kacau seketikan.
  5. Masukkan pula kicap, agak-agak sahaja supaya cukup kuahnya, kemudian masukkan cili merah dan sedikit air.
  6. Tutup dan biarkan ayam masak, masukkan tomato dan bawang besar. Kacau sekejap sahaja anggaran bawang sedikit layu dan padamkan api.
  7. Angkat dan hidang bersama taburan cili dan daun bawang.

Tip

Lebihkan minyak dalam tumisan ayam masak kicap kerana masak kicap yang sedap kuahnya mesti pekat berminyak. Boleh dibuang lebihan minyak apabila siap masak.

Resepi Ayam Masak Kicap Azie Kitchen

Bahan-bahan

  • ½ ekor ayam – lumur garam kunyit & goreng
  • 1 biji kentang
  • 4 batang serai – ketuk
  • 1 sudu besar cili kisar
  • Sedikit susu pekat manis
  • Kicap lemak manis
  • Kicap pekat
  • Sos tiram

Bahan Tumbuk

  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan Hiasan

  • 1 biji bawang besar Holland – belah 6
  • 1 biji tomato – belah 6
  • 2 tangkai cili merah & hijau – belah 4
  • Cili padi

Cara Membuat

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk, cili kisar dan serai hingga wangi.
  2. Masukkan sos tiram dan kicap kicap serta sedikit air. Masak dengan api perlahan sehingga hampir pekat.
  3. Masukkan ayam yang digoreng ¾ masak. Kacau rata dan biarkan masak agak lama sehingga rasa ayam sebati dengan kuah sos.
  4. Akhir sekali, masukkan susu lemak manis, kentang goreng, bawang besar, tomato dan cili hidup. Gaul rata. Sedia untuk dihidangkan. Tabur dengan daun bawang.

Nota

  • Boleh juga gantikan cili kisar dengan lada hitam yang ditumbuk.
  • Boleh juga letak asam keping/air asam jawa jika suka.
  • Boleh juga gantikan serai dengan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.

Resepi Ayam Kicap 3 Budak Gemuk

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam sederhana besar
  • 3 tangkai daun kari
  • 3 sudu besar rempah kari ayam Cap O
  • ¾ sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 bunjut sup bunjut
  • ½ cawan air
  • Sedikit perahan air asam jawa
  • Garam dan gula

Bahan Kisar

  • 2 biji bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 6 biji bawang putih
  • 1 inci halia

Cara Membuat

  1. Masuk ayam ke dalam bekas dan tabur garam dan kunyit. Gaul sehingga sebati.
  2. Sediakan kuali dan minyak untuk menggoreng ayam dan goreng ayam sehingga garing dan ketepikan.
  3. Kisar bahan-bahan kisar dan ketepikan.
  4. Campur rempah kari ayam cap O dengan serbuk cili dalam satu bekas dan bancuh dengan sedikit air.
  5. Tuang minyak menggoreng ayam tadi ke dalam kuali dan tumis rempah sup bunjut serta masuk daun kari seketika.
  6. Kemudian masuk bahan kisar dam tumis sehingga naik bau.
  7. Kemudian masuk campuran rempah kari tadi dan tumis sehingga naik minyak.
  8. Masuk perahan air asam jawa dan kacau sebati.
  9. Bila rempah dan garing, masuk sos tiram, kicap pekat dan kicap manis dan kacau sehingga sebati.
  10. Tuang ayam yang telah digoreng tadi ke dalam kuali dan gaul sehingga mesra.
  11. Perasakan dengan garam dan gula. Dah siap Ayam Kicap 3 Budak Gemuk

Resepi Ayam Masak Kicap Khairul Aming

Bahan-bahan

  • ½ ekor ayam (½ whole chicken)
  • Garam (salt)
  • Serbuk kunyit (tumeric powder)
  • 4 biji bawang merah (onion)
  • 7 ulas bawang putih (cloves of garlic)
  • 6 biji cili padi (bird’s eye chili)
  • 3 tangkai daun kari (stalks of curry leaves)
  • 2 batang serai (lemongrass)
  • 2 sudu sos tiram Mahsuri (2 tbsp Mahsuri oyster sauce)
  • 6-8 sudu kicap manis pedas Mahsuri (6-8 tbsp Mahsuri sweet and spicy soy sauce)

Cara Membuat

  1. Gaul ayam dengan garam dan kunyit. Kemudian goreng garing.
  2. Kisar bawang merah, bawang putih dan cili padi. Tumis ke dalam kuali yang telah dipanaskan minyak.
  3. Kemudian masukkan daun kari dengan serai.
  4. Masuk sos tiram dan kicap manis. Kacau sebati.
  5. Masuk ayam yang telah digoreng tadi dan gaul sebati.
  6. Dah siap untuk dihidang.

Sambal Tumbuk

Cili merah dan hijau (red and green chillis)
Bawang putih (garlic)

Cara Membuat

Goreng sekejap cili dan bawang putih kemudian tumbuk dan boleh dihidangkan dengan Resepi Ayam Masak Kicap Khairul Aming.

Resepi Ayam Masak Kicap Sheila Rusly

Bahan Rahsia Buat Ayam Masak Kicap Paling Sedap

  • Letak je perencah sup
  • Campuran sos tiram dan daun kari

Boleh juga cuba resepi Telur Masak Kicap

Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Rendang Pedas Perak Gaya Mak Tapah Terpaling ‘Awesome’ Pilihan No. 1
Rendang Pedas Perak air tangan Mak memang paling sedap di …

Rendang Pedas Perak Gaya Mak Tapah Terpaling ‘Awesome’ Pilihan No. 1

Kuah Kacang Mudah & Sedap, Wajib Ada Bila Raya
Sebenarnya kuah kacang mudah sahaja cara penyediaannya. Tak susah sangat …

Kuah Kacang Mudah & Sedap, Wajib Ada Bila Raya

About The Author

duniamyzan

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    September 17, 2023 0
  • Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara Sistematik
    Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara …
    August 23, 2023 0
  • 8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di Malaysia
    8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di …
    August 26, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh