MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Dapur
Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
Diari Dapur

Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap

duniamyzan August 31, 2023

Bertebaran di media sosial sekarang netizen memperkatakan tentang resepi telur dadar RM13 yang mahal dan over price. Ramai yang teringin nak rasa telur dadar viral harga kayangan tersebut dan peniaganya telah mengeluarkan kenyataan telur dadar di kedainya laris terjual sehingga 200 set banyaknya. Melihat kepada yang yang diletakkan dalam telur dadar tersebut, nampak sedap dan tidak hairan harganya mencecah RM13. Nak pergi ke kedai tersebut jauh pula, jadi kita cuba buat sendiri telur dadar RM13 yang viral tu. Bahan-bahan yang digunakan pun simple jer dan semua dah ada di dapur. Jom kita try buat Telur Dadar Thai atau Omelette Thai dalam Bahasa Inggeris.

Contents hide
1 Resepi Telur Dadar RM13
1.1 Bahan-bahan
1.2 Cara Membuat Telur Dadar RM13 (Kaedah 1)
1.3 Cara Membuat Resepi Telur Dadar Thai RM13 (Kaedah 2)
2 Petua Telur Dadar Gebu
3 Resepi Prik Nam Pla
3.1 Bahan-bahan
3.2 Cara Membuat Prik Nam Pla
4 Fakta Menarik Tentang Telur Dadar
5 Cara Buat Telur Dadar Yang Sihat
6 Tips Pisahkan Putih Telur Dan Kuning Telur
6.1 Belah Telur Separuh
6.2 Menggunakan Botol Plastik

Resepi Telur Dadar RM13

Bahan-bahan

  • 3 biji telur
  • 1 sudu sos ikan
  • 1 sudu tepung jagung
  • 3 biji cili padi (ikut kepedasan masing-masing)
  • 1 biji bawang besar
  • Daun bawang
  • Daun ketumbar
  • Garam secukup rasa
  • 10 ekor udang
  • Crab stick
  • Taugeh

Cara Membuat Telur Dadar RM13 (Kaedah 1)

  1. Mayang halus cili padi, bawang besar, daun bawang dan daun ketumbar.
  2. Pecahkan telur ke dalam sebuah bekas dan masuk garam secukup rasa. Pukul sehingga berbuih.
  3. Masuk sos ikan dan tepung jagung (bancuh dengan 2 sudu besar air). Pukul sebati.
  4. Kemudian masuk bahan hiris ke dalam adunan telur.
  5. Kemudian boleh masuk udang (buang kulit atau tinggalkan kulit di bahagian ekor sahaja) dan hirisan crab stick ke dalam adunan telur.
  6. Panaskan minyak dalam kuali dan apabila minyak dah masak tuang adunan telur dadar tadi.
  7. Bila bahagian bawah dah masak atau warna kecoklatan atau keemasan boleh terbalikkan telur tadi.
  8. Angkat dan letak dalam pinggan yang sesuai dengan saiz telur dadar kita.
  9. Kemudian letak taugeh mentah di atas telur dadar tersebut.
  10. Telur dadar paling padu kalau dihidang bersama dengan Prik Nam Pla.

Cara Membuat Resepi Telur Dadar Thai RM13 (Kaedah 2)

  1. Mayang halus cili padi, bawang besar, daun bawang dan daun ketumbar.
  2. Pecahkan telur ke dalam sebuah bekas dan pukul sehingga berbuih.
  3. Masuk sos ikan dan tepung jagung (bancuh dengan 2 sudu besar air). Pukul sebati.
  4. Kemudian masuk bahan hiris ke dalam adunan telur.
  5. Masuk garam secukup rasa.
  6. Panaskan minyak dalam kuali dan apabila minyak dah masak tuang adunan telur dadar tadi.
  7. Bila telur dah agak masak tabur udang (buang kulit atau tinggalkan kulit di bahagian ekor sahaja) dan crab stick atas telur.
  8. Cara kedua ini tidak perlu membalikkan telur dan boleh terus angkat dan letak dalam pinggan yang sesuai dengan saiz telur dadar kita.
  9. Kemudian letak taugeh mentah di atas telur dadar tersebut.
  10. Telur dadar paling padu kalau dihidang bersama dengan Prik Nam Pla.
Resepi Telur Dadar RM13

Petua Telur Dadar Gebu

  • Petua telur dadar gebu kalau kita pukul dengan whisk. Gebu dia memang lain macam. Tapi boleh jer kalau nak pukul dengan garfu atau chopstick.
  • Letak tepung jagung membuatkan telur dadar sedap dan rangup walaupun telur dadar dah sejuk.
  • Minyak yang digunakan kena banyak. Ada yang tuang bancuhan telur dalam minyak yang panas dan ada juga tuang bancuhan telur dadar ketika minyak belum panas.
  • Ada juga petua untuk telur dadar gebu ialah ketika menuang bancuhan telur ke dalam kuali pastikan kedudukan bekas adunan telur tinggi agar telur nipis dan lebih rangup.
  • Goreng telur dadar pada api yang sederhana agar telur dadar gebu dan tidak cepat hangus.

Omelette Thai atau telur dadar RM13 Thai ini tak lengkap kalau tak ada Prik Nam Pla atau sos Thai. Jom kita buat sendiri Prik Nam Pla ni.

Resepi Prik Nam Pla

Bahan-bahan

  • 4 sudu besar sos ikan
  • 2 biji limau nipis
  • 4 biji cili padi
  • 1 biji bawang siam
  • 1 biji bawang putih
  • 1 sudu besar brown sugar

Cara Membuat Prik Nam Pla

  1. Mayang halus cili padi, bawang siam dan bawang putih.
  2. Perah limau nipis untuk mendapatkan 2 sudu besar jus limau.
  3. Sediakan sebuah bekas dan masuk sos ikan, brown sugar dan jus limau.
  4. Kemudian letak bahan hirisan tadi ke dalam bekas.
  5. Gaul sehingga sebati dan boleh dihidang bersama telur dadar kita.

Kenali Jenis Cili Padi Yang Popular Di Malaysia.

Fakta Menarik Tentang Telur Dadar

Telur dadar Thai atau omelette Thai adalah salah satu hidangan yang mudah dan cepat disediakan. Telur dadar juga boleh dijadikan sebagai lauk pauk atau sarapan ringan. Telur dadar juga mempunyai manfaat kesihatan yang baik untuk tubuh.

  • Telur dadar mengandungi protein yang tinggi, yang membantu membina otot dan tulang. Protein juga membantu mengawal selera makan dan mengekalkan berat badan yang sihat.
  • Telur dadar juga kaya dengan vitamin A, yang penting untuk penglihatan dan pertumbuhan sel. Vitamin A juga membantu melindungi kulit dari kerosakan akibat sinaran UV.
  • Selain itu, telur dadar juga sumber vitamin B12, yang diperlukan untuk pembentukan sel darah merah dan fungsi saraf. Vitamin B12 juga membantu mencegah anemia dan penyakit jantung.
  • Telur dadar juga mengandungi kolin, yang merupakan sejenis nutrien yang menyokong fungsi otak dan ingatan. Kolin juga membantu mengurangkan peradangan dan risiko penyakit Alzheimer.
  • Akhir sekali, telur dadar juga boleh memberikan rasa kenyang yang lama, kerana ia mempunyai indeks glisemik yang rendah. Ini bermakna ia tidak menyebabkan kenaikan gula darah yang mendadak, yang boleh menyebabkan keletihan dan lapar.

Cara Buat Telur Dadar Yang Sihat

  1. Gunakan putih telur sahaja dan pisahkan kuning telur daripada putih telur. Putih telur mengandung protein yang tinggi, tetapi rendah lemak dan kolesterol.
  2. Gunakan periuk non-stick Teflon untuk menggoreng telur dadar. Periuk atau kuali jenis ini dapat membantu korang mengawal penggunaan minyak yang berlebihan. Boleh juga titis beberapa titik minyak zaitun untuk mendapatkan hidangan yang sihat.
  3. Tambahkan sayur-sayuran ke dalam adunan telur dadar untuk menambah serat, vitamin dan mineral yang baik untuk tubuh. Boleh cuba masukkan kubis, cauliflower, broccoli atau buncis ke dalam adunan telur dadar.
  4. Gunakan rencah semula jadi seperti garam, bawang, daun ketumbar dan sebagainya. Elakkan letak serbuk perasa atau keju yang mengandungi garam yang tinggi.

Tips Pisahkan Putih Telur Dan Kuning Telur

Belah Telur Separuh

Kaedah ini adalah yang paling biasa dan mudah, dan melibatkan membelah telur kepada dua. Kemudian menyengetkan kuning telur dari satu kulit telur ke satu lagi kulit telur dan membiarkan putih menitis ke dalam mangkuk di bawah.

Menggunakan Botol Plastik

Cara ini cukup unik dengan menggunakan botol air mineral yang bersih. Korang boleh pecahkan telur ke dalam mangkuk, lalu menekan botol plastik hingga kempis sedikit, kemudian mendekatkan mulut botol ke kuning telur dan melepaskan tekanan botol. Kuning telur akan tersedut ke dalam botol plastik dan pindahkan ke mangkuk lain.

Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Rendang Pedas Perak Gaya Mak Tapah Terpaling ‘Awesome’ Pilihan No. 1
Rendang Pedas Perak air tangan Mak memang paling sedap di …

Rendang Pedas Perak Gaya Mak Tapah Terpaling ‘Awesome’ Pilihan No. 1

Cara Buat Ayam Masak Kurma Paling Simple Tapi Sedap
Ayam Masak Kurma | Baru-baru direzekikan menghadiri majlis kenduri aqiqah …

Cara Buat Ayam Masak Kurma Paling Simple Tapi Sedap

About The Author

duniamyzan

2 Comments

  1. Nita

    Wah boleh cuba resepi ni. Nmpk special sikit lauk telur dadar kita nanti hehe

    September 2, 2023
  2. aqilarin

    Pernah cuba buat dulu telur dadar thai tambah tepung jagung dan cuka tapi tak ada isi. memang crispy di luar, gebu di dalam.

    September 5, 2023

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    September 17, 2023 0
  • Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara Sistematik
    Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara …
    August 23, 2023 0
  • 8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di Malaysia
    8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di …
    August 26, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh