Keterujaan untuk menghadiri pelancaran produk kali ni sedikit luar biasa sebab ianya dekat dengan hati. Meracle Salve bukan produk biasa-biasa kerana di belakangnya ada penggerak dan tenaga pemikir yang sentiasa cakna tentang keperluan masyarakat. Gabungan tenaga dua orang wanita hebat di antara Pengasas RPF Sdn. Bhd. Puan Puspa Deraman dan Dr Yasmeen Mohammed benar-benar menjentik hati dan mahu menyokong usaha murni usahawan wanita berdaya maju ini. Masakan tidak, produk yang dilancarkan ini bukan semata-mata mahu mengaut keuntungan tetapi mahu semua orang meraih manfaat terutama pesakit kanser. Terselit keikhlasan dalam diri dua orang wanita hebat ini untuk membantu orang lain mencapai selesa semula jadi.
Apakah itu Meracle Salve
Fungsi utama Meracle Salve ialah untuk bantu legakan sakit. Tekstur Meracle Salve adalah dalam bentuk salve lembut. Produk ini diisi ke dalam bekas plastik yang menyerupai balsam bibir atau lip balm.
Meracle Salve bersaiz kecil dan senang untuk di bawa ke mana sahaja. Mudah dimasukkan ke dalam poket seluar lelaki mahupun dimasukkan ke dalam beg tangan wanita. Meracle Salve merupakan salve pertama dalam pasaran yang berbentuk ‘soft stick’. Ianya boleh di sapu tanpa menyentuh tangan dan sudah pastinya ianya bersih.
Manfaat
Meracle Salve boleh membantu untuk;
- Buang angin atau tolak angin dari badan
- Mengurangkan sakit kepala
- Mengurangkan stres.
Baca juga; petua buang angin dalam badan
Bahan Utama
Meracle Salve telah diformulasi dengan 3 bahan semula jadi iaitu Halia Muda, Pudina dan Eucalyptus. Disebabkan ianya menggunakan bahan semula jadi oleh itu Meracle Salve tidak berwarna.
Ianya tidak mengandungi bahan seperti;
- Tiada Kapur Barus
- Tiada Paraben
- Tiada Paraffin
Info Tentang Kapur Barus
Kapur barus atau camphor sememangnya mempunyai beberapa kegunaan dalam produk kesihatan, seperti dalam balsam dan minyak urut untuk melegakan rasa sakit dan kebas. Namun, terdapat beberapa sebab mengapa kapur barus mungkin tidak sesuai untuk digunakan sebagai produk kesihatan:
Keracunan
Jika kapur barus digunakan pada luka terbuka atau kulit yang pecah, ianya boleh menyebabkan keracunan. Ini kerana ia boleh diserap ke dalam badan melalui kulit yang rosak dan menyebabkan masalah kesihatan yang serius.
Reaksi Alergi
Sesetengah orang mungkin alah kepada kapur barus. Oleh itu, disarankan untuk melakukan ujian tampalan (patch test) sebelum menggunakan produk yang mengandungi kapur barus secara meluas pada kulit.
Penggunaan Terhad
Penyelidikan saintifik mengenai beberapa penggunaan kapur barus adalah terhad, dan sebahagian besar bukti keberkesanannya bersifat anekdot. Ini bermakna tidak semua kegunaan kapur barus telah disahkan oleh kajian saintifik yang menyeluruh.
Bahaya Jika Tertelan
Kapur barus tidak boleh ditelan kerana boleh menyebabkan keracunan jika masuk ke dalam sistem pencernaan.
Oleh itu, walaupun kapur barus mempunyai beberapa manfaat dalam merawat masalah kulit tertentu dan sebagai bahan dalam produk gosok otot, ia harus digunakan dengan berhati-hati dan mengikut arahan penggunaan yang betul untuk mengelakkan risiko kesihatan. Selalu pastikan untuk membaca label dan arahan penggunaan produk dengan teliti, dan berunding dengan profesional kesihatan jika anda mempunyai keraguan mengenai penggunaannya.
Cara Menggunakan
Disebabkan sifatnya yang di perbuat daripada kandungan semula jadi, teksturnya lebih lembut daripada balsam, jadi pengguna tidak boleh menekan terlalu kuat apabila di sapu pada kulit.
Apabila mengalami sakit kepala, sapu di bahagian belakang tengkuk, di belakang telinga, di atas bahagian telinga atau tempat yang megalami ketidakselesaan. Sapu dengan kadar mencukupi. Selalunya keselesaan akan dapat di rasa selepas setengah jam. Walau bagaimanapun setiap individu akan mengalami tindakbalas yang berbeza.
Bagaimana Pelanggan Boleh Mendapatkan Meracle
Pelanggan boleh membeli terus dari Farmasi atau outlet yang terpilih atau boleh membeli dari website mahupun drop shippers.
Harga runcit adalah RM25 setiap satu bagi pelanggan yang membeli terus dari kedai terpilih. Bagi pelanggan yang membeli secara atas talian, mereka perlu membayar harga pos sebanyak RM8. Beli 4 unit membolehkan pelanggan mendapat pos secara PERCUMA.
Dr Yasmeen Mohamed
Dr. Yasmeen Mohammed adalah seorang profesional perubatan yang telah memberikan sumbangan dalam bidang kesihatan. Beliau banyak terlibat dalam sesi kesihatan dan kesedaran tentang kanser. Dr. Yasmeen juga diketahui sebagai pengasas kumpulan sokongan pesakit kanser malah beliau sendiri merupakan kanser survivor.
Menurut Dr. Yasmeen pesakit kanser sangat sensitif dengan produk yang mengandungi bahan kimia. Justeru Meracle Salve telah diformulasi dengan kandungan semula jadi untuk kegunaan masyarakat dan juga boleh dimanfaatkan oleh pesakit kanser.
Majlis Pelancaran Meracle Salve
Majlis pelancaran telah berlangsung di Mardhiyyah Hotel & Suite dan telah dirasmikan oleh Datin Seri Shamsida Taharin. Majlis telah berlangsung dengan meriah dengan kehadiran tetamu jemputan dan rakan strategik The RPF Sdn. Bhd.
Memang teruja mendengar bagaimana perjalanan yang dilalui oleh Puan Puspa untuk melahirkan Meracle Salve. Kecekalan pengasas The RPF Sdn. Bhd. ini untuk Berjaya tanpa kenal erti putus asa sangat menginspirasikan. Semoga terus sukses Meracle Salve sehingga ke persada antarabangsa.
Baca juga; ubat sakit gigi, cara merawat jangkitan kulat pada faraj & kayuh basikal boleh kurus