MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Dapur
8 Resepi Biskut Rempah Sedap, Harum & Memikat Hati
Diari Dapur

8 Resepi Biskut Rempah Sedap, Harum & Memikat Hati

duniamyzan January 17, 2023

Resepi Biskut Rempah | Rempah bukan sahaja enak dimasak gulai tetapi membangkitkan selera jika diadun menjadi biskut. Biskut berasaskan rempah ratus jika diadun kena caranya pasti menarik minat penggemar biskut.

Contents hide
1 Table of Contents
2 1. Biskut Jejari Cili
2.1 Bahan-bahan
2.2 Cara Membuat
2.2.1 Tip Masakan
3 2. Biskut Biji Poppy
3.1 Bahan-bahan
3.2 Cara Membuat
3.2.1 Tip Masakan
4 3. Biskut Coklat Urai Dan Rempah Campur
4.1 Bahan-bahan
4.2 Cara Membuat
4.2.1 Tip Masakan
5 4. Biskut Cendawan Dan Herba Itali
5.1 Bahan-bahan
5.2 Cara Membuat
5.2.1 Tip Masakan
6 5. Biskut Cincin Rosemary
6.1 Bahan-bahan
6.2 Cara Membuat
6.2.1 Tip Masakan
7 6. Biskut Hati Pedas Serbuk Lada Hitam
7.1 Bahan-bahan
7.2 Cara Membuat
7.2.1 Tip Masakan
8 7. Biskut Bebola Bunga Cengkih
8.1 Bahan-bahan
8.2 Cara Membuat
8.2.1 Tip Masakan
9 8. Biskut Rempah Campur Swivel
9.1 Bahan-bahan
9.2 Cara Membuat
9.2.1 Tip Masakan

Resepi biskut rempah ini kalau dimakan bersama secawan kopi sememangnya padanan yang sempurna. Bak kata ‘Mat Salleh’, perfect combination.

Boleh juga menjadi hidangan di atas meja sewaktu menjamu saudara mara ketika musim perayaan.

Hari Raya Aidilfitri pun dah tak lama lagi, apa kata kita cuba ikut Resepi Biskut Rempah yang dikongsi di bawah;

Table of Contents

  • 1. Biskut Jejari Cili
    • Bahan-bahan
    • Cara Membuat
      • Tip Masakan
  • 2. Biskut Biji Poppy
    • Bahan-bahan
    • Cara Membuat
      • Tip Masakan
  • 3. Biskut Coklat Urai Dan Rempah Campur
    • Bahan-bahan
    • Cara Membuat
      • Tip Masakan
  • 4. Biskut Cendawan Dan Herba Itali
    • Bahan-bahan
    • Cara Membuat
      • Tip Masakan
  • 5. Biskut Cincin Rosemary
    • Bahan-bahan
    • Cara Membuat
      • Tip Masakan
  • 6. Biskut Hati Pedas Serbuk Lada Hitam
    • Bahan-bahan
    • Cara Membuat
      • Tip Masakan
  • 7. Biskut Bebola Bunga Cengkih
    • Bahan-bahan
    • Cara Membuat
      • Tip Masakan
  • 8. Biskut Rempah Campur Swivel
    • Bahan-bahan
    • Cara Membuat
      • Tip Masakan

1. Biskut Jejari Cili

Bahan-bahan

250gram mentega
100gram gula kastor
1 biji telur
300gram tepung serbaguna
50gram tepung jagung
50gram tepung kastard
50gram parutan keju
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar pes cili

Cara Membuat

  1. Putar mentega dan gula dan masuk telur. Putar lagi. Masuk semua jenis tepung serta cili. Uli sebati hingga menjadi doh lembut.
  2. Gunakan ‘nozzle’ bentuk bulat besar dan masukkan doh ke dalam pengepam dengan ‘nozzle’ bulat dan pamkan doh panjang. Terus letakkan ke atas dulang pembakar.
  3. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 180°C selama 15-20 minit hingga garing dan kekuningan.
  4. Alihkan dari ketuhar dan biar sejuk sebelum disimpan kedap udara.

Tip Masakan

Jika doh keras, tambahkan sedikit mentega supaya mudah dipamkan. Begitu juga sebaliknya.

Resepi Biskut Rempah menggunakan chili flakes atau empingan cili.
Photo by Jana Ohajdova from www.pexels.com

2. Biskut Biji Poppy

Bahan-bahan

240gram mentega
1 biji telur
100-150gram gula perang
240gram tepung serbaguna
1 sudu teh serbuk penaik

1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh esen limau
2 sudu besar biji poppy berwarna biru (ada dijual di pasar raya)

Cara Membuat

  1. Putar mentega dan gula hingga gebu dan masukkan telur. Putar lagi.
  2. Masukkan esen, tepung dan biji poppy. Kaup balikkan dan canai.
  3. Terap dengan penerap kegemaran dan atur di atas dulang pembakar.
  4. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 180°C selama 17-25 minit hingga kekuningan dan garing.
  5. Alihkan dari ketuhar dan sejukkan sebelum disimpan kedap udara.

Tip Masakan

Untuk lebih menarik lagi, hiaskan permukaan biskut dengan gula fondant atau royal icing.

Photo by Castorly Stock from www,pexels.com

3. Biskut Coklat Urai Dan Rempah Campur

Bahan-bahan

220gram mentega
300gram gula kastor
1 biji telur
330gram tepung serbaguna
1 sudu teh serbuk penaik
2 sudu teh serbuk rempah campur (ada dijual di pasar raya)
3 sudu besar coklat urai
1 sudu teh esen vanilla

Cara Membuat

  1. Putar mentega, esen dan gula hingga gebu dan masukkan telur dan kemudian semua bahan kering.
  2. Jadikan doh lembut. Tekankan ke dalam acuan persegi dan atur di atas dulang pembakar dan bakar di dalam ketuhar bersuhu 180°C selama 20-30 minit hingga kekuningan.
  3. Alihkan dari ketuhar dan biar sejuk sebelum disimpan kedap udara.

Tip Masakan

Jika menggunakan blok coklat, cincang coklat halus dan baru dimasukkan ke dalam doh.

4. Biskut Cendawan Dan Herba Itali

Bahan-bahan

240gram mentega
4 sudu besar minyak masak
180gram parutan keju
320gram tepung serbaguna
½ sudu teh garam
2 sudu besar serbuk rempah Itali

1 sudu teh serbuk cili
Rempah Itali tambahan

Cara Membuat

  1. Putar mentega dan minyak masak. Masuk semua bahan lain dan uli sebati hingga menjadi doh lembut.
  2. Buat bebola sederhana besar dan golekkan ke dalam rempah itali dan letakkan di atas dulang pembakar. Gunakan ‘nozzle’ bulat yang besar dan tekan ke dalam tiap-tiap doh. Ini akan menjadikan seperti tangkai cendawan.
  3. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 180°C selama 20-30 minit hingga wangi dan keemasan.
  4. Alihkan dari ketuhar dan biar sejuk sebelum disimpan kedap udara.

Tip Masakan

Biskut boleh dihidang bersama sup kegemaran.

5. Biskut Cincin Rosemary

Bahan-bahan

350gram mentega atau marjerin
140gram gula kastor
2 sudu besar herba rosemary kering atau segar (dicincang halus)
400-450gram tepung serbaguna
½ sudu teh serbuk penaik
Sedikit putih telur atau susu sejat
Serbuk rosemary tambahan

Cara Membuat

  1. Putar mentega dan gula dan masukkan tepung, rosemary, serbuk penaik dan uli perlahan.
  2. Canai dan terap dengan penerap berlubang tengah, sapukan dengan sedikit putih telur atau susu dan tabur dengan lebihan rosemary.
  3. Atur di atas dulang pembakar dan bakar di dalam ketuhar bersuhu 180°C selama 15-20 minit hingga keemasan.
  4. Alihkan dari ketuhar dan biar sejuk sebelum disimpan kedap udara.

Tip Masakan

Untuk kelainan, bentukkan dengan pelbagai bentuk dan warnakan dengan pelbagai warna untuk majlis keramaian.

6. Biskut Hati Pedas Serbuk Lada Hitam

Bahan-bahan

125gram marjerin
1 biji telur
80gram gula kastor
200gram tepung serbaguna

50gram tepung kastard
3 sudu teh serbuk lada hitam
Lebihan serbuk lada hitam sebagai hiasan

Cara Membuat

  1. Putar marjerin dan telur. Masukkan gula putar lagi.
  2. Masukkan tepung dan uli rata. Canai dan terap bentuk hati dan sapukan sedikit telur diatasnya dan tabur sedikit serbuk lada hitam di atas. Atur di atas dulang pembakar dan bakar.
  3. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 180°C selama 17-25 minit hingga kekuningan.
  4. Alihkan dari ketuhar dan sejukkan sebelum disimpan kedap udara.

Tip Masakan

Jika doh keras dan sukar diterap, tambahkan sedikit marjerin atau mentega dan uli sebentar dan baru digunakan. Boleh ditambah dengan kisaran serbuk ayam atau serbuk ikan bilis untuk rasa yang menarik.

Photo by Cup of Couple from www.pexels.com

7. Biskut Bebola Bunga Cengkih

Bahan-bahan

220gram mentega
80gram gula kastor
1 biji telur
30gram tepung beras
180gram tepung serbaguna
½ sudu teh serbuk bunga cengkih
1 sudu teh esen vanila
Bunga cengkih secukupnya
Telur yang dikocak rata

Cara Membuat

  1. Putar mentega dan gula hingga lembut. Masukkan tepung dan serbuk cengkih dan uli lagi.
  2. Masukkan esen dan uli. Buat bebola sederhana besar dan sapukan dengan sedikit telur atau susu dan tekankan dengan sebiji bunga cengkih.
  3. Atur di atas dulang pembakar dan bakar di dalam ketuhar bersuhu 180°C selama 20-30 minit hingga kekuningan.
  4. Alihkan dari ketuhar dan sejukkan sebelum disimpan kedap udara.

Tip Masakan

Boleh juga dimasukkan inti pelbagai ke dalam doh yang telah dibulatkan dan warnakan jika suka.

Photo by Kim van Vuuren from www.pexels.com

8. Biskut Rempah Campur Swivel

Bahan-bahan

350gram mentega
100gram gula kastor
2 sudu besar rempah campur serbuk, (disatukan)
3 sudu besar gula perang, (disatukan)
400-450gram tepung serbaguna
½ sudu teh serbuk penaik

Cara Membuat

  1. Putar mentega dan gula dan masukkan tepung, serbuk penaik dan uli perlahan.
  2. Canai lebar dan sederhana tebal, ratakan dengan campuran rempah dan gulung ketat. Padatkan dan potong serong.
  3. Atur di atas dulang pembakar dan bakar di dalam ketuhar bersuhu 180°C selama 15-20 minit hingga keemasan.
  4. Alihkan dari ketuhar dan biar sejuk sebelum disimpan kedap udara.

Tip Masakan

Untuk kelainan rasa, guna rempah berlainan jenis dan rasa. Setelah digulung, golekkan ke dalam lebihan rempah bergula dan potong serong.

Sumber: Majalah Sri Dewi & Keluarga Julai 2013, Resepi Sumbangan: Puan Noraini Adnan

Baca juga; Cara Buat Ayam Masak Merah Kenduri, Perbezaan Whipping Cream & Fresh Cream

Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Tempoyak Kacau Perak Terpaling Sedap No. 1 Di Dunia
Tempoyak Kacor, orang Perak gelar atau bahasa standardnya Tempoyak Kacau. …

Tempoyak Kacau Perak Terpaling Sedap No. 1 Di Dunia

Kerabu Mangga Simple Dan Sedap, Tambah Nasi 2 Pinggan
Kerabu Mangga Simple Dan Sedap | Tengok buah mangga bergayut-gayut …

Kerabu Mangga Simple Dan Sedap, Tambah Nasi 2 Pinggan

About The Author

duniamyzan

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    September 17, 2023 0
  • Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara Sistematik
    Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara …
    August 23, 2023 0
  • 8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di Malaysia
    8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di …
    August 26, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh