Keunikan budaya di Malaysia salah satunya datang daripada masakan. Cili padi merupakan salah satu bahan yang sering digunakan dalam masakan masyarakat tempatan. Antara makanan yang popular ialah sambal belacan dan bukan sambal belacan namanya kalau tak ada cili padi. Tidak hanya tentang kepedasan tetapi juga rasa uniknya terhadap hidangan. Ini yang orang gelar, kecil-kecil cili padi. Orang belah utara menggelarnya Cabai Burung dan ada juga yang menyebut sebagai cabai Melaka. Cili padi adalah salah satu daripada kumpulan cili yang mempunyai variasi warna, merah, hijau dan putih. Harganya semakin hari semakin mahal dan lebih baik tanam sendiri di rumah. Pokoknya senang ditanam dan mudah tumbuh sekiranya menggunakan teknik yang betul dan dijaga sempurna.
Cili Padi In English
Mengikut Kamus Inggeris-Melayu Dewan lada, cili api, kerawit, cabai burung ialah hot pepper.
7 Jenis Cili Padi Yang Popular
Ada macam-macam jenis cili padi ini rupanya. Cili padi juga digelar cili burung dan kadang-kadang kita pun tak perasan sebab rupa cili padi lebih kurang sama. Perbezaan ketara jenis-jenis cili padi sudah tentu pada warnanya. Sebenarnya perbezaan permukaan cili padi dan baunya juga antara faktor yang membezakan.
Cili Padi Merah
Cili padi berwarna merah sememangnya paling kerap kita jumpa dan sering digunakan dalam masakan. Kebiasaannya cili padi berwarna merah apabila telah masak atau tua. Cili padi akan berwarna hijau ketika putik dan muda.
Cili Padi Hijau
Cili padi akan berwarna hijau ketika mudah dan berubah menjadi merah setelah matang. Kepedasan cili padi hijau agak berkurang berbanding cili padi merah. Itu sebab cili padi hijau boleh dimakan mentah atau digandingkan dengan kuih masalodeh dan risoles.
Cili Padi Kampung
Cili padi kampung kelihatan lebih kurang sama dengan cili padi biasa. Namun, saiz cili padi kampong kecil sedikit daripada cili padi biasa. Kebiasaannya cili padi kampung ini kepedasannya lebih menyengat berbading cili padi biasa. Cili Kampung akan mengeluarkan bau yang lebih buat berbanding Cili Bara. Cili Kampung juga tak mempunyai bentuk yang berkedut-kedut sedikit.
Cili Padi Bara
Cili Bara apabila telah matang atau masak akan menjadi warna merah. Rasanya sangat pedas jika dibandingkan dengan cili padi yang biasa atau cili padi kampung. Cili Bara mempunyai permukaan yang licin.
Cili Padi Thailand
Cili padi ini juga dikenali cili siam. Selras dengan namanya cili pasi ini berasal dari negara Thailand. Saiznya kecil dan panjang serta kelihatan sama seperti cili padi biasa tapi ada beza yang tersendiri. Cili padi Thailand kurang pedas berbanding dengan cili padi biasa.
Cili Padi Putih
Cili padi putih ini juga dikenali cili putih sabah. Ianya kurang sesuai dijadikan sambal belacan tetapi sering digunakan sebagai penyedap rasa ikan goreng.
Cili Padi Vietnam
Cili ini adalah cili yang diimport dari Vietnam. Rasanya memang pedas tapi meninggal kan rasa pijar pada mulut dada dan perut. Aromanya juga kurang sedap berbanding cili padi kampung.
Kegunaan Cili Padi Dalam Masakan
Menghidangkan Sos yang Pedas
Cili padi adalah bahan utama dalam sos Malaysia seperti sambal, memberikan kepedasan dan kedalaman rasa. Warna merah yang hidup juga menambah daya tarikan visual kepada hidangan.
Digunakan dalam Hidangan Utama
Dari tumis hingga kari, cili padi menambah dimensi kepada hidangan utama. Kepedasannya mengimbangi rasa.
Jeruk dan Bahan Perasa
Cili padi sering dikeraskan atau digunakan sebagai bahan perasa, menawarkan kepedasan yang menyerlah yang melengkapi pelbagai jenis makanan.
Harga Cili Padi 2023
Harga pasaran terkini (runcit) mengikut daripada portal rasmi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
KOMODITI | HARGA PURATA (RM) | GRED/SAIZ | UNIT |
---|---|---|---|
CILI HIJAU | 12.00 | F.A.Q | Kilogram |
CILI HIJAU (IMPORT) | 11.00 | F.A.Q | Kilogram |
CILI MERAH (CHINA) | 9.00 | F.A.Q | Kilogram |
CILI MERAH (IMPORT) | 12.00 | F.A.Q | Kilogram |
CILI MERAH (THAILAND) | 12.00 | F.A.Q | Kilogram |
CILI MERAH (VIETNAM) | 8.00 | F.A.Q | Kilogram |
CILI MERAH KULAI/KULAI HIBRID | 15.00 | F.A.Q | Kilogram |
CILI MERAH MINYAK | 13.00 | F.A.Q | Kilogram |
Cara Tanam Cili Padi
Terdapat 4 cara tanam cili padi di rumah yang biasa digunakan.
- Tanam Cili Padi Dalam Pasu
- Tanam Cili Padi Dalam Polybag
- Tanam Cili Padi Atas Tanah
- Tanam Cili Padi Fertigasi
Panduan Menanam Cili Padi di Rumah
Persediaan Awal
Pemilihan Varieti
Pilih varieti cili padi yang sesuai dengan keinginan anda. Terdapat pelbagai jenis cili padi yang menawarkan tahap kepedasan dan saiz yang berbeza.
Pilihan Bekas Penanaman
Pilih bekas yang sesuai seperti pasu atau bekas tanam yang mempunyai saluran pengaliran yang baik untuk memastikan tanaman tidak tergenang air.
Media Tanam
Gunakan campuran media tanam yang baik seperti campuran tanah, pasir, dan kompos untuk memastikan cili padi memperoleh nutrien yang mencukupi.
Penanaman Cili Padi
Pengaburan Benih
Rendam biji cili padi dalam air suam selama beberapa jam sebelum menanam untuk mempercepatkan proses percambahan.
Menanam Benih
Tabur biji cili padi dengan jarak yang sesuai dalam bekas tanam dan tutup dengan lapisan nipis media tanam.
Penjagaan Awal
Letakkan bekas tanam di tempat yang mendapat cahaya matahari langsung. Pastikan media tanam sentiasa lembap tetapi tidak tergenang.
Penjagaan dan Pertumbuhan
Penyiraman Yang Sihat
Siram tanaman dengan berhati-hati, pastikan tanah tetap lembap tetapi tidak terlalu basah.
Pemupukan Berkala
Beri baja separuh pek yang mengandungi nutrien seimbang sekurang-kurangnya sekali sebulan.
Mengurus Pucuk
Jika pucuk-pucuk tumbuh, potong mereka untuk menggalakkan pertumbuhan ranting dan buah.
Menghadapi Cabaran
Serangan Perosak
Pantau tanaman untuk tanda-tanda serangan perosak seperti kutu daun atau ulat. Ambil tindakan sewajarnya seperti penyemburan semulajadi atau menggunakan racun serangga jika perlu.
Penyakit Tanaman
Jika tanaman menunjukkan tanda-tanda penyakit seperti layu, tangani dengan menggunakan ubat yang sesuai.
Penuaian dan Penggunaan
Cili padi biasanya siap untuk dipetik dalam tempoh 2 hingga 3 bulan selepas penanaman. Penuai apabila cili berubah warna menjadi merah atau oren terang.
Menanam cili padi di rumah boleh menjadi pengalaman yang memuaskan dan memberi korang bekalan cili segar di dapur. Dengan mengikuti panduan ini, korang akan dapat menanam cili padi yang sihat dan produktif untuk dimanfaatkan dalam masakan sendiri.
Cili Padi Scoville
Unit Scoville adalah digunakan untuk mengukur tahap kepedasan cili.
SCOVILLE HEAT UNIT | TYPE OF PEPPER |
---|---|
15000000 | Pure Capsaician |
2000000 – 5300000 | U.S Grade Pepper Spray |
1000000 | Bhut Jolokia |
577000 | Red Savina |
200000 – 350000 | Habanero |
100000 – 250000 | Chiltepin |
30000 – 50000 | Cayenne |
15000 – 30000 | Arbol |
12000 – 30000 | Manzano |
5000 – 8000 | Yellow Hot |
3500 – 8000 | Jalapeño Pepper |
2500 – 4000 | Guajillo |
1500 – 2500 | Chilaca |
1000 – 2500 | Pasilla |
1000 – 2000 | Pablano |
500 – 2000 | Anaheim |
500 – 1500 | Chile Verde |
500 – 1000 | Yellow Genetics |
500 – 750 | Red Chile |
0 | Sweet Bells |
Resepi Cili Padi
Resepi Nasi Goreng Cili Padi Simple
Bahan-bahan
- 1 mangkuk nasi sejuk
- Segenggam ikan bilis
- 11 biji cili padi hijau
- 1 biji bawang besar
- 3 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 8 batang kacang buncis
- 2 biji telur
- Garam
- Kicap
Cara Membuat
- Kisar halus cili padi, bawang besar, bawang merah, bawang putih, cili padi dan ikan bilis.
- Masuk sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar tadi sehingga naik bau.
- Masuk nasi dan gaul sebati. Potong kecil kacang buncis dan masuk dalam kuali. Gaul sebati.
- Tuang kicap mengikut selera masing-masing.
- Tolak sedikit nasi ke tengah kuali dan pecah telur. Gaul sebati.
- Akhir sekali masuk garam mengikut selera masing-masing.
Resepi Ayam Masak Cili Padi Simple
Bahan-bahan
- 1 ekor ayam
- 5 biji cili padi merah
- 11 biji cili padi hijau
- 2 biji bawang besar
- 2 biji bawang merah
- 3 biji bawang putih
- 1 sudu kecil pes asam jawa Adabi
- 1 kiub stok ayam
- Garam dan gula
Cara Membuat
- Potong ayam kepada 12 bahagian. Gaul bersama garam dan kunyit dan goreng sehingga kuning keemasan. Angkat dan tos.
- Kisar cili bersama bawang besar, bawang merah dan bawang putih.
- Ambil sedikit minyak gorengan ayam tadi dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
- Masuk kiub ayam dan pes asam jawa.
- Masuk ayam goreng tadi dan perasakan dengan garam dan gula.
Resepi Rendang Ayam Cili Padi
Bahan-bahan
- 1 ekor ayam
- 1 biji kelapa (ambil perahan pertama sahaja)
- 3 sudu besar cili kisar (ikut kepedasan masing-masing)
- 7 biji cili padi (ikut kepedasan masing-masing), kisar
- 6 biji bawang kecil (dihiris)
- 2 biji bawang besar (dihiris)
- 5 ulas bawang putih (dihiris)
- 1 inci halia (dihiris)
- 2 batang serai (dihiris)
- 1 helai daun kunyit (dihiris)
- 1 inci kunyit hidup (dikisar)
- 4 sudu besar kerisik
- 2 keping asam keping
- Garam dan gula
Cara Membuat
- Bersihkan ayam kemudian masuk ke dalam periuk atau kuali.
- Masukkan cili kisar dan bahan yang telah dihiris serta dikisar. Masukkan garam juga dan masak sehingga ayam kecut.
- Bila ayam dah kecut masukkan santan, asam keping dan masak sehingga kuah agak pekat (ikut kepekatan yang diingini).
- Bila dah agak pekat, masukkan kerisik.
- Dah siap dan boleh dihidang
Petua Rendang Ayam Tak Hancur dan Resepi Cucur Udang