MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Dapur
Cara Masak Beras Basmathi Cantik Berderai & Tak Patah
Diari Dapur

Cara Masak Beras Basmathi Cantik Berderai & Tak Patah

duniamyzan January 16, 2023

Cara Masak Beras Basmathi | Sis MJ adalah penggemar nasi beriani. Tak kiralah nasi beriani biasa, apatah lagi dapat menikmati nasi beriani ‘gam’ Batu Pahat. Selain dari rasanya yang menyelerakan, Sis MJ paling suka tengok beras basmathi yang digunakan.

Contents hide
1 Table of Contents
2 Cara Masak Beras Basmathi Tanpa Rendam
3 Cara Masak Beras Basmathi Sukatan Cawan
4 Kacau Nasi Beras Basmathi
5 Resepi Nasi Tomato
5.1 Bahan-bahan;
5.2 Bahan Kisar
5.3 Bahan Rempah
5.4 Cara Membuat;
5.4.1 Tip Masak Nasi Tomato Guna Beras Basmathi
6 Jenis Beras Yang Digunakan
7 Jenis-jenis Beras Basmathi
8 Bayaran Zakat Fitrah Mengikut Harga Beras Yang Dimakan

Panjang, berderai dan tak mudah patah. Apalah rahsianya yea? Mulalah MJ berangan hendak masak sendiri beras basmathi ini.

Namun, apabila sudah masak, lain pula jadinya beras basmathi ini. Tidak seperti yang diharapkan. Nasi menjadi lembik, tidak berderai dan yang paling tak best, nasi berkerak di dalam periuk nasi.

Dahlah beras basmathi ini mahal, hampir suku nasi menjadi kerak. MJ bukanlah penggemar kerak nasi seperti sesetengah orang.

Jadi, apa rahsia beras basmathi yang cantik berderai dan tak mudah patah ala kedai nasi beriani yang famous tu.

Di sini MJ ada petua atau tip yang boleh dikongsi bersama seperti di bawah:  

  • Tak perlu merendam beras basmathi.
  • Sukatan cecair kena betul.
  • Kacau nasi setelah masak menggunakan garfu (jangan guna senduk nasi).

Table of Contents

  • Cara Masak Beras Basmathi Tanpa Rendam
  • Cara Masak Beras Basmathi Sukatan Cawan
  • Kacau Nasi Beras Basmathi
  • Resepi Nasi Tomato
    • Bahan-bahan;
    • Bahan Kisar
    • Bahan Rempah
    • Cara Membuat;
      • Tip Masak Nasi Tomato Guna Beras Basmathi
  • Jenis Beras Yang Digunakan
  • Jenis-jenis Beras Basmathi
  • Bayaran Zakat Fitrah Mengikut Harga Beras Yang Dimakan

Cara Masak Beras Basmathi Tanpa Rendam

Sebelum tahu petua di atas, kebiasaanya MJ akan merendam beras basmathi sekurang-kurangnya 30 minit. Rupanya salah cara sebegini.

Bila beras basmathi direndam dalam tempoh yang lama, ia akan membuatkan beras mudah patah, melekat-lekat dan tidak berderai.

Oleh itu, kalau nak nasi beriani  yang cantik, cara masak beras basmathi tanpa rendam adalah pilihan yang betul. Cukup dengan hanya mencuci bersih dan kemudiannya ditos.

Cara Masak Beras Basmathi Sukatan Cawan

Satu lagi petua untuk mendapatkan nasi basmathi yang cantik ialah nisbah sukatan air dan beras mestilah betul. Cawan boleh digunakan untuk menyukat nisbah ini.

Nisbahnya ialah 1 cawan beras bersamaan dengan 1½ cawan cecair yang digunakan.

Tak payah pening-pening nak mengira berapa sukatan cecair yang diperlukan. Ambil jer kalkulator, darab berapa cawan beras yang digunakan dengan 1.5.  

Itulah sukatan cecair yang diperlukan. Harus diingat, ini adalah sukatan keseluruhan cecair yang digunakan termasuk santan, susu, jus, yogurt dan sebagainya.

Kalau nak mudah lagi, gunakan kiraan beras dalam bilangan genap. Contohnya;

  • 2 cawan beras = 3 cawan cecair
  • 4 cawan beras = 6 cawan cecair.

Bekas atau cawan untuk ikut cara masak beras basmathi boleh mengikut bekas yang biasa kita gunakan untuk menyukat beras.

Cara Masak Beras Basmathi yang betul buat beras cantik berderai.

Kacau Nasi Beras Basmathi

Selepas nasi masak, elakkan mengacau nasi menggunakan senduk. Ini boleh menyebabkan nasi menjadi patah bila ianya dikacau.

Perlu diingat, nasi masih panas lagi. Sebaiknya kacau atau gembur nasi dengan garfu sahaja.  

Resepi Nasi Tomato

Kali ini kita kongsi resipi nasi tomato menggunakan beras Pure Basmathi Premium Pusa 1121 (Cream) dari Sunflower. Resepi nasi tomato ini untuk makan 5 orang. Cawan yang digunakan ialah cawan buat kek.

Bahan-bahan;

2 cawan beras basmathi
1 helai daun pandan
½ cawan susu cair
4 sudu besar tomato puri
1 senduk minyak sapi
2½ cawan air

Bahan Kisar

1cm halia
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Bahan Rempah

5 tangkai bunga cengkih
2 biji bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis

Cara Membuat;

  1. Cara masak beras basmathi dimulakan dengan basuh beras macam biasa dan tos airnya.
  2. Dalam periuk masuk minyak sapi dan biarkan cair dalam api yang sederhana besar.
  3. Masuk bahan rempah dan daun pandan. Tumis hingga wangi.
  4. Ambil bahan kisar dan tuang ke dalam periuk dan tumis hingga wangi.
  5. Kemudian masuk beras yang telah ditos tadi ke dalam periuk. Gaul hingga sebati.
  6. Masuk semua bahan cecair ke dalam periuk dan biarkan menggelegak.
  7. Biarkan hingga air agak kering kemudian tutup periuk dan kecilkan api.
  8. Biarkan beras masak selama 15 minit. Kemudian tutup api.
  9. Buka periuk tengok beras masak cantik dan ‘kareh’ nasi dengan garfu agar beras cantik berderai dan tak patah.

Tip Masak Nasi Tomato Guna Beras Basmathi

  • MJ pernah masak beras basmathi guna rice cooker dan pressure cooker. Tapi tak puas hati dengan hasil nasi tersebut.
  • Bila cuba masak nasi beras basmathi guna cara tenggek atas dapur juga yang paling menjadi.
  • Beras masak cantik berderai, panjang, tak patah dan paling penting tak berkerak.
  • Jadi kali ini resipi yang digunakan juga guna cara tenggek atas dapur menggunakan periuk Die-Cast Aluminum.
  • Boleh juga guna cara yang sama dan masak dalam rice cooker, ikut keselesaan masing-masing.

Jenis Beras Yang Digunakan

Masak nasi tomato menggunakan beras Pure Basmathi Premium Pusa 1121 (Cream) dari Sunflower.

Jenis-jenis Beras Basmathi

Beras Basmati adalah beras yang panjang dan halus saiznya serta mempunyai aroma wangi dan berasal daripada India dan Pakistan.

Anggaran panjangnya adalah 6.00mm hingga 8.00mm dengan lebar berukuran 3.5mm hingga 4.5mm.

Berwarna putih susu dan berbentuk tirus. Apabila dimasak, saiznya akan berganda dan mengeluarkan aroma yang wangi dan tidak melekat antara satu sama lain.

Nasi ini adalah pilihan tepat untuk Beriani, nasi Mandy dan nasi Khabsah serta nasi minyak.

Terdapat beberapa jenis beras basmati antaranya;

  • Basmati 370
  • Basmati 385
  • Basmati Ranbirsinghpura (R.S.Pura)
  • 1121 Beras Bijian Panjang Tambahan

Bayaran Zakat Fitrah Mengikut Harga Beras Yang Dimakan

Zakat fitrah pada istilahnya ialah sedekah yang wajib dikeluarkan selepas selesainya Ramadan. Zakat fitrah dapat mensucikan orang Islam yang berpuasa dari perbuatan tidak berguna serta memberi makanan dan kecukupan kepada orang-orang miskin pada Hari Raya 1 Syawal (Aidilfitri).

Kita diwajibkan membayar zakat fitrah mengikut harga beras yang kita makan. Mengikut Zakat Selangor, kadar bayaran zakat fitrah bagi ahli keluarga yang memakan beras basmathi ialah RM21 untuk seorang.

Baca juga; Resepi Kari Ikan Bawal Emas, Asam Pedas Telur Ikan Mayong

Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Mee Bodo Melaka Viral, Buka Cawangan Ke-2 Di Bukit Baru
Kalau berkunjung ke Melaka Bandar Raya Bersejarah, tak lengkap kalau …

Mee Bodo Melaka Viral, Buka Cawangan Ke-2 Di Bukit Baru

5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
Baca tentang Khasiat Cendawan Susu Harimau memang sangat menarik. Tambah-tambah …

5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru

About The Author

duniamyzan

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
    Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini …
    September 6, 2023 0
  • 6 Cara Memilih Beras Yang Baik & Berkualiti
    6 Cara Memilih Beras Yang Baik & …
    September 4, 2023 0
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
    Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear …
    September 17, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh