MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Dapur
Tips Ikan Bilis Tahan Lama, Ini 3 Cara Agar Kekal Rangup
Diari Dapur

Tips Ikan Bilis Tahan Lama, Ini 3 Cara Agar Kekal Rangup

duniamyzan August 16, 2023

Ikan bilis mudah liat dan rosak kalau tak disimpan dengan betul. Tips ikan bilis tahan lama sangat penting untuk kita pelajari kerana mak mak terutama suri rumah perlu merancang langkah berjimat cermat sementelah perkembangan ekonomi yang ‘keras’. Sekali gus menikmatinya rasa ikan bilis yang kekal segar, garing, dan enak. Seperti yang semua orang tahu ikan bilis adalah sejenis ikan kecil yang sering digunakan dalam masakan Malaysia, seperti nasi lemak, sambal bilis, dan bubur lambuk. Ikan bilis mempunyai khasiat yang tinggi, seperti vitamin A, kalsium, dan kalium. Ikan bilis boleh disimpan dalam bentuk segar, kering, atau goreng. Cara simpan ikan bilis tahan lama membantu kita menikmati keenakannya terutama untuk bekal anak di asrama atau bawa travel.

Contents hide
1 Ikan Bilis In English
2 Tips Ikan Bilis Tahan Lama
2.1 Ikan Bilis Segar
2.2 Ikan Bilis Kering
2.3 Ikan Bilis Goreng
3 Jenis Ikan Bilis Di Malaysia
3.1 Ikan Kasai Janggut (Setipinna Breviceps)
3.2 Ikan Kasai (Setipinna Taty)
3.3 Ikan Bilis (Stolephorus Commersonnii)
3.3.1 Jenis Ikan Bilis Yang Menjadi Favourite Rakyat Malaysia
3.3.2 Fakta Tentang Ikan Bilis Mata Biru
3.3.2.1 Bekalan Diperoleh Dari
3.3.2.2 Ikan Bilis Mata Biru Harga
4 8 Resepi Ikan Bilis Goreng
4.1 Resepi Ikan Bilis Goreng Bawang
4.1.1 Bahan-bahan
4.1.2 Cara Membuat
4.2 Resepi Ikan Bilis Goreng Cili
4.2.1 Bahan-bahan
4.2.2 Cara Membuat
4.3 Resepi Ikan Bilis Goreng Cili Api
4.3.1 Bahan-bahan
4.3.2 Cara Membuat
4.4 Resepi Ikan Bilis Goreng Petai
4.4.1 Bahan-bahan
4.4.2 Cara Membuat
4.5 Resepi Ikan Bilis Goreng Rangup
4.5.1 Bahan-bahan
4.5.2 Cara Membuat
4.6 Resepi Ikan Bilis Goreng Kentang
4.6.1 Bahan-bahan
4.6.2 Cara Membuat
4.7 Resepi Ikan Bilis Goreng Bunga Kantan
4.7.1 Bahan-bahan
4.7.2 Bahan Sos
4.7.3 Cara Membuat
4.8 Resepi Ikan Bilis Goreng Berlada
4.8.1 Bahan-bahan
4.8.2 Cara Membuat
5 Resepi Ikan Bilis Sambal
6 Petua Tercekik Tulang Ikan Bilis
7 Ikan Bilis Besar
7.1 Cara Buang Tulang Ikan Bilis Besar

Ikan Bilis In English

Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan ikan bilis ialah anchovy.

Tips Ikan Bilis Tahan Lama

Ada 3 tips ikan bilis tahan lama yang boleh kita ikuti. Tips ini boleh dipraktikkan untuk menikmati hidangan berasaskan ikan bilis sedap dan rangup berpanjangan. 

Ikan Bilis Segar

Bagi menyimpan ikan bilis segar akan kekal tahan lama korang boleh masuk ke dalam bekas plastik yang kering. Kemudian letak ikan bilis di bahagian peti sejuk beku. Ini akan membantu mengelakkan ikan bilis daripada menjadi busuk atau berbau.

Ikan Bilis Kering

Bagi menyimpan ikan bilis kering pula korang boleh masuk ke dalam bekas kedap udara atau botol kaca yang bersih dan kering. Petua ikan bilis tahan lama ialah dengan menambahkan sedikit garam atau beras ke dalam bekas. Ini bertujuan untuk menyerap kelembapan dan mengawal pertumbuhan kulat. Simpan bekas di tempat yang sejuk dan gelap, jauh daripada sinaran matahari.

Ikan Bilis Goreng

Ada beberapa tips ikan bilis tahan lama untuk menyimpan ikan bilis goreng. Petua ikan bilis kekal rangup ini penting untuk mendapatkan ikan bilis yang lebih rangup dan tidak liat. Antaranya ialah:

  1. Tos atau sangai ikan bilis selepas basuh untuk mengeringkannya sebelum menggoreng.
  2. Renjis atau perap ikan bilis dengan cuka, asam keping, atau jus limau untuk memberikan rasa masam dan mengawetkannya.
  3. Gaul ikan bilis dengan sedikit tepung jagung, tepung beras, atau tepung gandum untuk memberikan tekstur yang lebih garing.
  4. Goreng ikan bilis dengan minyak yang betul-betul panas dan tunggu minyak hilang buih sebelum mengangkatnya.
  5. Simpan ikan bilis goreng di dalam peti sejuk sebelum menggoreng semula untuk mendapatkan rangupan yang lebih tahan lama.
  6. Simpan ikan bilis goreng di dalam bekas kedap udara atau plastik yang kering dan letakkan di tempat yang sejuk dan kering.
Tips ikan bilis tahan lama penting untuk nikmati rasa sedap dan rangup.

Jenis Ikan Bilis Di Malaysia

Terdapat beberapa jenis ikan bilis yang boleh didapati di Malaysia. Antaranya ialah:

Ikan Kasai Janggut (Setipinna Breviceps)

Ikan ini mempunyai badan yang pipih, kepala yang sangat pendek, dan sirip dada yang panjang seperti benang. Ikan ini biasanya hidup di perairan pantai dan muara sungai.

Ikan Kasai (Setipinna Taty)

Ikan ini mempunyai badan yang sangat pipih, perut yang berlekuk-lekuk, dan mulut yang hampir mendatar. Ikan ini juga mempunyai sirip dada yang panjang dan sirip ekor yang tidak sama panjang. Ikan ini biasanya hidup di perairan pantai dan muara sungai.

Ikan Bilis (Stolephorus Commersonnii)

Ikan ini mempunyai badan yang berwarna coklat jernih, dengan jalur perak di sisi. Ikan ini mempunyai rahang bawah yang panjang dan mulut yang condong ke atas. Ikan ini biasanya hidup di perairan laut pantai dan masuk ke kuala sungai.

Jenis Ikan Bilis Yang Menjadi Favourite Rakyat Malaysia  

IKAN BILIS MATA BIRUFIZIKALSESUAI UNTUKSAIZHARGA (RM)/KG
Ikan Bilis Pek PakBadan ikan bilis mata biru jenis ini agak putih dan jalur putih ikan kurang jelas.Sesuai untuk makanan bayi, makanan harian, snek dan bubur.M, L dan XL40 – 60
Ikan Bilis Jalur EmasJalur putih tebal dan emas halus ditepinya.Sesuai untuk makanan harian dan sup.M, L dan XL30 – 50
Ikan Bilis Si KangMempunyai rupa yang kecil. Tak perlu kopek.Sesuai digunakan untuk masakan harian, nasi lemak, roreng rangup, bubur nasi, nasi goreng dan sesuai untuk kanak-kanak.XS70 – 90
Ikan Bilis Mata Biru HalusMempunyai badan yang kecil dan putih. Jenis ini paling terbaik untuk kanak-kanak. Tak perlu kopek.Sesuai untuk makanan bayi, bubur nasi dan nasi goreng. Bernutrisi tinggi.XXS90 – 120
Ikan Bilis HitamBerjalur putih, tebal dan badan agak hitam.Sesuai untuk makanan harian, sup dan sambal.M, L dan XL20 – 30
Ikan Bilis BuntiaoJalur putih halus dan emas halus kecil. Tak perlu kopek.Sesuai untuk makanan harian dan sedap digoreng rangup atau untuk nasi goreng.S30 – 50

Fakta Tentang Ikan Bilis Mata Biru

Bekalan Diperoleh Dari
  • Ikan Bilis Mata Biru Sabah
  • Ikan Bilis Mata Biru Langkawi
  • Ikan Bilis Mata Biru Tawau
  • Ikan Bilis Mata Biru Lumut
  • Ikan Bilis Mata Biru Pangkor
Ikan Bilis Mata Biru Harga

Ikan bilis mata biru boleh diperoleh dalam dua gred iaitu A dan B dengan lazimnya gred A dijual pada harga RM40 sekilogram, manakala gred B (RM35 sekilogram), namun harga bergantung kepada musim. Ikan bilis mata biru gred AAA sangat sedap tetapi harganya sangat mahal boleh menjangkau RM120/kg. Harga ikan bilis mata biru kopek lebih mahal daripada harga ikan bilis mata biru yang tak dikopek.

Kredit foto: CANVA

8 Resepi Ikan Bilis Goreng

Resepi Ikan Bilis Goreng Bawang

Bahan-bahan

  • 2 genggam ikan bilis
  • 2 ulas bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang besar
  • 7 biji cili padi (ikut kepedasan masing-masing)
  • 2 sudu kicap manis
  • ½ biji limau nipis

Cara Membuat

  1. Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan toskan.
  2. Guna sedikit lebihan minyak goreng tadi, masukkan bawang putih, bawang besar, dan cili padi sehingga naik bau.
  3. Kemudian masuk kicap dan sedikit serbuk perasa.
  4. Tutup api, kemudian masukkan ikan bilis dan gaul sekata.
  5. Perah limau nipis. Dah siap.

Resepi Ikan Bilis Goreng Cili

Bahan-bahan

  • 2 genggam ikan bilis
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji cili merah
  • 4 biji cili api hijau
  • 2 sudu besar kicap manis
  • Serbuk perasa

Cara Membuat

  1. Ikan bilis digoreng garing, angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan baki minyak dan tinggalkan sikit untuk menumis.
  3. Kisar bawang dan tumis sehingga naik bau.
  4. Masuk cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
  5. Hiris cili merah dan cili api dan masuk ke dalam kuali.
  6. Masukkan kicap manis dan kecau sebati.

Resepi Ikan Bilis Goreng Cili Api

Bahan-bahan

  • 2 genggam ikan bilis
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 4 sudu besar tepung beras
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2 tangkai daun kari
  • Gula, garam
  • Pes asam jawa adabi

Cara Membuat

  1. Bersihkan ikan bilis kemudian gaul bersama serbuk kari dan tepung beras. Perap selama 10 minit.
  2. Goreng ikan bilis, masuk bawang putih dan daun kari. Goreng sehingga iakn bilis garing, angkat dan tos.
  3. Kemudian tumis bawang putih sehingga naik bau. Masuk pes asam jawa dan perasakan dengan gula dan garam. Biar mendidih seketika.
  4. Masukkan ikan bilis goreng dan bawang besar dihiris bulat serta gaul rata.

Resepi Ikan Bilis Goreng Petai

Bahan-bahan

  • 2 genggam ikan bilis
  • 2 papan petai
  • 5 biji cili api kampong
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • Garam
  • Sebuk perasa

Cara Membuat

  1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan tos.
  2. Kisar cili api kampung dengan bawang merah dan bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau.
  3. Masuk garam dan serbuk perasa.
  4. Masuk petai yang telah dibelah dua.
  5. Akhir sekali masuk ikan bilis yang telah digoreng tadi dan gaul sekata.

Resepi Ikan Bilis Goreng Rangup

Bahan-bahan

2 genggam ikan bilis
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
Pes asam jawa adabi
Gula dan garam

Cara Membuat

  1. Basuh ikan bilis dan tos kemudian gaul dengan tepung jagung.
  2. Masuk minyak dalam kuali dan atas api sederhana goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan.
  3. Angkat lebihan minyak dan tinggalkan sedikit sahaja dalam kuali.
  4. Kisar bawang besar dan bawang putih dan tumis hingga naik bau.
  5. Masuk cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
  6. Kemudian masuk gula, garam, dan pes asam jawa. Biarkan mendidih hingga pekat.
  7. Masuk ikan bilis goreng yang telah digoreng tadi dan gaul rata.

Resepi Ikan Bilis Goreng Kentang

Bahan-bahan

  • 2 genggam ikan bilis
  • 3 biji kentang
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • Pes asam jawa adabi
  • Gula dan garam

Cara Membuat

  1. Basuh ikan bilis dan tos kemudian goreng dalam kuali dan atas api sederhana hingga garing. Angkat dan toskan.
  2. Dalam mintak yang sama goreng kentang yang telah dikupas kulit dan di potong 6 (memanjang) sehingga masak. Angkat dan tos.
  3. Kisar bawang dan bawang putih dan tumis hingga naik bau.
  4. Masuk cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
  5. Kemudian masuk gula, garam, dan pes asam jawa. Biarkan mendidih hingga pekat.
  6. Masuk ikan bilis dan kentang yang telah digoreng dan gaul rata.

Resepi Ikan Bilis Goreng Bunga Kantan

Bahan-bahan

  • 2 genggam ikan bilis
  • 1 kintum bunga kantan
  • 1 biji tomato
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji cili padi hijau
  • 3 biji bawang putih
  • 1 batang serai (bahagian putih)
  • Daun ketumbar

Bahan Sos

  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu kecil sos cili
  • 2 sudu besar brown sugar
  • 10 biji limau kasturi

Cara Membuat

  1. Basuh ikan bilis dan tos kemudian goreng dalam kuali dan atas api sederhana hingga garing. Angkat dan toskan.
  2. Hiris halus semua bahan dan masuk dalam bekas.
  3. Satukan bahan sos dan masuk ke dalam bekas hirisan dan gaul sebati.
  4. Akhir sekali masuk ikan bilis dan gaul sebati.

Resepi Ikan Bilis Goreng Berlada

Bahan-bahan

  • 2 genggam ikan bilis
  • 2 biji kentang
  • 4 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 5 biji cili padi hijau
  • 5 biji cili padi merah
  • 2 sudu besar kicap manis
  • Gula

Cara Membuat

  1. Bersihkan ikan bilis, goreng hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.
  2. Kupas ubi kentang dan potong bulat. Ketebalannya tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal. Goreng sampai masak.
  3. Kisar kasar bawang merah, bawang putih, cili padi hijau dan cili padi merah.
  4. Tumiskan bahan-bahan kisar hingga naik bau.
  5. Masukkan kicap manis dan gula. Kacau rata.
  6. Masukkan ikan bilis dan kentang yang telah digoreng tadi. Gaul sebati.

Resepi Ikan Bilis Sambal

Cuba resepi ikan bilis sambal garing, https://myzanjourney.com/sambal-ikan-bilis-kering-rangup/

Petua Tercekik Tulang Ikan Bilis

Petua ini merupakan amalan orang tua dulu-dulu bila tercekik tulang ikan bilis atau ikan-ikan lain. Caranya adalah dengan mengepal nasi sehingga membentuk bola bersaiz sederhana besar. Kemudian telan nasi kepal tu perlahan-lahan agar tulang yang tersekat pada tekak akan turun ke dalam perut.

Ikan Bilis Besar

Ikan bilis besar ni ada banyak nama. Ada yang menggelarkannya ikan bunga ayaq, ikan bilis besar, ikan cincharebung dan ikan bulu ayam. Rasanya memang sedap dan buat ikan bilis besar goreng tepung memang buat nasi menambah nasi. Makan memang sedap Cuma nak buang tulang dia tu yang malas sikit.    

Cara Buang Tulang Ikan Bilis Besar

  1. Mula-mula buang sisik.
  2. Kemudian kerat kepala dan potong di bahagian perut.
  3. Picit bahagian tengah. Ketika picit ini kita akan rasa tulang lerai daripada isinya.
  4. Bila tulang dan terlerai daripada isi, Tarik keluar tulang dari bahagian atas sampai ke bawah.
  5. Dah siap proses ini akan tinggal hanya isi ikan dan tulang dah dibawa keluar.

Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Resipi Asam Pedas Daging Tetel Melaka Jimat Masa! Guna Pressure Cooker
Masak Asam Pedas Daging Tetel Melaka ni memang rare tapi …

Resipi Asam Pedas Daging Tetel Melaka Jimat Masa! Guna Pressure Cooker

10 Cara Masak Bihun Goreng Sedap Wajib Cuba
Bihun goreng ialah hidangan popular dalam masakan Malaysia yang dihasilkan …

10 Cara Masak Bihun Goreng Sedap Wajib Cuba

About The Author

duniamyzan

One Response

  1. yanieyusuf

    wah banyak resepi yang boleh berasaskan ikan bilis. ok boleh try nanti. biasa buat ikan bilis sambal je.

    August 18, 2023

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    September 17, 2023 0
  • Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara Sistematik
    Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara …
    August 23, 2023 0
  • 8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di Malaysia
    8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di …
    August 26, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh