Cara Pilih Tepung Beras | Cuaca panas sekarang membuatkan tekak teringin nak makan bubur sumsum. Tepung beras masih elok lagi dan dengan pantas terus mencedoknya dan diadun menjadi bubur sumsum. Tiba-tiba terpandang artikel tentang kegunaan tepung beras yang pelbagai. Bila diselidik banyak rupanya jenis tepung beras ni. Sejak mula berjinak-jinak menggunakan tepung bebas gluten ni, memang sentiasa mencari indo tentang pelbagai jenis tepung. Tepung beras adalah salah satu jenis tepung yang bebas gluten. Gluten adalah sejenis protein yang terdapat dalam gandum, barli, dan rai (rye). Lagi dicari lagi banyak info yang ditemui tentang tepung beras ni. Jom kita selongkar fakta tentang tepung beras yang berada di pasaran Malaysia ini.
Cara Pilih Tepung Beras
Tepung beras adalah sejenis tepung yang dibuat dari beras yang digiling halus. Kuih-muih orang dulu-dulu memang banyak menggunakan tepung beras. Resepi kuih dengan tepung beras adalah seperti kuih lapis, kuih bingka, kuih apam, kuih penyaram dan lain-lain. Oleh itu, kita perlu teliti dalam cara pilih tepung beras agar sentiasa berada dalam keadaan baik.
Jenis Beras
Sebelum membeli tepung beras pastikan kita teliti terlebih dahulu resepi yang akan dibuat. Ini kerana tepung beras dihasilkan daripada pelbagai jenis beras seperti beras putih, beras merah, beras pulut dan beras hitam. Setiap jenis beras ini berbeza daripada segi rasa dan mempengaruhi tekstur kuih yang akan dibuat nanti. Jadi cara pilih tepung beras sangat penting.
Jenis Tepung
Tepung beras terbahagi kepada dua iaitu tepung beras tulen dan tepung beras campuran. Tepung beras tulen adalah tepung yang dihasilkan dengan beras semata-mata manakala tepung beras campuran adalah tepung yang mengandungi beras dan tambahan bahan lain seperti tepung gandung, tepung ubi atau tepung jagung. Jadi, cara pilih tepung beras yang sesuai ini penting untuk mendapatkan hasil yang kita inginkan.
Kualiti Tepung
Tepung beras yang berkualiti berwarna putih tulen atau putih kekuningan, bergantung kepada jenis beras. Tepung beras yang baik juga mempunyai tekstur yang licin serta tidak berketul, tidak berkutu, dan tidak berbau hapak. Semak tarikh luput dan keadaan bungkusan tepung beras sebelum membelinya. Jika membeli tepung beras dalam kuantiti yang banyak, simpan di tempat yang kering, sejuk dan bertutup rapat. Jangan abaikan cara pilih tepung beras yang ini.
Baca juga; cara memilih beras yang baik
Jenis Tepung Beras Dalam Pasaran Malaysia
Banyak jenama tepung beras yang berada dalam pasaran Malaysia. Ada buatan dan juga luar negara seperti Thailand. Mari kita lihat jenis tepung beras dalam pasaran Malaysia.
Selain perlu tahu cara pilih tepung beras kita kena pilih yang halal dan sentiasa periksa sijil ini di bungkusan tepung beras atau apa sahaja produk makanan yang kita beli. Harga tepung beras di pasaran mungkin berbeza mengikut jenama dan kedai yang menjualnya.

Tepung Beras Cap Teratai
- Jenama: Cap Teratai
- Asal: Malaysia
- Pengilang: Eng Heap Seng Rice & Flour Mill (M) Sdn. Bhd.
- Berat: 500gm
- Harga: RM3.50 *harga mungkin berbeza
Tepung Beras Cap Gajah 3
- Jenama: Erawan
- Asal: Thailand
- Pengilang: Cho Heng Rice Vermicelli Factory Co., Ltd.
- Berat: 500gm
- Harga: RM3.00 *harga mungkin berbeza
- Tepung beras campuran
Tepung Beras Jati
- Jenama: Jati
- Asal: Malaysia
- Pengilang: HHBK 1960 Food Industries Sdn. Bhd. (Tepung Beras)
- Berat: 500gm
- Harga: RM2.30 *harga mungkin berbeza

Tepung Beras Cap Gajah 1
- Jenama: Elephant Globe Brand
- Asal: Thailand
- Pengilang:
- Berat: 500gm
- Harga: RM2.60 *harga mungkin berbeza
- Tepung beras campuran
Tepung Beras Cap Gelang @ Tepung Beras Cap Coin
- Jenama: Golden Coin Brand
- Asal: Thailand
- Pengilang: Thai Flour Industry Co., Ltd.
- Berat: 500gm
- Harga: RM2.50 *harga mungkin berbeza
- Tepung beras campuran
Tepung Beras Rose
- Jenama: Murni Rose Brand
- Asal: Indonesia
- Pengilang: PT. Alu Aksara Pratama
- Berat: 500gm
- Harga: RM2.50 *harga mungkin berbeza
- Tepung beras tulen

Tepung Beras Baba’s
- Jenama: Baba’s
- Asal: Malaysia
- Pengilang:
- Berat: 500gm
- Harga: RM6.80 *harga mungkin berbeza
- Tepung beras tulen
Tepung Beras Lingam’s
- Jenama: LINGAM’s
- Asal: Malaysia
- Pengilang:
- Berat: 500gm
- Harga: RM4.50 *harga mungkin berbeza
- Tepung beras tulen
Tepung Beras Kampung
- Jenama: Twenty Twenty
- Asal: Malaysia
- Pengilang:
- Berat: 500gm
- Harga: RM2.70 *harga mungkin berbeza
- Tepung beras tulen
Baca juga; cara masak beras basmathi

Jenis Tepung Beras Yang Sesuai Dengan Masakan
Ada banyakkan jenama tepung beras yang berada di pasaran Malaysia. Bagi orang yang tak berapa pandai masak macam MJ tentu pening nak pilih nak guna tepung beras yang mana satu.
Buat mereka yang berkongsi resepi sebaik-baiknya share sekali jenis tepung beras yang korang guna. Jadi kami terus beli jenama yang disarankan. MJ kongsikan perkongsian Yatiekitchen di Facebook berkenaan perbezaan tepung beras.
Tepung Beras Cap Teratai
Saya pakai ni aja untuk goreng-gorreng bagi rangup. Buat laksam, tepung pelita… hah senang! Selalu kedai jual yang ni banyakkan, sesuai untuk menggoreng jugak, ayam goreng berempah! Tepung ni pun sesuai jugak untuk buat rempeyek/tumpi dan apam tapi kalau buat apam rasa tepungnya kurang sikit, tapi boleh la, nak buat apam ambik yang 2 Gajah.
Tepung Beras Cap Gajah 1
Sama fungsi macam Teratai, kalau kat kedai tak dak cap teratai atas 1 gajah ni hahh buleh la ambik. Tepung ni boleh goreng pisang/ keledek. Tepung ni bagi merangupkan.
Tepung Beras Cap Gajah 2
Yang ni pulak elok buat kuih tradisional iaitu kuih koci, kuih apam, kuih lapis. Kuih jadi lembut dan likat.
Tepung Beras Cap Gajah 3
Sama jugak kalau 2 gajah tak dak kat kedai nampak 3 gajah beli 3 gajah. Buleh jugak buat kuih-kuih tradisional seperti kuih koci, lapis dan pelbagai jenis kuih. Hasilnya kuih jadi lembut dan berkilat.
Tepung Beras Cap Gajah 5
Sesuai untuk membuat laksa dan pelbagai jenis mee. Sebab tepungnya agak lebih kental. *5 gajah sukar nak jumpa kat pasaran Malaysia.
Cara Menyimpan Tepung Beras
Menyimpan tepung beras dengan betul adalah salah satu cara untuk mengekalkan kualiti dan kesegaran tepung beras agar tidak mudah rosak, berkulat atau dijangkiti. Berikut adalah beberapa petua yang boleh anda gunakan untuk menyimpan tepung beras dengan betul:
- Simpan tepung beras dalam bekas yang bersih, tertutup dan kedap udara. Korang boleh menggunakan bekas plastik tebal dan kering atau balang kaca. Pastikan bekas ditutup rapat selepas digunakan supaya tiada udara atau serangga masuk.
- Simpan bekas tepung beras di tempat yang kering, sejuk dan gelap. Elakkan menyimpan tepung beras di tempat yang lembap, panas atau terdedah kepada cahaya matahari langsung, ini kerana boleh membuatkan tepung beras cepat basah, berbau atau bertukar warna.
- Jika korang tidak menggunakan tepung beras dalam masa terdekat, boleh menyimpannya di dalam peti sejuk. Suhu sejuk boleh membantu mencegah perkembangan kutu atau acuan pada tepung beras. Walau bagaimanapun, jika korang akan menggunakan tepung beras dalam masa terdekat, simpan di dalam penyejuk dan jauhkan daripada bahan makanan yang basah atau berbau kuat.
- Elakkan mencampurkan tepung beras lama dengan yang baru. Ini boleh membuatkan tepung beras tidak tahan lama dan cepat rosak. Sebaiknya habiskan tepung beras lama dahulu sebelum buka bungkusan baru.
- Gunakan tepung beras maksimum 6 bulan selepas dibuka. Jika lebih daripada itu, korang perlu membuang tepung beras anda dan menggantikannya dengan yang baru. Kerana tepung beras yang disimpan terlalu lama boleh mengubah rasa, aroma atau tekstur, dan mengurangkan kualiti hasil masakan.
Baca juga; resepi masakan ayam, resepi maggi goreng