MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Dapur
Kerisik Homemade Sedap & Tahan Lama
Diari Dapur

Kerisik Homemade Sedap & Tahan Lama

duniamyzan February 28, 2021

Kerisik homemade atau buat sendiri adalah rahsia paling penting dalam menyediakan Rendang Pedas Perak. Kalau tak ada bahan istimewa ini memang rendang tak menjadi.

Contents hide
1 Kerisik Homemade Guna Kelapa Tua
2 Macam mana nak tahu kelapa goreng dah sedia?
3 Kerisik Homemade Guna Lesung Batu Atau Pengisar?
3.1 Cara Simpan Kerisik Tahan lama
3.2 Bahan-bahan
3.3 Cara Membuat Kerisik;
3.4 Tip Buat Kerisik Homemade

Aroma dan rasa karamelnya membangkitkan selera. Kerisik ini sebenarnya adalah kelapa parut yang digoreng dan dilumatkan.

Kerisik homemade memang sedap dan tahan lama.
Kerisik yang sedap dan enak.

Selain rendang, kerisik juga MJ gunakan untuk resipi Daging Masak Kicap Gaya Mak Tapah dan Gulai Pajeri sama ada nanas atau terung. Sebut jer dah terbayang lauk sedap dan perut terus jadi lapar.  Meletakkan kelapa goreng yang ditumbuk atau kerisik homemade dalam masakan boleh menjadikan masakan lebih enak dan menyelerakan.

Resipi Rendang Pedas Perak

Kerisik Homemade Guna Kelapa Tua

Penyediaan kerisik yang terbaik adalah menggunakan sebaik-baiknya guna kelapa yang agak tua untuk menaikkan minyak yang terbit daripadanya. Parutan kelapa muda biasanya untuk buat hiasan kuih seperti Buah Melaka atau Kuih Lopes.    

Kelapa parut yang elok adalah kelapa tua.

Macam mana nak tahu kelapa goreng dah sedia?

Goreng parutan kelapa di dalam kuali tanpa minyak. Jangan sekali-kali letak minyak. Gunakan api kecil dan tak boleh tinggalkan di atas kuali, nanti hangus pula kelapa goreng kita. Warna kerisik bergantung kepada warna kelapa yang digoreng. Coklat lembut atau coklat gelap mengikut selera masing-masing. Kalau mahu coklat gelap biarkan kelapa lama sikit digoreng.

Kelapa goreng yang dah bertukar warna.

Kerisik Homemade Guna Lesung Batu Atau Pengisar?

Ikut pengalaman MJ, sama ada lesung batu atau pengisar kering boleh digunakan untuk membuat kerisik tanpa mengubah rasa. Macam biasa, kalau guna pengisar kering lebih cepat dan mudah dapat hasil berbanding lesung batu. Namun, terpulang kepada individu lah kan.  

Masa ni, rajin sikit tumbuk pakai lesung batu.

Cara Simpan Kerisik Tahan lama

Cara simpan kerisik tahan lama | Jika disimpan dalam bekas kedap udara dan boleh bertahan sehingga sebulan. Tapi kalau jenis jarang masak guna bahan istiewa ini boleh simpan dalam peti sejuk beku. Pastikan simpan dalam bekas kecil untuk sekali kegunaan.

Cara simpan kerisik tahan lama ini sangat penting. Tak lah setiap kali nak pakai kena keluarkan semua kan. Kalau simpan dalam peti sejuk beku, boleh tahan selama tiga bulan.  

Bahan-bahan

Kelapa parut

Cara Membuat Kerisik;

  1. Goreng kepala parut di dalam kuali tanpa minyak dengan api yang kecil.
  2. Goreng sehingga mengikut warna yang dikehendaki.
  3. Tumbuk kelapa parut dengan lesung batu atau mesin pengisar kering.

Tip Buat Kerisik Homemade

Pastikan tumbuk atau kisar ketika masih panas untuk mengeluarkan minyak. Kelapa yang dah digoreng tidak boleh dibiarkan sejuk terlebih dahulu sebelum ditumbuk atau dikisar.

Baca ini kalau datang ke Kuala Lumpur

Pinterest
Share
Tweet
Email
Next Article

Related Articles

Tempoyak Kacau Perak Terpaling Sedap No. 1 Di Dunia
Tempoyak Kacor, orang Perak gelar atau bahasa standardnya Tempoyak Kacau. …

Tempoyak Kacau Perak Terpaling Sedap No. 1 Di Dunia

Cara Buat Ayam Masak Kurma Paling Simple Tapi Sedap
Ayam Masak Kurma | Baru-baru direzekikan menghadiri majlis kenduri aqiqah …

Cara Buat Ayam Masak Kurma Paling Simple Tapi Sedap

About The Author

duniamyzan

8 Comments

  1. azni

    hahhaa sis tak pernah buat kerisik … beli siaaap ….. pemalas sungguh .
    tapi yang benar jarang pakai

    February 28, 2021
  2. netty

    Rajinnya kak Maizan.. saya tak nak buat.. nanti saya nak beli je dengan akak.. hihi.

    June 28, 2021
  3. adianiez AIDA

    kelapa tua = kerisik.
    kelapa muda = buat kuih dsbg nya.
    tq. ilmu baru utk aida.

    kerisik ni aida memang x reti buat. x pernah cuba.
    tq for sharing ni. ntah ntah sok lusa boleh buat.
    selalu beli pek pek kecik kat kedai tu je.
    sebab jarang guna pun ye jugak.

    June 28, 2021
  4. MyaRosli

    mya pernah tolong mak goreng kelapa dan tumbuk pakai lesung. yang betul2 rajin je mampu bersabar sampai kelapa keluar minyak..

    June 28, 2021
  5. kaella

    kalau ni kena goreng lama sikit kan ? lenguh tangan menggoreng tu kaella dah boleh bayangkan hehe

    June 28, 2021
  6. ZAIDALIFAH HUSSIN

    dulu masa arwah mak ada memang kalau merendang tak pernah beli kerisik ready made, mesti kena buat cara yang sama.. tumbuk dalam lesung batu kalau sikit, kalau banyak dalam lesung besi… memori sangat dlm hati bilalah nak keluar minyak nih… la nih beli yang ready made jer

    June 28, 2021
  7. Marshaliza

    Kerisik homemade ni renyah part tumbuk dia tu je kan sebab lama juga nak ambil masa. Akak ni jrg masak guna kerisik. Kalau nak guna beli je..hihi

    June 28, 2021
  8. shalimar

    rajin sungguh buat sendiri nihh..

    June 30, 2021

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    September 17, 2023 0
  • Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara Sistematik
    Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara …
    August 23, 2023 0
  • 8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di Malaysia
    8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di …
    August 26, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh