Seronok sebenarnya berbudi kepada tanah ni. Bila tahu cara tanam kangkung di rumah memang dah tak payah beli kat kedai lagi dah. Bukan apa, kadang-kadang beli sayur di kedai, sayur membusuk macam tu jer dalam peti sejuk. Bila tanam sendiri pula, kit ambil kuantiti yang cukup-cukup jer untuk masak satu hidangan. Sayur pun fresh dan poket pun jimat. Sayur kangkung ni antara sayuran yang senang nak tanam dan tak banyak ragam. Kalau kena caranya memang sayur tumbuh subur. Selain itu, sayur kangkung bernutrisi tinggi dan mempunyai manfaat untuk kesihatan. Kangkung juga merupakan sayur termurah dan paling popular di Malaysia.
Sayur Kangkung
Sayur kangkung in english ialah water spinach dan sayur kangkung in chinese terbahagi kepada dua. Dalam Bahasa Mandarin ia dikenali sebagai kōng xīn cài dan dalam kantonis ianya dikenali sebagai ong choy.
Jenis Kangkung Yang Terdapat Di Malaysia
Sebelum kita menyelami cara tanam kangkung, ketahui terlebih dulu jenis-jenis sayur kangkung yang terdapat di negara kita.
Kangkung Air
Kangkung air atau juga dikenali sebagai water kangkung yang tumbuh di air. Ia mempunyai daun lebar seperti bentuk hati dan tumbuh di kawasan air yang tenang seperti tasik, parit, paya dan sungai. Hidangan seperti Kangkung Goreng Belacan sangat popular.
Kangkung Darat
Kangkung darat adalah jenis kangkung yang tumbuh di tanah kering. Daunnya kecil panjang meruncing lebih kecil berbanding kangkung air. Biasanya ditanam atas batas dan digunakan dalam hidangan seperti rojak buah, yong tau fu dan ulam-ulaman.
Kangkung Kampung
Kangkung kampung juga dikenali sebagai “kangkung hutan” kerana ia tumbuh secara liar. Daunnya lebih kecil dan mempunyai rasa yang lebih pahit berbanding kangkung biasa. Biasanya digunakan dalam hidangan sup dan masakan berkuah.
Kangkung Puteri
Sayur ini tidak mempunyai bentuk seperti kangkung. Namanya sahaja kangkung. Kangkung Puteri tumbuh liar di kawasan berair seperti parit-parit dan paya. Ia mempunyai daun yang berbentuk seperti daun semalu, tetapi tidak berduri. Daunnya berwarna hijau gelap dan berkilat, dan batangnya berwarna merah jambu. Kangkung puteri mempunyai rasa dan bau yang mirip dengan petai, dan boleh dimakan mentah atau dimasak.
Cara Tanam Kangkung
Kangkung boleh ditanam dari biji benih atau akarnya. Cara tanam kangkung dari biji benih ialah biji benih perlu direndam dalam air sehari sebelum disemai. Cara tanam kangkung guna akar pula boleh diperoleh dari pokok induk yang telah direndam dalam air sehingga akar bercambah dengan banyak.
Cara Tanam Kangkung Atas Tanah
Bagi mereka yang mempunyai tanah boleh guna kaedah ini. Kalau berbudi pada tanah memang hasilnya menggembirakan kita. Lebih-lebih lagi bila tanaman tumbuh subur.
Cara Tanam Kangkung Dalam Pasu
- Kangkung yang sesuai untuk ditanam dalam pasu adalah seperti kangkung darat. Beli biji benih kangkung dan sediakan pasu yang berlubang di bahagian bawah.
- Isikan pasu dengan tanah subur yang dicampur dengan baja organik seperti kompos. Boleh juga guna tanah campuran.
- Siram tanah sehingga lembap tetapi tidak terlalu basah. Taburkan biji benih kangkung secara rata di atas tanah. Tutupkan biji benih dengan sedikit tanah dan tekan-tekan dengan lembut.
- Letak pasu di bawah matahari sekurang-kurangnya 6 jam sehari.
- Siram tanaman dua kali sehari, pagi dan petang.
- Letak baja tanaman ikut arahan penggunaan yang tertera pada label baja.
- Buang serangga perosak sekiranya ada.
- Sayur kangkung boleh dituai selepas 4 hingga 6 minggu dari penyemaian, bergantung pada jenis dan keadaan tanaman. Gunting batang kangkung sekitar 10 cm dari permukaan tanah dan biarkan pucuknya tumbuh semula untuk menuai seterusnya.
Cara Tanam Kangkung Atas Batas
- Buat batas dengan lebar sekitar satu meter dan tinggi sejengkal lebih.
- Buatkan lubang kecil dengan jarak sekitar satu jengkal antara satu sama lain.
- Taburkan 10 hingga 15 biji benih atau letakkan sebatang akar di setiap lubang dan tutup dengan tanah.
- Siram pokok kangkung dua kali sehari, pagi dan petang.
- Letak baja pada tanaman dengan baja cecair setiap dua minggu sekali.
- Buang serangga perosak sekiranya ada.
- Sayur kangkung boleh dituai selepas 4 hingga 6 minggu dari penyemaian, bergantung pada jenis dan keadaan tanaman. Gunting batang kangkung sekitar 10 cm dari permukaan tanah dan biarkan pucuknya tumbuh semula untuk menuai seterusnya.
Cara Tanam Kangkung Dalam Air
Bagi mereka yang tidak mempunyai kawasan untuk bercucuk tanam boleh guna cara tanam kangkung tanpa tanah iaitu dengan guna air. Kata orang lagi senang tanam kangkung guna air.
Cara Tanam Kangkung Hidroponik
- Cara Tanam Kangkung Hidroponik ada pelbagai seperti menggunakan botol atau bekas plastik
- Kaedah ini boleh menggunakan teknik tanaman dari biji benih atau akar.
- Kangkung hidroponik perlu ditanam pada suhu 10°C. Media tanam yang digunakan adalah kain flanel, sumbu, atau span yang dapat menyerap air dan nutrisi dengan baik.
- Nutrisi yang digunakan adalah baja untuk tanaman hidroponik.
- Kangkung hidroponik perlu disiram dua kali sehari, pagi dan petang.
- Buang serangga perosak sekiranya ada.
- Sayur kangkung boleh dituai selepas 4 hingga 6 minggu dari penyemaian, bergantung pada jenis dan keadaan tanaman.
Cara Menanam Kangkung Dalam Baldi
- Cara menanam kangkung dalam baldi, perlu menyediakan tapis plastik (bekas plastik berjaring) dan baldi yang sama saiz diameternya supaya tapis dapat ‘duduk elok’ di dalam baldi.
- Isikan air dalam baldi (biasanya untuk baldi 15 liter, isi air dalam 10 liter) dan masukkan baja yang bersesuaian.
- Pastikan air mencecah paras tapis. Letak tisu dan tabur benih kangkung dalam tapis.
- Letak baldi di tempat teduh selama tiga ke empat hari sehingga benih bercambah.
- Selepas itu bolehlah diletakkan di kawasan terdedah kepada cahaya matahari.
- Siram tanaman dua kali sehari, pagi dan petang. Baja tanaman dengan baja cecair setiap dua minggu sekali.
- Buang serangga perosak sekiranya ada.
- Kangkung boleh dituai selepas 25 hari sudah boleh dipetik dan dimasak.
Boleh juga cuba cara tanam pokok chaya atau lebih dikenali pokok ajinomoto
Resepi Kangkung Goreng Belacan Che Nom
Bahan-bahan
- 1 ikat sayur kangkung
- 1 sudu kecil tepung jagung (jadikan pes)
- 3 sudu besar minyak masak
- Sedikit kicap
- Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar Kasar
- 4-5 tangkai cili padi
- 1 biji cili merah
- 1 cm belacan
- sedikit ikan bilis
- 3 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
Cara Membuat
- Bersihkan kangkung dan potong kasar. Asingkan bahagian batang dan daunnya.
- Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga kekuningan dan naik bau.
- Masukkan kangkung bahagian batang dan goreng sehingga sedikit layu, kemudian masukkan pula bahagian daun.
- Masukkan sedikit air, kicap, garam, gula dan pes tepung jagung.
- Kacau seketika, jangan sampai sayur terlebih masak. Angkat dan hidangkan.
Boleh juga cuba masak Resepi Bayam Mudah Dan Sedap