Bagi yang tercari-cari staycation selesa dengan harga yang berpatutan di Petaling Jaya boleh menginap di ibis PJCC Petaling Jaya. Korang akan menikmati staycation level kayangan dengan harga marhaen. Hotel ini sesuai untuk pelancong perniagaan dan rekreasi. Kalau tak percaya kena cuba sendiri. Kalau anak-anak asyik merengek nak mandi di kolam renang memang ini pilihan yang paling selesa untuk anak-anak mandi mkorang di kolam renang. Berehat sambil menikmati tidur yang lena dalam bilik dengan rekaan dalaman moden dan selesa serta perabot bergaya yang meningkatkan suasana.
Baru-baru ini MJ telah diundang ke majlis pembukaan ibis PJCC Petaling Jaya. Majlis ini telah dihadiri oleh Senior Vice President of Accor, Mr. Michel Vivier dan General Manager, Mr. Suresh Nair. Ketua pegawai Eksekutif Tourism Selangor Mr. Azrul Shah bin Mohammad turut sama hadir dan merasmikan majlis pembukaan ibis PJCC Petaling Jaya.
Dalam majlis tersebut Mr. Azrul telah bercerita tentang Tahun Melawat Selangor 2025 dan bagaimana Tourism Selangor mahu memperkenalkan Selangor di mata dunia. Tourism Selangor telah mempergiatkan aktiviti promosi pelancongan domestik sempena kempen Pusing Selangor Dulu! Macam-macam sebenarnya ada di Selangor dan pelbagai aktiviti menarik yang boleh kita cuba.
Kemudian MJ telah dibawa untuk pusing-pusing seluruh hotel dan melihat sendiri bilik-bilik yang ditawarkan di sini. Memang selesa untuk staycation korang. Kemudian semua tetamu menikmati hidangan makan tengah hari di restoran ibis PJCC Petaling Jaya. Memang sedap! MJ suka lauk kambing dan potato salad.
ibis PJCC Petaling Jaya
Ibis PJCC Petaling Jaya adalah sebuah hotel ekonomi yang terletak di Petaling Jaya, 10 minit pemanduan dari Sunway Pyramid Mall dan 30 minit pemanduan dari pusat bandar Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Pantai Baru (NPE). Hotel ini mempunyai 161 bilik kontemporari dengan katil Sweet Bed by ibis yang direka khas, WiFi percuma, restoran sepanjang hari, kafe, sudut web, pusat kecergasan, kolam renang dan 4 bilik mesyuarat moden.
Hotel ini telah dibuka pada 20 Julai 2023 dan merupakan salah satu daripada beberapa hotel baru yang diperkenalkan oleh Accor di Asia Tenggara. Bagi yang nak menempah bilik di hotel ini boleh melakukannya melalui laman web rasmi Accor atau melalui platform tempahan dalam talian. Harga bilik bermula dari RM 150 semalam, termasuk sarapan bufet.
Alamat: 1, Jalan PJS 5/29, Taman Desaria, 46150 Petaling Jaya, Selangor.
Sweet Bed by ibis
Siapa yang pernah tidur di Ibis Hotel pasti teringat-ingat betapa nyenyaknya tidur di atas katil di sana. Sweet Bed by ibis adalah sebuah konsep katil yang direka khas oleh ibis untuk memberikan keselesaan dan kualiti tidur yang tinggi kepada para tetamu hotel. Sweet Bed by ibis terdiri daripada beberapa elemen, antaranya:
- Sebuah katil dengan kaki yang mempunyai alas fleksibel dengan gerakan badan korang semasa tidur.
- Sebuah tilam dengan teknologi Intellifoam yang mempunyai ketumpatan yang berubah mengikut titik tekanan badan korang. Tilam ini juga mempunyai sarung yang lembut dan berbentuk sarang lebah 3-D bagi memastikan kebersihan dan pengudaraan yang baik.
- Sebuah topper yang berfungsi sebagai bantal bulu yang menawarkan keselesaan dan sokongan yang luar biasa.
- Bantal-bantal yang gebu, duvet yang lembut, dan cadar yang diperbuat daripada 100% kapas.
Sweet Bed by ibis boleh didapati di hampir 1600 hotel ibis di seluruh dunia. Korang boleh menempah bilik di hotel ibis dan menikmati tidur yang nyenyak dengan Sweet Bed by ibis.
Info Tentang ibis Hotel
Sejak 1974, ibis telah menjadi jenama terkenal, terbuka dan mesra kepada semua pelancong. Tidak kira di mana sahaja di dunia tetamu boleh melancong dan ibis sentiasa menjadi tempat yang sesuai untuk dikunjungi. Dengan lebih 1,260 hotel di lebih 65 buah negara, ibis diiktiraf di seluruh dunia sebagai jenama terkemuka dalam hospitaliti ekonomi.
ibis Hotel adalah sebuah jaringan hotel ekonomi yang dimiliki oleh grup perhotelan Accor. Hotel ini menawarkan bilik-bilik kontemporari dengan fasiliti lengkap, seperti WiFi percuma, TV layar datar, katil Sweet Bed by ibis yang selesa, restoran sepanjang hari, pusat kecergasan, kolam renang, spa, dan ruang mesyuarat.
Baca juga; Menara Condong Teluk Intan, Gambar Kucing Oyen Di Zoo Negara, Cara Semak Duit Dalam IC dan Tempat Menarik Di Maran
azni
baguih untuk orang ada event area2 situ and agak tight bajet. fasiliti tu baguih