Terbaik! AEON BiG Danau Kota | Sebenarnya dah lama tak lama tak pergi program jualan atau karnival ni.
Tapi bila dengar ada Program Jualan Keluarga Malaysia di AEON BiG, Danau Kota, terus teruja. Sebelum tidur dah sediakan baju apa nak pakai dan tak sabar nak mengikuti program yang telah disediakan keesokan harinya.
Perjalanan dari Shah Alam ke Danau Kota tak terasa jauh kerana dalam fikiran dah terbayang-bayang kemeriahan Program Jualan Keluarga Malaysia di AEON BiG itu.
Dah sediakan duit siap-siap nak membeli belah di tapak Program Jualan Keluarga Malaysia di AEON BiG sebab biasanya kalau beli barang dapur pakai MAE sahaja. Sekarang ni memang jarang bawa duit tunai keluar rumah. Everything cashless!
Program Jualan Keluarga Malaysia di AEON BiG Danau Kota ini sebenarnya bukan pertama kali berlangsung, sudah dua kali termasuk hari ini. Terbaik! AEON BiG Danau Kota.
Terbaik! AEON BiG Danau Kota Jalin Kerjasama Bersama KPDNHEP
AEON BiG sekali lagi bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KPDNHEP WPKL) menjayakan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) yang diadakan di AEON BiG Danau Kota pada 13 Ogos hingga 14 Ogos 2022.
AEON BiG telah bekerjasama dengan KPDNHEP sejak 2021 untuk Program Jualan Keluarga Malaysia.
Malah sejak program ini dilancarkan AEON BiG sudah berkerjasama dengan KPDNHEP menjayakan PJKM di cawangan Metro Prima, Danau Kota, Ampang dan Batu Pahat.
Seronok tengok barangan jualan yang ditawarkan di booth jualan. PJKM di AEON BiG Danau Kota kali ini akan melibatkan sebanyak 16 pembekal dan agensi Kerajaan yang membuat penjualan barangan keperluan pengguna pada harga yang lebih murah.
Inisiatif bersama ini turut menawarkan lebih banyak pilihan barangan keperluan asas dan merupakan tanda usaha AEON BiG untuk terus membantu rakyat mendapatkan bekalan keperluan harian pada harga lebih murah daripada pasaran.
Terbaik! AEON BiG Danau Kota kerana telah mengambil inisiatif ini bersempena bulan kemerdekaan dengan jualan yang begitu menarik buat pengguna.
Patutlah pasar raya AEON BiG sentiasa menjadi pilihan orang ramai. Datang tadi pun penuh parking dan terpaksa tunggu agak lama nak dapat parking tau! Terbaik! AEON BiG Danau Kota.
Program Jualan
Selepas sesi jelajah semua booth yang mengambil bahagian tiba masa progam yang dinantikan. Paling best program kali ini memang on time. Semua acara berlangsung sebagaimana dalam itenari. Terbaik! AEON BiG Danau Kota.
Majlis telah dimeriahkan dengan ketibaan konvoi bermotosikal dari Stadium Cheras, Kuala Lumpur Konvoi bermotosikal ini mengambil masa satu (1) jam dibantu oleh PDRM dan polis trafik melalui jalan-jalan utama Kuala Lumpur sebelum menamatkan perjalanan di AEON BiG Danau Kota. Seramai kira-kira 300 peserta konvoi bermotosikal yang terlibat.
Kemudian majlis diteruskan dengan Sesi Walkabout di tapak Jualan Keluarga Malaysia yang disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Azman Bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha, KPDNHEP bersama Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Pengarah Urusan AEON BiG (M) Sdn Bhd.
Tetamu VIP ini melawat gerai-gerai jualan yang berada di tapak PJKM.
Sambil melawat sambil membeli dengan harga yang sangat berpatutan. Memang terbaik! AEON BiG Danau Kota.
Seterusnya majlis diteruskan dengan acara pentas. Meremang bulu roma bila dengar alunan muzik dan nyanyian Negaraku berkumandang. Maklumlah dah lama tak menyanyi lagu Negaraku ini. Tambah-tambah lagi dalam Bulan Kemerdekaan ini, semangatnya lain macam!
Acara sudah sampai ke kemuncak dan diakhiri dengan sidang media bersama tetamu VIP pada tengah hari itu. Seronok menghadiri majlis begini. Kalau ada rezeki lagi confirm akan datang lagi sebab memang berbaloi-baloi.
Info
- PJKM peringkat Wilayah Persekutuan secara rasminya telah bermula pada Disember 2021 dan ianya masih berlangsung sehingga kini di mana tempoh program adalah selama dua hari bagi setiap minggu yang terpilih.
- Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) Sempena Sambutan Hari Kermerdekaan pada tahun 2022. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada 13 Ogos 2022 (Sabtu) di AEON BiG, Danau Kota. Memang Terbaik! AEON BiG Danau Kota ni.
- PJKM WPKL pada kali ini merupakan anjuran bersama KPDNHEP WPKL dengan AEON BiG, Danau Kota dengan kerjasama dari empat belas (14) pemain industri utama di WP Kuala Lumpur.
- PJKM WPKL kali ini akan menawarkan barangan seperti ayam, sayur-sayuran, makanan laut dan lain-lain barangan keperluan asas dan harian seperti gula, tepung, beras, minyak masak, barang makanan proses, dan lain-lain dengan harga yang lebih rendah berbanding harga pasaran setempat.
Baca juga; Ikuti Promo Yang Berlangsung Di AEON BiG
azni
kan bagus kalau byk syarikat mcm ni sama-sama menyumbang untuk bantu rakyat