Buffet Ramadan 2024 | Ramadan datang lagi dan buat yang masih mencari lokasi untuk berbuka puasa bersama keluarga tercinta sekitar bandar Klang boleh cuba iftar di KSL Esplanade Hotel. Buat kali keduanya, KSL Esplanade Hotel menganjurkan iftar dan tahun ini mengetengahkan masakan setiap negeri sebagai tema buffet Ramadan. Memang sedap semua menu yang disediakan sehingga lebih 100 menu untuk dinikmati bersama bersama keluarga tercinta dan rakan taulan.
Santapan Warisan Iftar tahun ini membawa kepelbagaian menu masakan kampung di Malaysia untuk meraikan Buffet Ramadan 2024 di KSL Esplanade Hotel. Ianya diambil daripada perkataan Bahasa Melayu diraja yang bermaksud makanan tradisi.
Pelbagai pilihan masakan Melayu di Malaysia dan juga hidangan istimewa lain-lain yang ditawarkan sepanjang tempoh Buffet Ramadan 2024 ini berlangsung.
Baca juga; cara buat ayam masak butter untuk buka puasa
Masakan Melayu Malaysia telah menjadi hidangan pilihan untuk buffet Ramadan 2024. Menu masakan Melayu Malaysia diketengahkan kerana sangat bertepatan dengan cita rasa masyarakat tempatan.
Bagai berbuka puasa di kampung halaman dan sudah pasti mengubat rindu untuk iftar bersama keluarga. Tak sempat nak berbuka puasa di kampung boleh menikmatinya di sini tahun ini.
Aneka Pilihan Menu Buffet Ramadan 2024
Terdapat pelbagai pilihan menu yang akan menyambut tetamu di KSL Esplanade Hotel yang terdiri daripada Nasi Dagang, Gulai Ikan Aya of Gerai Orang Terengganu, Gulai Ikan Patin Tempoyak, Gulai Ayam dengan Rebung Gerai Orang Pahang, Asam Pedas Daging Negeri Melaka dan masakan Melayu yang lain.
Hidangan istimewa negeri-negeri ini pastinya akan membawa anda mengimbau ke setiap negeri di Malaysia sepanjang bulan puasa ini. Terdapat banyak lagi hidangan yang mewakili perjalanan masakan KSL Esplanade Hotel. Killer food yang disajikan oleh KSL Esplanade Hotel pula ialah Kambing Panggang Istimewa.
Satu lagi menu yang pasti menjadi tumpuan untuk Buffet Ramadan 2024 di KSL Esplanade Hotel ini ialah Sup Gear Box. Sup ini akan dihidang bersama Roti Benggali. Hidangan istimewa ini akan dihidang secara depan-depan bersama gerai-gerai yang lain mempunyai pelbagai menu yang lazat.
Baca juga; cara buat pucuk ubi goreng untuk buka puasa
Terdapat pelbagai gerai yang akan dibuka di kawasan open air kambing bakar, satay, pisang goring, popia goring, kuey teow goreng, roti john dan banyak lagi. Hati terpaut dengan menu asam laksa dan laksa Kelantan. Memang sedap dan berbaloi untuk menikmatinya.
Terdapat juga banyak pilihan air yang sedap-sedap belaka. Selepas kenyang memenuhkan perut dengan Masakan Melayu, tetamu boleh menikmati hidangan pencuci mulut seperti Pengat Pisang, Bubur Cha-cha, Pulut Hitam dan banyak lagi.
Para tetamu juga boleh ke gerai kuih-muih yang mempunyai pilihan yang banyak bagi mereka gemar akan manisan. Memang puas hati menikmati iftar di KSL Esplanade Hotel ini.
Harga Buffet Ramadan 2024
Santapan Warisan Iftar di KSL Esplanade Hotel mengalu-alukan kedatangan tetamu untuk berbuka puasa menikmati Buffet Ramadan 2024 bermula dari 16 Mac – 9hb April 2024 di Birch, Aras 3A dari 6.30 petang hingga 10.00 malam. Buat siapa yang bercadang untuk menikmati iftar di sini kena buat RSVP cepat sebab tempat adalah terhad.
Dengan lebih 150 menu yang bakal dihidangkan kepada tetamu dengan hanya RM108 nett (dewasa), RM88 nett (warga emas) dan RM68 nett (kanak-kanak berumur 4-11 tahun) bagi mereka yang membuat tempahan awal (Early bird).
KSL Esplanade Hotel mempunyai suasana yang selesa dan santai. Kawasan yang selesa sambil menikmati menu iftar yang lazat membuatkan ianya sesuai bagi semua peringkat umur sambil diiringi oleh pancaragam secara langsung yang menenangkan sementara menjamu selera.
Memang menarik menikmati buffet Ramadhan 2024 Klang ini.
Kemudahan Iftar di KSL Esplanade Hotel
- Tetamu juga boleh ke Surau di Level 1 untuk menunaikan solat. Surau di hotel ini menawarkan ruang solat yang luas supaya tetamu dapat berasa selesa.
- Tempat parkir juga banyak pilihan dan boleh menghubungi pihak KSL Esplanade Hotel terlebih dahulu untuk kemas kini ruang parkir hotel.
Untuk tempahan makan Santapan Warisan, sila hubungi +6018 767 7288 atau layari laman web kami di www.kslesplanadehotel.com.
Baca juga; resepi masakan ayam