Rawatan kulit muka | Jika dahulu kulit wajah lembut dan halus umpama kulit bayi, sekarang kulit wajah sudah berubah. Ini mungkin kerana jadual kerja yang terlalu ketat sehingga mengabaikan gaya hidup yang sihat. Peningkatan usia juga sangat menakutkan kerana kulit wajah sudah menunjukkan tanda-tanda penuaan. Kulit wajah boleh menjadi lebih tua sebelum waktunya jika kita tak mempunyai masa untuk merawat kulit. Oleh itu, jika ingin cepat untuk mendapatkan tekstur kulit lembut dan halus maka dianjurkan untuk melakukan perawatan kulit wajah dengan konsisten.
Kini tidak perlu risau lagi kerana Tini’s Spa & Dermalogica telah memperkenalkan rawatan terkini bersama-sama dengan produk terbaharu khas untuk kulit matang. Majlis pelancaran ini telah berlangsung secara eksklusif bersempena Hari Wanita Sedunia baru-baru ini.
Tini’s Spa turut tidak mahu melepaskan peluang meraikan pelanggan-pelanggan setia dengan tema Treat It Like A Pro. Majlis berlangsung dengan begitu meriah sekali dan turut dihadiri Jodi Ayre, International Training Manager, Dermalogica dan Pengasas Tini’s Spa, Hartini Halim.
Dua rawatan terbaharu iaitu Pro Dermaplaning dan Pro Power Eye Peel telah diperkenalkan kepada tetamu yang hadir. Masing-masing teruja melihat hasil kedua-dua rawatan ini melalui demo yang dilakukan oleh Jodi Ayre yang diterbangkan khas dari Australia.
Di majlis itu juga turut dilancarkan sebuah produk terbaharu iaitu Pro Collagen Banking Serum. Rawatan dan produk terbaharu ini boleh membantu mengembalikan struktur kulit wajah menjadi lebih baik seperti yang diidamkan.
Apakah Itu Rawatan Pro Dermaplaning & Rawatan Pro Power Eye Peel
Rawatan Pro Dermaplaning
Rawatan Pro Dermaplaning ialah satu teknik pengelupasan manual yang menggunakan Dermaplaning blade. Dermaplaning ini berfungsi untuk membuang lapisan kulit mati yang ada pada permukaan kulit dan menyingkirkan bulu-bulu halus yang memerangkap kotoran mikro bertebaran di udara.
Kebaikan Pro-Dermaplaning Treatment:
- Kulit mampu menerima manfaat produk yang digunakan dengan lebih berkesan.
- Membuang soft facial hair yang memerangkap kotoran dan minyak.
- Kulit menjadi lebih halus dan sekata.
- Mengurangkan jeragat dan bekas jerawat.
- Mengurangkan kedutan dan garis halus di wajah.
Harga yang ditawarkan oleh Tini’s Spa ialah RM188 untuk percubaan pertama, harga asal RM388.
Rawatan Pro Power Eye Peel
Rawatan Pro Power Eye Peel ialah pengelupasan kimia terkuat dan terpantas untuk mengurangkan lingkaran gelap sekeliling mata yang diperkaya dengan bahan aktif AHA. Pendekatan tiga asid unik ini menjadikan proses pengelupasan dalam dan penurapan semula yang 100 peratus khusus untuk korang.
Kebaikan Pro Power Eye Peel
- Mencerahkan lingkaran gelap bawah mata.
- Mencerahkan jeragat dan bintik hitam sekeliling mata.
- Menjadikan warna dan tekstur kulit lebih sekata.
- Mengurangkan kedutan dan garis halus di sekitar mata.
Harga yang ditawarkan oleh Tini’s Spa ialah RM128 untuk percubaan pertama, harga asal RM298.
Pro-Collagen Banking Serum
Serum ini berupaya membantu melindungi dan memelihara kolagen kulit. Selain itu, ia menyokong kulit agar kelihatan lebih gebu, lebih berseri dan menghidratkan dan membantu melambatkan garis-garis halus terbit pada kulit wajah. Serum ini juga tampil dalam konsistensi gel-ke-serum yang mampu untuk menembusi ke bawah lapisan kulit lebih dalam.
Kepentingan Rawatan Kulit Muka Matang
Tidak ada seorang pun boleh melawan peningkatan usia namun kita boleh melambatkan peningkatan usia dengan kecantikan dan kesihatan kulit wajah. Sebagai wanita yang mempunyai kulit matang wajib menjaga kulit wajah agar kekal sihat dan cantik. Berikut adalah beberapa sebab mengapa penjagaan muka dan rawatan kulit muka penting:
Melambatkan Penuaan
Kulit wajah yang matang cenderung untuk menua sebelum waktu. Namun, dengan penjagaan yang betul, seperti menggunakan serum, krim pelembap, dan krim pelindung matahari, kita boleh mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus.
Memperbaiki Tekstur Kulit
Rawatan kulit muka berupaya membantu memperbaiki tekstur kulit, mengurangkan bintik hitam dan merawat masalah kulit yang lain. Ini akan menjadikan kulit matang kelihatan lebih sihat dan cerah.
Pencegahan Masalah Kulit
Dengan penjagaan kulit wajah yang kerap, kita boleh mengelakkan masalah kulit seperti jerawat, kulit kusam dan parut jerawat. Produk yang mengandungi bahan seperti asid hyaluronik dan vitamin C boleh membantu masalah ini.
Keyakinan Diri
Kulit yang sihat dan cantik akan meningkatkan keyakinan diri kita serta akan berasa lebih baik dan lebih selesa dengan penampilan sendiri.
Ingatlah untuk sentiasa memastikan kulit dijaga dengan bersih, elakkan pendedahan matahari yang berlebihan dan gunakan produk yang sesuai dengan jenis kulit masing-masing. Jangan lupa untuk berunding dengan pakar estetik atau pakar dermatologi untuk mendapatkan nasihat yang lebih khusus mengenai penjagaan muka.
Tini’s Spa Beauty & Slimming
Tini’s Spa Beauty & Slimming mengkhususkan diri dalam memberi ketenangan, menambah nilai dalam kehidupan wanita dengan urutan aromaterapi yang digemari dan rawatan wajah yang dihasilkan oleh Dermalogica. Dengan nasihat dan bimbingan kepada pelanggan tentang kesihatan kulit, kesihatan dalaman dapat menjamin kualiti kehidupan yang lebih baik.
Tini’s Spa komited memberikan 100 peratus rawatan yang terbaik dan rasakan sendiri pengalaman transformasi di sini. Anda akan disambut mesra oleh ahli terapis kami yang profesional. Kecantikan wanita dari dalaman bermula dari penjagaan yang rapi dari luaran dan juga dalaman.
Tini’s Spa ini mempunyai empat cawangan iaitu:
- Seksyen 7, Shah Alam – 03-5523 5718
- Taman Dagang, Ampang – 03-4270 1292
- Seksyen 8, Bangi – 03-8928 9529
- Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur – 03-7732 0099
Waktu Operasi Klinik: 10.00 pagi – 8.00 malam
Kepada sesiapa yang mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah serta memerlukan penjelasan lanjut, korang borang menghubungi WhatsApp Tini’s Spa dan pautan di bawah:
WhatsApp: 019-3129 606
Website: https://tinispa.com.my
Facebook: Tini’s Spa Beauty & Slimming
Instagram: @tinispa
Tiktok: tinispa
Baca juga; penjagaan kulit muka berjerawat, kayuh basikal boleh kurus, air bunga ros